Pasangan suami isteri itu bukan sahaja perlu mahir bekerjasama, berkomunikasi dan bertoleransi malah bercium juga kena arif! Ini kerana ciuman lidah bertemu lidah yang hangat lagi sensasi akan menyemarakkan lagi rumah tangga. Teruskan baca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Ciuman lidah bertemu lidah berfaedah?
Anda aktif dalam bersukan? Individu yang gemar aktiviti lasak pasti faham pentingnya melakukan senaman ringan sebelum masuk ke padang atau gelanggang agar tubuh badan lebih segar.
Ini sama juga ceritanya dengan aktiviti seksual. Sebenarnya, anda juga memerlukan senaman atau ringan-ringan sebelum mula beraksi di ranjang agar hubungan kelamin itu lebih meninggalkan kesan dan berjalan lancar.
Tiada apa yang lebih mengasyikkan dan menguntungkan pasangan melainkan ciuman french kiss setiap kali sebelum mula hubungan intim. Ini akan menyemarakkan lagi projek asmara kalian.
“Ciuman itu sudah ada di dalam naluri manusia dan ia adalah perbuatan yang mampu menzahirkan atau menunjukkan rasa sayang dan cinta dua insan berpasangan!” jelas Pakar Sains Komunikasi, Emer Maguire.
Pun begitu, mungkin masih ramai suami isteri di luar sana yang memandang enteng perkara ini lantas hanya melakukannya secara ala kadar sahaja sedangkan ia sangat penting dalam hubungan.
Anda juga tidak pandai bercium? Relaks, kami akan kongsi beberapa tip yang mungkin berfaedah!
Teknik ciuman rahsia yang bikin ghairah!
Jangan cuma asal boleh atau asal jadi ketika ciuman lidah bertemu lidah. Ikuti teknik yang berikut:
#1. Pastikan mulut tidak busuk
Pertama dan paling penting, pastikan mulut anda tidak berbau busuk kerana ini bakal membuatkan pasangan spoil mood lantas turn off. Dalam usaha untuk itu, ada banyak perkara anda wajar elak.
Elak daripada amalkan tabiat menghisap rokok dan meminum alkohol kerana ia akan buat mulut busuk selain tidak sihat. Hindarkan juga makanan berbau kuat seperti bawang dan lain-lain.
#2. Lontarkan kata-kata yang romantik
Kadangkala, ciuman secara tiba-tiba akan membawa unsur kejutan namun ramai juga yang gemar jika ia lebih slow dan steady. Mungkin anda boleh mulakan dengan kata-kata romantik.
Apa salahnya memuji dan merayu pasangan untuk berasmaradana? Ini sudah pasti akan membuat mereka mengimbau kembali kenangan masa lalu di saat kalian baru mula berumahtangga.
#3. Gunakan lidah dengan bijak
Ciuman lidah bertemu lidah tidak akan berkesan jika anda tidak tahu gunakan lidah dengan bijak!
Sebenarnya, ramai orang sangka bahawa lidah perlu dimasukkan serta dimainkan di dalam mulut pasangan ketika bercium. Ya, itu memang benar namun ia juga perlu tepat cara dan masa.
Pada peringkat awal, kenakan sahaja bibir anda dengan bibir pasangan sampai selesa. Kemudian, barulah masukkan dan mainkan lidah kalian. Ingat, buat dengan lembut agar tidak lemas.
#4. Libatkan anggota badan lain
Tiada syarat kata tangan anda tidak boleh meneroka tubuh badan pasangan. Jadi, kenapa kaku sahaja?
Ketika berciuman, anda boleh gunakan tangan untuk menyentuh dan merangsang titik-titik erotik pada tubuh badan pasangan terutama di dada, paha dan tentu sekali sekitar alat kemaluan.
Jika pasangan anda malu atau tidak tahu apa yang perlu dibuat, rujuk kembali teknik yang kedua. Pandulah mereka dengan kata romantik agar keadaan yang janggal itu akan jadi lebih baik.
Baca lagi artikel berkaitan:
Teknik ciuman #5. Bukan di mulut sahaja!
Tidak, siapa kata ciuman itu hanya perlu pada mulut sahaja? Anda turut boleh cium seluruh tubuh badan pasangan terutama pada dahi, pipi dan leher. Begini, barulah suasana romantik dan ghairah seperti yang telah lama diimpikan itu dapat direalisasikan!
Jadi lebih kreatif, anda juga mungkin boleh meneroka di bawah sedikit menuju ke kawasan yang telah lama mendambakan usikan manja. Jika lampu hijau telah dibuka, cubalah seks oral juga!
#6. Berhenti seketika dan sambung semula
Mungkin agak mustahil untuk berhenti selepas bernafsu tinggi pada ketika ini namun durasi jeda itu akan beri kalian waktu rehat bagi separuh masa kedua yang bakal berlangsung lebih bertenaga.
#7. Ciuman lidah bertemu lidah bersama
Akhir sekali, anda dan pasangan juga perlu tahu bahawa ciuman lidah bertemu lidah ini tidak akan menjadi jika ia tidak dilakukan bersama. Tiada siapa yang mahu ‘syok’ sendiri sahaja bukan?
Maka, usah anda atau pasangan seorang yang beriya berusaha memasukkan dan memainkan lidah sedangkan pihak satu lagi kaku seribu bahasa. Lakukan bersama agar ia lebih berkesan!
[embed-health-tool-ovulation]