brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Libido Rendah, Apa Punca Nafsu Seks Menurun?

Nafsu seks atau libido bukan sesuatu yang kekal sama sepanjang masa. Ada waktu ia naik, ada waktu ia turun dan itu biasa. Tetapi jika perubahan berlaku mendadak atau mengganggu hubungan dan kesejahteraan anda, wajar fahami puncanya. Artikel ini akan mengupas penyebab nafsu seks hilang, dan juga penyebab nafsu seks meningkat secara tiba-tiba.

Libido Rendah, Apa Punca Nafsu Seks Menurun?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

Adakah normal jika libido turun naik?

Ya. Libido dipengaruhi oleh kesihatan mental dan fizikal, penuaan, hubungan dan tahap tekanan.

Jadi tiada paras “normal” yang sama untuk semua orang. Libido yang tinggi mungkin biasa bagi seseorang, manakala libido yang rendah mungkin biasa bagi individu lain.

Perubahan ringan mengikut umur, tekanan atau kitaran haid adalah lumrah. Ia menjadi isu apabila berlarutan beberapa bulan dan menimbulkan tekanan atau masalah dalam hubungan.

Ini simptom anda alami jika nafsu seks berkurang

Simptom utama hubungan intim yang hambar ialah kurang keinginan melakukan hubungan seksual bersama pasangan. 

Gejala lain termasuk:

Apa penyebab nafsu seks hilang ?

Penyebab nafsu seks meningkat lalu berubah menjadi kurang keinginan disebabkan beberapa punca:

penyebab nafsu seks meningkat
Kontraseptif hormon seperti implan dan ubat antara penyebab kurang nafsu.

  1. Mempunyai masalah dalam hubungan
  2. Tekanan, kebimbangan atau kemurungan
  3. Kurang yakin dengan tubuh badan
  4. Masalah seksual seperti disfungsi erektil atau kekeringan faraj
  5. Perubahan hormon selepas bersalin dan semasa menyusu
  6. Paras testosteron rendah pada lelaki dan penurunan estrogen semasa menopaus pada wanita
  7. Penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti
  8. Kesan sampingan ubat, antaranya sesetengah ubat antidepresan dan tekanan darah
  9. Mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk tekanan darah tinggi atau antidepresan
  10. Menggunakan kontraseptif hormon seperti pil, tampalan atau implan
  11. Minum terlalu banyak alkohol, merokok dan penyalahgunaan dadah

Kenapa tiba-tiba nafsu seksual meningkat?

Penyebab nafsu seks meningkat ada banyak sebab dan kebanyakannya normal:

  • Kitaran haid: ramai wanita rasa libido lebih tinggi sekitar tempoh ovulasi.
  • Hubungan bersama pasangan seperti di dalam fasa bulan madu. 
  • Tekanan berkurang, tidur cukup dan lebih aktif bersenam.
  • Berhenti mengambil ubat yang sebelum ini menurunkan libido.
  • Aktif melakukan aktiviti fizikal: Dapat meningkatkan keyakinan ketika berasmara dan aliran darah dalam badan
  • Mengubah mood menjadi lebih baik 
  • Perubahan hormon, contohnya testosteron

6 Cara memperbaiki penyebab nafsu seks hilang

  • Tidur 7 hingga 9 jam dan bersenam secara berkala
  • Urus stres anda dengan melakukan journaling, bersenam atau melakukan rutin penjagaan diri
  • Kurangkan alkohol dan berhenti merokok
  • Berbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai kerisauan yang anda alami.
  • Jika keinginan libido rendah, anda boleh meminta untuk menukar dos
  • Dapatkan kaunseling atau terapi seksual

Kesimpulan

Kesihatan mental dan fizikal, penuaan, hubungan dan tahap tekanan boleh menjadi penyebab nafsu seks meningkat atau menurun.

Jika anda tertanya-tanya kenapa nafsu seks meningkat atau menurun, anda boleh berbincang dengan doktor atau pasangan.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 17 jam lalu