backup og meta

Belum Bersedia Untuk Dapat Anak, Buat 3 Cara Ini, Tak Payah Makan Pil Atau Masuk Ubat Pun!

Belum Bersedia Untuk Dapat Anak, Buat 3 Cara Ini, Tak Payah Makan Pil Atau Masuk Ubat Pun!

Alamak! Masih mengandung walaupun sudah mengambil pil jenis perancang keluarga? Ini merupakan keluhan yang sering dilontarkan oleh pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk memiliki cahaya mata lagi. jeni

Bagi pasangan yang ingin merancang keluarga, mungkin anda perlu menggunakan pelbagai alternatif kontraseptif yang lain atau lebih baik lagi, secara semula jadi.

Untuk mengetahui mengenai jenis perancang keluarga secara natural dengan lebih lanjut, sila ikuti artikel ini.

Fakta mengenai metode jenis perancang keluarga secara natural

Apa itu metode jenis perancang keluarga natural?

jenis perancang keluarga

Jenis perancang keluarga secara natural atau Natural Family Planning (NFP) adalah satu metode yang tidak memerlukan sebarang ubatan atau alatan.

Metode ini sangat mementingkan penelitian terhadap setiap fungsi alami tubuh badan anda untuk mengenal pasti bila waktu kesuburan anda berada pada tahap tertinggi dan terendah.

Ia menggabungkan penelitian melalui metode kalendar/ritma, suhu basal tubuh badan dan mukus serviks sebagai cara mengelak kehamilan dengan tidak melakukan hubungan seks pada waktu anda paling subur.

Terdapat 3 elemen yang paling penting untuk anda berikan tumpuan untuk merancang keluarga secara semula jadi, iaitu: 

#1. Tempoh masa kitaran haid

Semasa kitaran haid, telur akan dikeluarkan daripada ovari anda melalui proses ovulasi dan mula bergerak ke tiub fallopia.

Telur yang kedua pula selalunya akan dikeluarkan 24 jam selepas telur yang pertama. Proses ini kebiasaannya akan mengambil masa 10 hingga 16 hari sebelum kitaran haid anda yang seterusnya. 

Untuk pengetahuan anda, telur hanya boleh hidup selama 24 jam selepas proses ovulasi berlaku dan sperma perlu memasuki telur ketika waktu itu. Jadi, melakukan seks semasa proses ini berlaku akan meningkatkan peluang untuk hamil. 

Jika anda melakukan seks 7 hari sebelum proses ovulasi berlaku, anda mungkin masih boleh hamil kerana sperma boleh hidup dalam tubuh badan wanita selama 7 hari dan memasuki telur yang baharu sahaja keluar melalui proses ovulasi.

Oleh itu, anda perlu memastikan waktu yang tepat proses ovulasi berlaku dalam tubuh badan anda untuk merancang waktu hubungan seks bersama pasangan.

#2. Bacaan suhu tubuh badan

Apa kaitan suhu tubuh badan dengan waktu kesuburan anda? Kaitannya adalah tubuh badan anda akan berlaku sedikit peningkatan selepas proses ovulasi.

Jadi, anda perlu sentiasa mengukur bacaan suhu tubuh badan anda dengan menggunakan termometer yang dicipta khas untuk metode NFP ini. 

Caranya, mudah sahaja. Cuma lihat suhu tubuh badan anda setiap pagi selepas anda baru bangun daripada tidur. Ini perlu dilakukan sebelum anda makan atau minum dan lebih bagus jika dilakukan pada waktu yang sama pada setiap hari. 

Perhatikan selama sekurang-kurangnya 3 hari ketika suhu tubuh badan anda lebih tinggi berbanding 6 hari sebelumnya. Anda perlu sangat teliti dalam melakukannya kerana peningkatannya hanya sedikit iaitu sekitar 0.2°C bersamaan 0.4°C sahaja.

Ketika ini, anda tidak lagi berada pada tahap kesuburan yang tinggi dan anda boleh menikmati hubungan seks bersama pasangan, dengan perlindungan untuk lebih kepastian.

#3. Perubahan mukus serviks

jenis perancang keluarga

Semasa kitaran haid anda, akan berlaku banyak perubahan pada mukus serviks anda – dari aspek amaun dan tekstur. Anda mungkin akan perasan beberapa hari selepas kitaran haid anda, faraj anda adalah sedikit kering dan tiada langsung mukus berada di situ. 

Seiring dengan peningkatan hormon dalam tubuh badan untuk proses ovulasi berlaku, anda akan perasan faraj anda akan mula mengeluarkan mukus yang agak melekit, melekat dan mempunyai warna seakan putih dan krim. Ini adalah waktu subur anda pada peringkat awal.

Selepas itu, sebelum proses ovulasi berlaku mukus itu akan menjadi semakin basah, licin dan jelas – seakan-akan putih telur.

Ini adalah waktu anda paling subur. Mukus ini kemudiannya akan perlahan-lahan berubah kembali kepada bentuknya yang melekit dan melekat. Selepas 3 hari, anda tidak lagi berada pada tahap kesuburan yang paling tertinggi. 

Jadi, sila rancang bersama pasangan anda tentang waktu bila anda boleh melakukan seks dan waktu bila anda perlu mengelakkannya!

Jika anda masih mahu melakukan seks juga, adalah disarankan untuk anda menggunakan jenis perancang keluarga kontraseptif seperti kondom untuk lebih kepastian.

Adalah lebih baik untuk wanita memerhatikan kesemua aspek dalam metode NFP secara serentak bersama dengan pasangan anda.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh memuat turun aplikasi bantuan untuk metode NFP pada telefon pintar anda atau dapatkan khidmat khidmat doktor atau pakar kesuburan bertauliah yang arif tentang metode ini.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Natural Family Planning (Fertility Awareness). https://www.nhs.uk/conditions/contraception/natural-family-planning/. Accessed on September 6, 2019.
  2. Fertility Awareness: Natural Family Planning (NFP). https://americanpregnancy.org/preventing-pregnancy/natural-family-planning/. Accessed on September 6, 2019.
  3. Natural Family Planning. https://www.aafp.org/afp/2012/1115/p924.html. Accessed on September 6, 2019.
  4. Fertility Awareness. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/fertility-awareness. Accessed on September 6, 2019.
  5. https://medlineplus.gov/birthcontrol.html

Versi Terbaru

30/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Pernah Ambil Pil Perancang, Kini Ingin Hamil Semula, Ini Cara Nak Tahu Bila Waktu Subur!

Bahaya Pil Perancang Boleh Sebabkan Darah Beku? Orang Perempuan, Hati-hati!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan