backup og meta

Pakai Kondom Sewaktu Bersama, Tapi Kondom Yang Mana Satu Ramai Wanita Suka?

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Pakai Kondom Sewaktu Bersama, Tapi Kondom Yang Mana Satu Ramai Wanita Suka?

Meskipun tujuan asal alat kontraseptif ini digunakan adalah untuk mencegah kehamilan dan penyakit jangkitan kelamin (STI)1, namun anda dan pasangan juga perlu tahu bahawa ada jenis kondom yang paling disukai wanita!

Persoalannya, apakah jenis kondom yang ramai wanita gemari? Adakah ia perlu berperisa, berduri atau jenis yang lain?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Adakah setiap suami tahu cara goda isteri

Di awal usia perkahwinan, semuanya pasti indah belaka bukan? Aktiviti seksual di kamar tidur juga biasa berjalan dengan lancar, hangat dan penuh keterujaan tanpa berlaku sebarang masalah yang besar.

Namun, lama-kelamaan api asmara yang menyala itu mungkin akan mula malap. Faktor kesibukan mengurus rumah tangga, mencari nafkah dan menjaga anak akan menyebabkan kalian hilang minat dengan seks.2

Dalam masa yang sama, paras libido anda dan pasangan juga mungkin menurun. Ini juga adalah akibat masalah fizikal atau mental yang gagal untuk diambil berat dan dirawat daripada peringkat awal.2

Sebagai suami dan ketua keluarga, anda perlu tahu bahawa ada jenis kondom yang paling disukai wanita. Dengan menggunakan kondom ini, siapa tahu jika ia boleh membantu membuat seks anda berdua lebih menarik?

spotlight

Fungsi kondom bukan hanya untuk tujuan kontraseptif

Pasti ramai yang sedar akan tahap keberkesanan kontraseptif kondom, iaitu kira-kira 87% ke 98% jika tepat cara penggunaannya!1

Kadangkala, ada pasangan wanita yang rasa takut untuk bersama kerana khuatir dengan risiko kehamilan luar jangka, STI atau kesakitan serta kecederaan pada alat kelamin angkara seks yang ‘ganas’.

Berita baik buat anda dan pasangan, penggunaan kondom ini bukan hanya untuk tujuan kontraseptif! Ia turut mampu melancarkan dan mengghairahkan lagi hubungan intim kalian yang kian hambar.

Dalam erti kata lain, para suami perlu bijak untuk menggunakan jenis kondom yang paling disukai wanita

Apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana kondom itu boleh menjadi medium antara cara goda isteri?

Pilih jenis kondom yang paling disukai wanita boleh merancakkan hubungan atas katil

Menurut tinjauan atas talian Journal of Sexual Medicine yang melibatkan 1,645 responden, 27.5% lelaki dan 22.3% wanita yang menggunakan kondom ketika seks menyatakan, hubungan intim mereka masih menyeronokkan.3

Angka itu menunjukkan bahawa penggunaan kondom tidak akan menjejaskan kemahuan atau kemampuan seksual, malah memberikan manfaat besar kepada pasangan yang kurang berminat dalam seks.3

Syaratnya, penggunaan kondom haruslah disertakan dengan cecair pelincir dan alat mainan seks yang sesuai. 

Selain dapat membantu melancarkan penetrasi, ia juga boleh menjadi salah satu cara goda isteri!

jenis kondom yang paling disukai wanita

Jika encik suami tahu memilih kondom yang tepat dan sesuai mengikut cita rasa anda berdua, pasti kalian boleh dapatkan manfaat di bawah ini:

#1. Wanita akan rasa lebih selamat

Seperti mana yang dinyatakan di atas, mungkin ada wanita yang rasa gugup atau bimbang untuk bersenggama kerana risau dengan risiko kehamilan, jangkitan atau kesakitan serta kecederaan alat sulit.4

Dengan kondom, ia bukan sahaja mampu mencegah wanita daripada mengandung serta mendapat STI, malahan juga boleh melancarkan lagi proses penetrasi alat kelamin. Ini sekali gus akan membuatkan mereka rasa lebih selesa dan selamat.4

Ditambah pula dengan penggunaan cecair pelincir yang sesuai, ia sudah tentu dapat mengurangkan iritasi pada faraj.

#2. Lelaki boleh tahan lebih lama

Antara kebimbangan utama bagi para suami pula adalah masalah ejakulasi pramatang

Ramai lelaki akan hilang minat dengan seks kerana sering kali tewas awal setiap kali beraksi di kamar tidur.5

Menariknya, kini telah wujud kondom dengan tekstur jauh lebih tebal yang mampu mengurangkan sensitiviti pada zakar, sekali gus dapat melambatkan pancutan air mani dan memanjangkan durasi hubungan intim.5

Bersama sex toy yang anda gemari, aktiviti seks di ranjang dengan pasangan mampu menjadi pengalaman yang hebat dan menyeronokkan.

#3. Pilih jenis kondom yang paling disukai wanita boleh membuat anda menjadi ‘seksi’

jenis kondom yang paling disukai wanita

Aksi ringan-ringan atau foreplay kebiasaannya hanya melibatkan pelukan, ciuman atau sentuhan sahaja bukan? Apa kata anda ubat sedikit sesi pemanasan badan ini dengan perbuatan yang lebih seksi?

Caranya, adalah dengan menggunakan kondom! Contohnya, suami boleh meminta bantuan isteri untuk menyarung kondom di zakar, yang sudah tentu mampu meningkatkan keghairahan kedua-dua pasangan.6

Lebih-lebih lagi jika suami ingin menggunakan kondom yang disukai wanita, ia sudah tentu bakal membuatkan aksi panas kalian itu lebih bermakna dan berkesan untuk merancakkan lagi aktiviti seksual di kamar tidur.6

#4. Ia mempelbagaikan lagi aktiviti seksual

Kini, ada banyak jenis alat kontraseptif ini di pasaran sehingga kita sendiri keliru mana satu  jenis kondom yang paling disukai wanita. Ada yang berperisa, berduri serta variasi seperti tidak langsung memakai kondom!

Dengan kewujudan pelbagai jenis kondom, pasangan suami isteri boleh berkomunikasi dan bertoleransi dalam memilih aktiviti seksual mana yang harus dicuba pada malam-malam tertentu.7

Sebagai contoh yang menarik, kalian boleh menetapkan sehari dalam seminggu untuk menggunakan kondom tertentu sahaja. Ini sudah pasti akan membuat pasangan tertunggu-tunggu untuk hari tersebut menjelang tiba.7

Ini antara jenis kondom yang paling disukai wanita!

Secara logik akal, mungkin ramai akan fikir jenis kondom yang paling disukai wanita adalah jenis kondom tahan lama

Ya, ia merupakan salah satu daripada ciri-ciri kondom yang harus dipertimbangkan.8

Pun begitu, pertimbangan setiap wanita itu sudah pasti berbeza bergantung individu. Bahkan, mungkin ramai wanita yang memilih kondom jenis nipis di mana ia seperti anda langsung tidak memakai kondom.8

jenis kondom yang paling disukai wanitaSetiap individu juga akan mempunyai pendapat sendiri tentang kondom yang disukai wanita. Jika ia tidak menepati piawaian anda, itu bukan bermakna pasangan lain turut berpendapat sama seperti anda ya?

Antara contoh jenis kondom Durex Malaysia

Lagi berita baik buat anda dan pasangan, kalian boleh mempertimbangkan untuk menggunakan  jenis kondom yang paling disukai wanita keluaran Durex, di mana ia wujud dalam pelbagai variasi menarik.

Daripada variasi nipis, lutsinar, berduri, bersuhu dingin atau berperisa strawberi serta coklat, terdapat banyak jenis kondom yang paling disukai wanita, sesuai dengan pilihan serta cita rasa masing-masing.

Sebenarnya, ada banyak jenis kondom Durex dan fungsinya yang pelbagai, cuma anda perlu lebih bijak memilih!

Tidak cukup dengan itu, jenama ini turut mempunyai pilihan cecair pelincir dan alat mainan seks yang bagus untuk digunakan bersama dengan kondom, sekali gus saling melengkapi antara satu sama lain.9

Dengan gabungan daripada kondom, lubricant dan sex toy yang tepat9, pasangan suami isteri tidak perlu lagi bimbang dengan kualiti seks hambar. Rahsianya, hanya dengan mempertimbangkan produk-produk ini!

Klik di sini untuk mendapatkan kondom Durex.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. How effective are condoms?, https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/condom/how-effective-are-condoms, Accessed Dec 23 2023.
  2. Let’s talk low libido, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/lets-talk-low-libido, Accessed Dec 23 2023.
  3. News Flash: Sex With A Condom Still Fun, Study Finds, https://www.wbur.org/news/2013/01/25/sex-with-a-condom-pleasure-study, Accessed Dec 23 2023.
  4. Safer Sex, https://www.thewellproject.org/hiv-information/safer-sex, Accessed Dec 23 2023.
  5. 5 Ways to Help Him Last Longer in Bed, https://www.healthywomen.org/your-health/Sexual-Health/5-ways-help-him-last-longer-bed, Accessed Dec 23 2023.
  6. Five tips on how to have great sex when using condoms, https://www.beintheknow.org/news-and-blogs/five-tips-how-have-great-sex-when-using-condoms, Accessed Dec 23 2023.
  7. Men: 5 Ways to Make Condoms More Pleasurable, https://nationalcoalitionforsexualhealth.org/media-center/ncsh-in-the-news/men, Accessed Dec 23 2023.
  8. Dotted, Ribbed Or Ultra Thin – Which Condom Does She Prefer & Does It Really Matter?, https://www.mensxp.com/health/sexual-health/110029-types-of-condom-for-women.html, Accessed Dec 23 2023.
  9. A Bashh Guide To Condoms, https://www.bashh.org/public/condoms/, Accessed Dec 23 2023.

Versi Terbaru

04/01/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Gementar Pertama Kali Seks? Ikut 5 Tip Ini, Mesti Hilang Rasa Nervous Tu

Ambil Tahu 4 Perkara Ini Sebelum Beli Kondom! Baru Lebih Nikmat & Sedap Dipakai


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan