Lutut berbunyi ketika berjalan? Selalunya, bunyi ‘crack’ atau ‘pop’ ini akan berlaku ketika anda berlari atau bersenam. Namun, adakah ini satu kondisi yang perlu dirisaukan? Sebenarnya, anda boleh elakkannya dengan pengambilan vitamin untuk lutut berbunyi! Bukan itu sahaja, ada banyak juga makanan untuk lutut berbunyi yang boleh anda ambil untuk mengurangkan simptom.
Menurut Dr. Harshvardhan Singh dari University of Alabama, Birmingham, lutut yang berbunyi bukanlah satu masalah yang besar. Anda juga tidak perlu risau mengenainya.
Walau bagaimanapun, jika anda mula rasa sakit, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin!
Menurut Dr. Singh, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan lutut berbunyi. Antaranya ialah:
- Tempurung lutut longgar atau tidak muat. Geseran yang berlaku boleh menghasilkan bunyi ‘pop’, lebih-lebih lagi ketika anda berlari.
- Otot paha terlalu tegang. Apabila otot ini tegang, ia akan menyebabkan pergerakan lutut terbatas ketika melakukan sebarang aktiviti.
- Tisu rawan di kawasan lutut telah haus. Kondisi ini juga boleh mendatangkan pelbagai masalah terutamanya kepada warga emas.
Dalam artikel kali ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai masalah lutut berbunyi serta vitamin apa yang boleh anda ambil untuk mengurangkannya. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Tulang & Otot, anda boleh klik di sini.
3 Vitamin untuk lutut berbunyi

Jika anda mempunyai masalah lutut berbunyi, ada 3 jenis vitamin yang boleh anda amalkan. Antaranya ialah vitamin D3, kunyit dan glukosamina. Ketiga-tiga vitamin ini amat bermanfaat untuk merawat masalah lutut yang kerap berbunyi.
Ramai yang sangka masalah lutut berbunyi merupakan tanda awal artritis. Apa yang menarik, perkara sebaliknya pula yang akan berlaku kepada penghidap artritis!
Mereka yang menghidap penyakit ini selalunya tidak dapat meluruskan lutut masing-masing dan mengalami kesukaran untuk bergerak. Lutut yang berbunyi bermaksud sendi ini masih boleh bergerak dengan baik dan anda mungkin tidak menghidap artritis!
Vitamin untuk lutut berbunyi 1: Vitamin D3
Vitamin D3 merupakan antara vitamin yang sangat penting untuk masalah lutut berbunyi. Ia mengandungi kalsium dan vitamin K yang dapat menyokong pertumbuhan dan kekuatan tulang.
Tulang atau otot yang lemah boleh menyebabkan lutut berbunyi. Apabila lutut anda berada dalam kondisi yang sihat, masalah lutut berbunyi ‘crack’ atau ‘pop’ dapat dikurangkan. Sebab itulah, anda disarankan untuk mengambil vitamin untuk lutut berbunyi.
Ikan seperti sardin dan salmon mengandungi banyak vitamin D3. Selain itu, anda juga boleh menambah telur dalam pemakanan harian untuk mendapatkan vitamin D3 yang mencukupi.
Siapa sangka kunyit dapat membantu masalah lutut berbunyi! Kunyit sangat bermanfaat disebabkan kemampuannya untuk mengurangkan kesakitan. Malah, ia mempunyai kesan anti radang yang dapat mengurangkan simptom artritis.
Kunyit juga mengandungi curcumin, sejenis bahan atau makanan untuk lutut berbunyi yang sering diamalkan dalam perubatan tradisional.
Bukan itu sahaja, kunyit juga dapat meningkatkan kesihatan jantung dan menghalang Alzhemier daripada berlaku. Ia merupakan sejenis antioksidan yang juga mampu mengurangkan simptom depresi.
Vitamin untuk lutut berbunyi 3: Glukosamina
Glukosamina merupakan satu bahan yang sudahpun wujud secara semula jadi dalam badan kita. Ia merupakan komponen utama dalam tulang rawan dan dapat menjadikan sendi lebih kuat dan mampu bergerak bebas.
Selain itu, glukosoamina juga amat penting untuk penghasilan dan pembaik pulihan sendi badan. Glukosoamina akan menghasilkan glycosaminoglycans yang memainkan peranan penting untuk pemulihan sel tisu badan.
Apa yang saya perlu lakukan jika lutut kerap berbunyi?

Jika anda mengalami kecederaan pada kawasan lutut, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan selain mengambil vitamin untuk lutut berbunyi:
- Lindungi lutut anda daripada sebarang kecederaan tambahan. Rehat dan kurangkan pergerakan. Jika anda terus bersenam atau paksa diri untuk bergerak, kawasan yang terluka boleh jadi bertambah serius.
- Pastikan lutut lebih tinggi daripada badan. Jika kaki anda membengkak, letak bantal sebagai alas paha untuk tinggikan kawasan lutut daripada jantung.
- Balut kawasan yang terluka. Pastikan kawasan yang terjejas dibalut dengan rapi.
- Dapatkan terapi fizikal. Terapi dapat membantu anda untuk mengelakkan masalah pergerakan pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, anda juga boleh belajar cara untuk melindungi lutut anda daripada sebarang kecederaan pada masa akan datang.