
Factor-faktor ini meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat limfogranuloma venereum:
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apakah pilihan rawatan untuk penyakit ini?
Rawatan yang biasa diberi kepada pesakit limfogranuloma venereum merangkumi:
Antibiotik digunakan untuk melawan jangkitan bakteria dan perlu diambil dalam masa 3 minggu.
Ubat than sakit seperti Acetaminophen, Ibuprofen dan tuam dengan air panas boleh digunakan untuk merawat simptom tetapi kaedah ini sedikit rumit.
Pesakit haruslah mengambil makanan bernutrisi untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.
Untuk beberapa keadaan tertentu, pembedahan mungkin dilakukan untuk meredakan radang pada kelenjar limfa atau bisul (abscess). Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk radang kronik, mandul,serta menghadapi masalah semasa kencing dan membuang air besar.
Apakah ujian yang akan dilakukan?
Doktor akan diagnos pesakit berdasarkan sejarah terdedah kepada bakteria ini dalam masa terdekat, pemeriksaan fizikal dan ujian darah termasuk ujian untuk penyakit kelamin. Doktor anda juga akan mengambil sampel luka untuk ujian bakteria sekiranya terbukti wujudnya bakteria Chlamydia atau antibodi melawan bakteria tersebut.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu untuk mengatasi penyakit ini (saluran limfa tersumbat):
- Seks yang sihat
- Ambil ubat yang disarankan oleh doktor sehingga sembuh
- Penyakit ini berkemungkinan untuk terjadi semula, jadi anda perlulah selalu membuat pemeriksaan melalui janjitemu.
- Berbincang/maklumkan kepada rakan berkaitan kondisi anda supaya meraka boleh melawat dan membantu untuk mendapatkan rawatan jika perlu.
- Rehatkan diri ketika menghadapi penyakit ini, dan kembali melakukan aktiviti harian secara berperingkat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen