Wanita sekalian, tahu tak pengambilan kafein boleh perangsang nafsu wanita?
Eh…takkanlah. Haaa…jangan tidak percaya, siap ada kajian mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Kafein tingkatkan perangsang nafsu wanita
Berdasarkan 1 kajian yang dilakukan oleh saintis di Southwestern University di Georgetown, Texas menyatakan, pengambilan kafein kepada wanita boleh mencetuskan mood untuk seks.
Penyelidikan dinamakan “Coffee, Tea, and Me’ dan diterbitkan dalam Pharmacology, Biochemistry, and Behavior, melibatkan sekumpulan tikus makmal betina yang diberikan suntikan kafein pertama sebelum mengawan.
Ia menunjukkan tikus betina yang menerima suntikan kafein akan lebih cepat kembali kepada tikus jantan selepas melakukan hubungan seks, berbanding tikus betina yang tidak diberikan suntikan.
Menurut Pengkaji, Dr Fay Guarraci, tikus betina tersebut bukan sekadar mencari teman, tetapi ia kelihatan seperti mahu melakukan hubungan seks sekali lagi.
“Kami mengukur keinginan tikus betina tersebut apabila mereka kembali kepada tikus jantan selepas melakukan beberapa interaksi seksual bersama,” jelas Dr Fay.
Ia mungkin tingkah laku biasa bagi tikus betina, namun dalam kajian ini, ia melibatkan kepantasan dan motivasi.
Tikus betina dengan suntikan kafein akan kembali dengan segera dan akan menunggu bersama tikus jantan sehingga mereka mendapat dorongan seksual.
Pengambilan kafein vs perangsang nafsu wanita
Walau bagaimanapun, Dr Fay tidak menasihatkan wanita untuk menggunakan kafein sebagai aphrodisiac – bahan rangsangan seksual.
Ini kerana dalam kajian yang dilakukan, suntikan kafein diberikan kepada haiwan yang tidak pernah mengambil kafein sebelum ini bagi melihat kesannya kepada keinginan seksual.
Namun dalam situasi individu biasa, kebanyakan wanita mengambil minuman berkafein seperti kopi atau minuman berkarbonat setiap hari.
Tambah Dr Fay lagi, ia pastinya sesuatu yang menarik untuk melihat jika kafein biasa yang diambil setiap hari juga dapat memberikan kesan yang sama kepada libido tikus betina.
Ujarnya, bagi individu wanita yang kadar pengambilan kafein setiap hari adalah rendah, mungkin hasil kajian ini sesuatu yang boleh dipertimbangkan.
Makanan lain peningkat libido wanita
Selain daripada pengambilan kafein, terdapat makanan lain yang boleh jadi perangsang nafsu wanita.
Mungkin ia tidak dapat dibuktikan secara saintifik, tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan?
Apatah lagi kebanyakan makanan yang tersenarai adalah makanan harian biasa.
- Coklat
Ia merupakan aphrodisiac paling biasa yang disarankan dan popular.
Walaupun coklat dianggap sebagai bahan perangsang yang popular, namun dalam kajian yang dilakukan pada 2006 menyatakan pengambilan coklat tidak memberikan perubahan kepada keinginan seksual wanita.
- Madu
Madu adalah 1 sumber antioksidan yang baik. Namun setakat ini tidak terdapat bukti mengesahkan ia sebagai pencetus peningkatan libido.
- Strawberi
Sama seperti coklat, ia antara pilihan yang popular, walaupun kekurangan bukti untuk mengesahkan mengenainya.
- Tiram mentah
Kepercayaan mengenai tiram mentah berfungsi dalam meningkatkan libido adalah dengan pengambilan 50 tiram mentah setiap hari.
Sama ada wanita atau lelaki, terdapat laporan berlaku peningkatan keinginan seksual selepas memakannya.
Namun, setakat ini masih tidak terdapat sebarang bukti untuk mengesahkannya.
- Capsaicin
Adalah 1 bahan komponen aktif dalam cili merah. Ia dikatakan dapat memberikan beberapa faedah kesihatan, termasuk rangsangan seksual yang lebih baik.
Dalam 1 kajian, bahan ini dilihat dapat meningkatkan keinginan seksual pada tikus jantan. Tetapi masih tiada penyelidikan yang dilakukan ke atas manusia.
- Buah ara
Turut dikenali sebagai buah tin. Buah ini kaya dengan vitamin dan mineral.
Ia antara makanan yang dianggap sebagai aphrodisiac. Tetapi ia dikatakan tidak memberikan kesan kepada libido.
- Pisang
Walaupun tiada kajian untuk membuktikannya tetapi ada yang mempercayai bahawa pisang dapat meningkatkan dorongan seksual.
Apa pun, pisang sememangnya sumber yang baik untuk kalium – berfungsi membantu dalam sintesis testosteron. Tahap testosteron yang rendah boleh memberikan kesan negatif terhadap libido.
- Kentang
Merupakan 1 lagi aphrodisiac tetapi masih kurang bukti saintifik mengenainya.
Walau bagaimanapun, kentang atau keledek adalah sumber makanan kaya dengan kalium.
Ini bermakna ia memberikan manfaat kesihatan seperti pisang.
Cara lain sebagai perangsang nafsu wanita
Selain pemakanan, menjaga kesihatan diri juga adalah cara lain sebagai perangsang nafsu wanita dan lelaki. Antaranya:
#Rehat mencukupi
Tidur yang cukup dan berkualiti adalah penting untuk kesihatan termasuklah melibatkan perihal seks.
Dalam 1 kajian mencadangkan, tempoh tidur yang lebih lama mempunyai kaitan rapat dengan keinginan seksual yang lebih baik pada keesokan harinya kepada wanita.
#Kurangkan tekanan
Tekanan sememangnya boleh mengakibatkan kesan negatif kepada aspek kesihatan termasuklah dorongan seksual.
Jadi anda perlu untuk cuba mengurangkan tahap stres dalam diri jika mahukan keinginan seks anda kembali meningkat.
#Ubatan
Ubat tertentu yang diambil juga boleh menjadi perangsang nafsu wanita. Berdasarkan kajian, ubat antidepresan mempunyai kaitan dengan tahap kemahuan seks yang rendah.
#Senaman
Melakukan aktiviti fizikal adalah 1 cara hebat untuk membantu meningkatkan libido.
Tambahan pula, senaman juga cara terbaik mengurangkan tekanan, yang sudah diketahui dapat membantu melonjakkan kecenderungan seksual anda.
[embed-health-tool-ovulation]