backup og meta

Makanan Harus Dielakkan ketika Berbuka

Makanan Harus Dielakkan ketika Berbuka

Bulan Ramadan adalah antara bulan yang dinantikan. Bukan sahaja kerana kemeriahan untuk berpuasa, bersolat terawih tetapi tidak dapat dinafikan, kemeriahan membeli juadah di bazaar juga adalah antara yang ditunggu. Pelbagai jenis makanan yang mungkin sukar diperolehi pada bulan-bulan lain, akan terjual di bazar. Namun, tahukah anda,  dalam keseronokan membeli juadah makanan berbuka, terdapat beberapa jenis makanan harus dielakkan ketika berbuka? Ikuti artikel ini untuk mengetahui apakah jenis makanan harus dielakkan ketika berbuka.

Jenis makanan harus dielakkan ketika berbuka

  1. Makanan bergoreng

Mengambil makanan bergoreng ketika perut kosong, berkemungkinan boleh menyebabkan perut menjadi kejang dan kembung. Ini berlaku kerana kesukaran sistem pencernaan untuk menghadam makanan bergoreng tersebut. Memandangkan makanan bergoreng akan dimasak dalam minyak yang bersuhu tinggi, ia mungkin mengandungi lemak trans – terbentuk apabila lemak tak tepu menjalani proses yang dipanggil penghidrogenan – sekali gus menjejaskan diet dan kesihatan kita yang meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit hati, kanser, diabetes dan obesiti.

  1. Tinggi kandungan gula

Mengambil sama ada makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anda cenderung berdepan isu dehidrasi. Selain akan mengakibatkan anda cepat kenyang, makanan atau minuman dengan kandungan gula yang tinggi kerap kali menjadi makanan yang tidak berkhasiat dan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, diabetes dan lain-lain.

  1. Makanan pedas

Makanan pedas tidak dinafikan ia memberikan beberapa manfaat untuk kesihatan. Tetapi pengambilannya pada waktu berpuasa tidak begitu digalakkan. Mengambil makanan pedas ketika bersahur boleh menyebabkan anda akan merasa lebih dahaga sepanjang hari berpuasa. Manakala pengambilannya sewaktu berbuka ketika perut kosong, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan mengakibatkan sakit perut atau cirit-birit.

  1. Buah-buahan

Jangan tersalah anggap. Buah-buahan adalah amat bagus untuk diambil ketika berbuka puasa, tetapi pengambilannya secara berlebihan sejurus selepas berbuka puasa boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam perut. Ini kerana fruktosa sukar untuk dimetabolismekan dan ia akan mengalir ke dalam usus anda yang berkemungkinan boleh mengakibatkan kerengsaan pada lapisan usus anda.  

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

13 Ways That Sugary Soda Is Bad for Your Health

https://www.healthline.com/nutrition/13-ways-sugary-soda-is-bad-for-you /Accessed on May 6, 2019

 

5 reasons why sugar is bad for you

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324854.php /Accessed on May 6, 2019

 

Why Are Fried Foods Bad For You?

https://www.healthline.com/nutrition/why-fried-foods-are-bad /Accessed on May 6, 2019

 

INI MAKANAN YANG PERLU ANDA ELAKKAN KETIKA BERBUKA PUASA

https://www.hijabnheels.com/posts/ini-makanan-yang-perlu-anda-elakkan-ketika-berbuka-puasa /Accessed on May 6, 2019

 

3 JENIS MAKANAN PATUT ELAK KETIKA BERPUASA OLEH COACH YIN

http://glamlelaki.my/segak-rapi/3-jenis-makanan-patut-elak-ketika-berpuasa/ /Accessed on May 6, 2019

Versi Terbaru

15/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Boleh Ke Nak Tambah Ketinggian? Ini 5 Jenis Makanan Untuk Tinggi

Rahsia Untuk Cepat Tambah Berat Badan, Amalkan 5 Jenis Makanan Sihat Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan