Bendi yang sangat tua pula mempunyai lubang yang agak besar pada hujung tangkainya.
Ia mungkin sebesar lidi sate. Selain itu, buahnya sudah berasa agak berkayu dan keras.
Warnanya juga sudah menjadi hijau gelap.
Biasanya anda tidak memerlukan cara pilih bendi untuk melihat bendi yang sudah sangat tua kerana selain warnanya, saiznya juga sudah agak besar.
#5. Bendi tua bangka
Bendi yang sudah tua bangka tidak lagi berwarna hijau. Sebaliknya ia berwarna coklat dan agak kering.
Ia sememangnya tidak boleh dimakan dan hanya digunakan sebagai biji benih pokok bendi.
Selain cara pilih bendi, ini tip masak bendi kurang berlendir

Lauk bendi yang agak berlendir seperti kacang bendi goreng mungkin kurang enak untuk dimakan.
Jadi kami ada beberapa tip yang ingin dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengurangkan lendir bendi ketika memasak.
Antara tip-tip tersebut ialah:
- Basuh bersih bendi terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. Jika anda memotong bendi dahulu sebelum dicuci, pastinya lendir bendi akan keluar dengan banyak
- Potong dan terus masak. Hanya potong bendi betul-betul pada waktu anda hendak memasaknya. Elakkan memotong terlalu awal bagi mengelakkan lendir keluar
- Goreng tanpa minyak. Sebelum digoreng bersama bahan tumisan, goreng dahulu kacang bendi tanpa minyak sehingga lendirnya agak kering
- Jangan potong bendi. Untuk masakan berkuah, elakkan memotong bendi. Cukup sekadar memotong hujung tangkai dan ekornya sahaja
- Basuh dengan air asam jawa. Selepas dipotong kecil, anda boleh membilasnya dengan menggunakan air asam jawa bagi mengurangkan lendir
Kesimpulan
Gunakan tip dan cara pilih bendi yang kami kongsikan di atas sebagai amalan anda ketika memilih kacang bendi di pasar.
Tolong jangan patahkan hujung buahnya lagi kerana tabiat tersebut hanya akan merosakkan bendi yang dijual.
Jika bendi sudah banyak kali dipatahkan, ia sudah tidak elok dan tidak cantik.
Kesannya, pelanggan tidak lagi berminat untuk membeli dan ia pasti akan merugikan peniaga-peniaga di pasar.
Kongsikan cara memilih bendi ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen