Normal Ke Kalau Wanita Tak Klimaks Ketika Bersama? Ada 12 Punca Kenapa Ia Berlaku...

Tidak mencapai klimaks setiap kali bersama pasangan? Jawapan ringkasnya, ya, ia sangat biasa. Ramai wanita tidak mencapai klimaks setiap kali dan ia tidak bermakna ada yang tidak kena ketika berasmara. Mari kita fahami klimaks perempuan bagi membantu anda dan pasangan menikmati hubungan intim yang lebih bermakna.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.
Apa itu anorgasmia ?
Anorgasmia ialah kesukaran orgasme. Gangguan ini menyebabkan wanita tidak dapat klimaks sama sekali, mengalami masalah dan mengambil masa yang lama untuk klimaks.
Dalam kalangan wanita,
Klimaks perempuan adalah…
Klimaks perempuan adalah puncak keseronokan seksual. Klimaks perempuan yang dialami adalah berbeza, bergantung kepada individu tersebut.
Klimaks yang dialami juga berbeza dari masa ke semasa.
Klimaks perempuan macam mana?
Ketika perkara ini berlaku, pernafasan, kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat, otot tegang, pengecutan berlaku pada rahim, otot dasar pelvik, vulva, faraj dan sfinkter rektum terjadi pada wanita.
Anda juga akan merasai ia sebagai sensasi fizikal yang menggembirakan pada masa yang sama menegangkan selama beberapa saat, kebanyakannya dirasai di kawasan kemaluan.
Adakah normal jika tidak capai klimaks setiap kali bersama?
Normal. Disfungsi seksual menjejaskan 30% hingga 40% wanita dan ia dipanggil gangguan keinginan seksual hipoaktif dan ia agak biasa.
Sebenarnya,sebahagian besar wanita memerlukan rangsangan pada klitoris untuk mencapai klimaks dan hanya sebilangan kecil mencapainya hanya melalui penetrasi.
Hubungan yang memuaskan juga tidak semestinya berakhir dengan klimaks.
Kenapa klimaks sukar dicapai?

Ada beberapa faktor mengapa klimaks perempuan sukar dicapai. Antaranya:
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Mempunyai penyakit diabetes, gangguan sistem saraf dan penyakit tiroid
- Mengalami gangguan lantai pelvis dan kecederaan bersalin
- Sakit semasa persetubuhan (dispareunia)
- Kekeringan pada faraj
- Menopaus, yang memberi kesan kepada hormon dan boleh menjejaskan perkara seperti rangsangan dan pelinciran
- Gangguan hormon, atau ubat-ubatan yang menjejaskan tahap estrogen dan testosteron dalam badan
- Stres, kebimbangan, kemurungan.
- Trauma seksual pada masa lalu
- Tiada keyakinan terhadap imej badan
- Rasa malu yang berlebihan
- Mengambil ubat psikiatri, seperti serotonin reuptake inhibitors (SSRIs)
10 Cara capai klimaks perempuan
- Beri masa untuk foreplay. Kebanyakan wanita memerlukan rangsangan yang lebih lama sebelum klimaks
- Tumpukan pada rangsangan klitoris, sama ada oleh pasangan atau diri sendiri
- Kurangkan tekanan. Cipta suasana tenang dan elakkan menjadikan klimaks sebagai kepuasan ketika berasmara
- Kukuhkan otot pelvis melalui senaman Kegel
- Gunakan pelincir jika berasa kering atau tidak selesa
- Dapatkan pendidikan mengenai hubungan intim seperti rangsangan dan tindak balas seksual.
- Belajar untuk menyampaikan keperluan dan keinginan seksual dengan jelas, secara lisan atau bukan lisan
- Banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat
- Hadkan pengambilan alkohol, dadah dan merokok
- Fokus pada aktiviti seksual yang lain, bukan hanya persetubuhan, sebagai cara capai klimaks perempuan
Kesimpulan
Tidak mencapai klimaks perempuan setiap kali adalah perkara biasa.
Yang penting, anda perlu fahami badan sendiri, berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan dan jangan berasa tertekan.
Hubungan yang baik bersama pasangan lebih bermakna dengan ketelusan.