Otot merupakan organ yang sangat penting. Tubuh anda mempunyai lebih 600 otot yang mempunyai pelbagai fungsi berbeza seperti mengepam darah, menggerakkan sendi, menghadam makanan, dan membuang air. Sebahagian dari otot ini boleh dikawal atau disebut sebagai sukarela (voluntary) manakala sebahagian yang lain bukan sukarela (involuntary).
Organ ini diperbuat oleh serat (struktur seperti benang) yang bersifat elastik seperti tali getah. Satu otot mengandungi beribu serat otot.