backup og meta

Chlamydia, Penyakit Jangkitan Kelamin Yang Menjejaskan Mata Anda! Boleh Cuba 4 Rawatan Ini

Chlamydia, Penyakit Jangkitan Kelamin Yang Menjejaskan Mata Anda! Boleh Cuba 4 Rawatan Ini

Terdapat pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD) yang wujud di muka bumi ini serta boleh menjangkiti seluruh umat manusia.

Mungkin ramai daripada kita yang pernah mendengar nama penyakit seperti HIV atau HPV bukan?

Namun tidak ramai yang tahu mengenai STD yang turut berbahaya kepada kita iaitu chlamydia!

Persoalannya, apa itu chlamydia dan adakah terdapat sebarang cara tradisional yang boleh dicuba untuk merawat jika terkena penyakit ini? Jom baca lebih lanjut!

Apa itu chlamydia?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, chlamydia adalah sejenis penyakit jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria bernama Chlamydia trachomatis.

Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit dalam tiga cara dan membabitkan sistem genitourinari (alat sulit), sistem respiratori (nafas) dan okular (mata).

Apa yang menakutkan, STD jenis ini juga boleh menyebabkan jangkitan mata seterusnya mengakibatkan kecacatan penglihatan ataupun buta.

Kebiasaannya, individu yang sudah terjangkiti Chlamydia tidak akan menunjukkan sebarang simptom namun mereka masih berupaya menjangkiti individu lain terutamanya pasangan sendiri.

std

Pun begitu, masih wujud beberapa petanda yang anda boleh perhatikan termasuklah:

  • Rasa sakit di bawah abdomen
  • Keluar lendir dari alat sulit
  • Keluar darah walaupun tidak datang bulan (wanita)
  • Rasa pedih ketika melakukan seks (wanita)
  • Rasa gatal pada faraj (wanita)
  • Rasa gatal pada zakar (lelaki)
  • Rasa sakit, keluar lendir dan darah dari dubur

Apa bahaya chlamydia?

Pertama sekali, kalian harus tahu bahawa tempoh inkubasi chlamydia belum dapat ditentukan dengan baik menjadikannya sukar untuk dikesan sebelum melarat.

Seperti yang telah disebutkan di atas tadi juga, penyakit ini bukan sahaja akan menjejaskan alat sulit malahan juga sistem respiratori dan okular.

Ini bermakna sistem pernafasan penderita boleh jadi terganggu di samping penglihatan juga akan terjejas dek kerana bakteria ini.

Bukan itu sahaja, kajian turut mendedahkan bahawa penyakit jangkitan kelamin ini jika tidak dirawat boleh meningkatkan risiko seseorang itu mendapat atau menyebarkan penyakit lain.

Antara penyakit lain yang diperkatakan itu adalah HIV, iaitu sejenis virus yang menyebabkan AIDS.

Jadi, sila rawat ia sebelum terlambat okay?

penyakit kelamin

Bagaimana cara merawat chlamydia?

Harus diingatkan bahawa berikut hanyalah sekadar tip yang boleh anda cuba di rumah dan nasihat daripada doktor sangat perlu untuk kepastian.

#1. Bawang putih

Bawang putih mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kerana mengandungi sebatian aktif bernama allicin yang bersifat antibakteria dan antiradang.

Ada bukti di mana ia memang mampu membunuh bakteria namun mungkin bukan jenis chlamydia.

Pun begitu, ia mungkin masih boleh digunakan sebarang rawatan alternatif ekoran sifat antikulat miliknya.

#2. Kunyit

Kunyit juga mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kerana mengandungi sebatian aktif bernama curcumin yang bersifat antiradang.

Menurut kajian pada tahun 2008, curcumin ini mungkin mampu melawan bakteria chlamydia namun masih memerlukan kajian lanjutan untuk mengesahkannya.

Penggunaannya juga terbukti selamat jika disapu dalam dos yang betul kerana ia mungkin tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan yang lain.

#3. Zaitun

Zaitun turut mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan kerana mengandungi sebatian aktif bernama oleuropein yang bersifat antimikrobial, antivirus dan antiradang.

Lebih mengagumkan, ia bukan sahaja dikaitkan dengan STD seperti chlamydia malahan juga kanser ekoran sifat antikanser yang ada padanya.

Pun begitu, ia juga masih memerlukan kajian lanjutan untuk benar-benar pasti sama ada penggunaannya berkesan ataupun tidak.

penyakit kelamin

#4. Diet boleh rawat chlamydia?

Selain 3 bahan masakan/makanan yang kami telah nyatakan di atas tadi, terdapat satu lagi cara untuk merawat penyakit jangkitan kelamin ini iaitu dengan diet.

Ada dakwaan yang mengatakan bahawa diet istimewa yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu boleh merawat apa itu chlamydia.

Namun ia juga masih memerlukan nasihat dan konsultasi daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Selain 4 cara ini, apa cara yang berkesan?

4 cara yang kami nyatakan di atas tadi hanyalah sekadar petua dan tidak seharusnya dijadikan sumber rawatan yang utama ya?

Jika begitu, apakah cara yang berkesan? Bertenang, kami juga ada jawapannya!

Kebiasaannya, seseorang yang mempunyai jangkitan Chlamydia akan diuji juga untuk jangkitan kelamin yang lain.

Ini kerana penderita berisiko tinggi mempunyai lebih daripada satu jangkitan bakteria dalam badan dalam satu-satu masa.

Justeru itu, rejim rawatan yang akan digunakan adalah berbeza bergantung kepada usia pesakit, beban penyakit dan juga lokasi jangkitan.

Pun begitu, lazimnya ubat antibiotik adalah penyelesaian termudah dan berikut adalah jenis yang mungkin akan digunakan; azithromycin, doxycycline, erythromycin dan juga ofloxacin.

Untuk langkah keselamatan, pasangan anda juga akan dirawat bagi mencegah jangkitan semula di masa hadapan.

Namun mencegah itu lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi sila jalani kehidupan seks yang selamat okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chlamydia/symptoms-causes/syc-20355349
  2. https://healthresearchfunding.org/6-interesting-facts-chlamydia/
  3. https://www.cdc.gov/std/chlamydia/stdfact-chlamydia-detailed.htm
  4. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=chlamydia-can-lead-to-infertility-1-2517
  5. https://m.dailyhunt.in/news/india/english/news+patrolling-epaper-newspatr/10+useful+home+remedies+for+chlamydia+and+other+sexually+transmitted+diseases-newsid-89719539

Versi Terbaru

02/10/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Jangan Main Kongsi Jamban Terutamanya Jenis Duduk, Boleh Terkena STD Yang Ini!

Orang Muda Lebih Ramai Dapat Sakit Kelamin Chlamydia, Ada 10 Lagi Fakta MENGEJUTKAN


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan