backup og meta

Cuti Sekolah Waktu Terbaik Untuk Sunat Anak – Elak 5 Masalah Kesihatan Ini!

Tahukah anda, terdapat beberapa risiko kesihatan yang mungkin akan berlaku jika anda tidak bersunat?

Cuti Sekolah Waktu Terbaik Untuk Sunat Anak – Elak 5 Masalah Kesihatan Ini!

Ya, bersunat atau berkhatan memberikan banyak manfaat kesihatan kepada lelaki dan kaedah bersunat lelaki ini sememangnya disarankan untuk dilakukan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, klik di sini.

Kenapa kena sunat?

Bersunat (berkhatan) terutamanya kerana sebab kebersihan dan kesihatan (mengelak jangkitan kuman, bakteria, virus), ia juga wajib bagi orang Islam (termasuk lelaki & wanita).

Beberapa masalah kesihatan boleh berlaku jika anda tidak bersunat. Namun kebanyakannya boleh dielakkan jika anda mengamalkan kebersihan diri yang optimum.

Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis masalah yang boleh berlaku jika anda tidak bersunat. 

#1. Fimosis

Fimosis adalah satu keadaan di mana kulit penutup zakar atau kulup menjadi terlalu ketat, lalu menyebabkan ia tidak dapat ditarik kebelakang kepala zakar.

Keadaan seperti ini biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan akan bertambah baik apabila kulup tersebut semakin longgar seiring peningkatan usia.

Dalam kalangan lelaki dewasa pula, ia biasa berlaku disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual. Ia biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom dan tidak memerlukan rawatan perubatan.

Namun, dalam kebanyakan kes, ia boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti berikut:

tidak bersunat
Masalah ‘daki putih’ boleh dicegah dengan bersunat.

#2. Cegah parafimosis, antara kelebihan berkhatan

Parafimosis adalah satu keadaan di mana kulit kulup tersangkut di bawah kepala zakar dan tidak dapat ditarik balik ke atas.

Kulit kulup boleh menjadi ketat di sekitar batang zakar lalu menyebabkan pembengkakan dan rasa yang tidak selesa.

Parafimosis juga boleh menyebabkan cecair berkumpul di kawasan tersebut lalu memburukkan lagi keadaan bengkak yang berlaku. Jika tidak dirawat, ia akan menghalang aliran darah daripada sampai ke hujung kepala zakar.

Penting untuk anda mendapatkan rawatan perubatan jika keadaan ini berlaku untuk mengelakkan sebarang komplikasi lain.

#3. Jangkitan kulat atau bakteria

Jika anda tidak selalu mencuci zakar, bakteria boleh berkumpul pada kulup dan menyebabkan jangkitan. Jangkitan juga boleh berlaku jika terdapat luka kecil pada kulup. 

Balanitis adalah salah satu daripada jangkitan yang boleh berlaku. Ia adalah keradangan pada kepala zakar dan ia biasanya disebabkan oleh jangkitan yang menjejaskan kulit kulup.

Simptom-simptom balanitis termasuklah:

  • Kesakitan dan kegatalan pada zakar
  • Pembengkakan pada zakar
  • Kesakitan sewaktu membuang air kecil
  • Pengeluaran bendalir di bawah kulup yang lebih pekat daripada biasa dengan bau yang kurang menyenangkan
tidak bersunat
Bersunat dapat elak jangkitan bakteria pada kulup.

#4. Kecederaan

Memandangkan kulit kulup ini sering berjuntai melebihi kepala zakar, ia lebih mudah untuk terdedah kepada kecederaan. Sebagai contoh, anda mungkin akan ter’zip’ kulup anda sekali ketika anda cuba menaikkan zip seluar.

Kecederaan seperti ini boleh merosakkan kulit dan kemungkinan juga pada urethral meatus, iaitu satu tiub yang berada pada hujung zakar.

Ia boleh menyebabkan sedikit masalah ketika anda membuang air kecil. Ia juga boleh menyebabkan rasa sakit yang agak teruk.

#5. Jangkitan yis

Walaupun jangkitan yis lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita, ia juga boleh menjangkiti lelaki yang tidak bersunat di sekitar atau bawah kulit kulup.

Terdapat pelbagai jenis kulat yang boleh menyebabkan jangkitan termasuklah Candida albicans

Jangkitan yis kadangkala boleh berlaku tanpa sebarang simptom. Tetapi dalam banyak kes, ia boleh menyebabkan gatal-gatal, sakit dan bengkak pada zakar.

Ruam dan bintik-bintik juga mungkin akan timbul di sekitar zakar.

#6. Elak penyakit jangkitan seksual, kelebihan berkhatan

Tahukah anda, mereka yang bersunat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jangkitan seksual berbanding lelaki yang tidak bersunat.

tidak bersunat
Bersunat bantu cegah STD.

Kaedah bersunat lelaki boleh mengurangkan risiko-risiko berikut:

Kesimpulan

Kebanyakan masalah yang timbul akibat daripada tidak bersunat ini boleh diatasi jika anda mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi. Antara tip kebersihan yang boleh anda amalkan ialah:

  • Cuci kulup anda setiap hari dengan menggunakan air suam
  • Elakkan penggunaan produk pencuci seperti sabun atau sabun mandian di kawasan tersebut
  • Selalu bertukar pakaian dalam
  • Elakkan penggunaan bedak talkum atau deodoran pada zakar

Dengan ini, zakar anda akan menjadi lebih bersih dan tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Paling penting, amalan kebersihan seperti ini dapat menjauhkan anda dari risiko pelbagai penyakit seperti yang telah disenaraikan di atas.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Common penis problems. https://healthymale.org.au/health-article/common-penis-problems. Diakses Dec 17, 2025

The penis and foreskin. https://www.rch.org.au/clinicalguide/guideline_index/the_penis_and_foreskin/. Diakses Dec 17, 2025

Herzog, L. W., & Alvarez, S. R. (1986). The frequency of foreskin problems in uncircumcised children. American journal of diseases of children (1960), 140(3), 254–256. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/3946358/. Diakses Dec 17, 2025

Circumcised vs uncircumcised: What’s the difference? https://healthymale.org.au/health-article/circumcised-vs-uncircumcised-whats-difference. Diakses Dec 17, 2025

Snip or Skip: Helping Parents Decide the Circumcision Question. https://www.cedars-sinai.org/blog/is-circumcision-good-or-bad.html. Diakses Dec 17, 2025

 

Versi Terbaru

17/12/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini Manfaat Kesihatan Seksual Jika Lelaki BERSUNAT, Kesannya Lebih Rasa Lepas Kahwin!

Katanya, Bersunat Boleh Mencegah Penyebaran Sakit Kelamin, Fakta @ Auta?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan