Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Penghidap Penyakit Gout Perlu Jauhi 4 Jenis Makanan Ini, Terutama Yang Pertama!
Gout adalah sejenis artiritis atau radang sendi. Ia dikatakan sebagai salah satu penyakit yang paling menyakitkan di dunia. Meskipun kadangkala hanya melibatkan sendi ibu jari kaki yang kecil, kesannya boleh berlaku pada seluruh anggota kaki sehingga tidak dapat berjalan. Sebab itu, anda harus tahu makanan pesakit gout yang tak boleh diamalkan.
Sekali anda terkena serangan gout, anda berisiko untuk mengalaminya sekali lagi. Bagi siapa yang pernah mengalaminya, sudah tentu tidak mahu mengulanginya lagi.
Selain ubat-ubatan untuk mengurangkan kadar asid urik, iaitu asid yang merangsang serangan gout, anda juga perlu menjaga pemakanan sihat untuk mengelakkan serangan gout.
Jadi, apakah jenis makanan yang perlu dielakkan buat penderita penyakit gout?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.
Makanan pesakit gout yang perlu dielakkan
Banyak pantang larang yang sering diperkatakan untuk mereka yang mempunya sakit gout. Sehinggakan, ramai percaya jika ada sayur yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout dan buah yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout!
Namun, sejauh manakah kebenarannya? Ini antara senarai makanan tinggi uric acid yang harus anda elak:
1. Makanan laut
Makanan laut tidak bagus jika ada gout.
Beberapa jenis makanan laut yang perlu dielakkan, antaranya ialah:
Daging merah terutamanya daging kambing perlu dielakkan bagi pesakit gout.
Di atas adalah makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Purin ditukarkan kepada asid urik yang boleh merangsang serangan gout.
Jangan pandang ringan serangan gout!
Selain mengurangkan makanan-makanan ini, penderita gout juga perlu menurunkan berat badan untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh.
Beberapa jenis makanan berikut adalah musuh ketat untuk gout:
Makanan laut
Kekacang
Organ dalaman
Daging merah
Kini anda sudah tahu jenis makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap penyakit gout. Justeru itu, kurangkan atau jika boleh elak daripada mengambil makanan-makanan di atas supaya masalah gout anda boleh cepat pulih.
Jika pantang larang ini dipatuhi, mana tahu anda boleh bebas daripada rasa sakit yang membelenggu anda selama ini, sekali gus mengurangkan komplikasi penyakit anda ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gout diet. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524. Accessed 28 May 2018.
Gout. https://www.cdc.gov/arthritis/basics/gout.html. Accessed 28 May 2018.
Food to avoid.https://www.goutdiet.org/foods-to-avoid.php. Accessed 28 May 2018.
Which foods are safe for gout. https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/healthy-eating/which-foods-are-safe-for-gout. Accessed 28 May 2018.
Diet for gout. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/chronic-kidney-disease-ckd/complications/gout/diet-for-gout/Accessed 28 May 2018.
Versi Terbaru
09/09/2024
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim