backup og meta

Jangan Patahkan Ekor Bendi, Ini Cara Paling Senang Nak Pilih Bendi Muda Di Pasar!

Jangan Patahkan Ekor Bendi, Ini Cara Paling Senang Nak Pilih Bendi Muda Di Pasar!

Apabila ke pasar pagi, adakah anda biasa mematahkan hujung bendi sebagai cara pilih kacang bendi? Kini anda tidak perlu berbuat seperti itu lagi sebagai petua memilih bendi. Kami ajarkan cara pilih bendi tanpa perlu patahkan ekor buahnya kepada anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara pilih bendi, tengok pada hujung tangkai sahaja

Amalan yang biasa dibuat oleh ramai orang di luar sana ketika memilih kacang bendi adalah dengan mematahkan ekor buah.

Jika ia mudah dipatahkan, bermakna bendi tersebut masih muda.

Jika ia tidak patah, liat atau agak sukar untuk dipatahkan, maka bendi tersebut telah pun tua dan tidak enak dimakan.

Amalan mematahkan hujung bendi ini sebenarnya amat tidak elok kerana ia hanya akan merosakkan sayuran tersebut.

Jika sudah rosak, maka ia tidak akan dibeli oleh pembeli lain dan seterusnya merugikan peniaga.

Jadi, kalau hendak memilih bendi, ikuti cara di bawah ini dengan hanya melihat hujung tangkainya sahaja.

#1. Bendi sangat muda

cara pilih bendi

Bagi kacang bendi yang sangat muda, hujung tangkainya tidak mempunyai sebarang lubang dan saiz hujung tangkai tersebut juga agak kecil. Warnanya juga lebih cerah iaitu hijau muda.

Bendi yang sangat muda ini sangat sesuai dicelur dan dimakan bersama budu, sambal belacan atau tempoyak.

Namun ia kurang sesuai dimasak dalam masakan berkuah seperti kari kerana ia mudah lembik dan pecah.

#2. Bendi muda

Cara pilih bendi yang muda juga perlu dilihat pada hujung tangkainya.

Bagi bendi yang muda, ia mempunyai lubang udara pada hujung tangkainya.

Namun lubang tersebut masih kecil dan dianggarkan sebesar jarum sahaja.

Kacang bendi pada usia ini lebih enak dimasak dalam hidangan berkuah kegemaran anda seperti asam pedas, kari mahupun singgang.

Ia juga sesuai jika digoreng bersama kicap

#3. Bendi tua

Untuk jenis bendi yang tua, anda juga perlu melihat pada hujung tangkainya.

Kacang bendi tua akan mempunyai lubang dengan saiz sebesar hujung mata pen.

Ia sudah tidak sesuai untuk dimakan kerana teksturnya agak keras.

#4. Bendi sangat tua

cara pilih bendi

Bendi yang sangat tua pula mempunyai lubang yang agak besar pada hujung tangkainya.

Ia mungkin sebesar lidi sate. Selain itu, buahnya sudah berasa agak berkayu dan keras.

Warnanya juga sudah menjadi hijau gelap.

Biasanya anda tidak memerlukan cara pilih bendi untuk melihat bendi yang sudah sangat tua kerana selain warnanya, saiznya juga sudah agak besar. 

#5. Bendi tua bangka

Bendi yang sudah tua bangka tidak lagi berwarna hijau. Sebaliknya ia berwarna coklat dan agak kering.

Ia sememangnya tidak boleh dimakan dan hanya digunakan sebagai biji benih pokok bendi. 

Selain cara pilih bendi, ini tip masak bendi kurang berlendir

cara pilih bendi

Lauk bendi yang agak berlendir seperti kacang bendi goreng mungkin kurang enak untuk dimakan.

Jadi kami ada beberapa tip yang ingin dikongsikan kepada anda bagaimana untuk mengurangkan lendir bendi ketika memasak.

Antara tip-tip tersebut ialah:

  • Basuh bersih bendi terlebih dahulu sebelum dipotong kecil. Jika anda memotong bendi dahulu sebelum dicuci, pastinya lendir bendi akan keluar dengan banyak
  • Potong dan terus masak. Hanya potong bendi betul-betul pada waktu anda hendak memasaknya. Elakkan memotong terlalu awal bagi mengelakkan lendir keluar
  • Goreng tanpa minyak. Sebelum digoreng bersama bahan tumisan, goreng dahulu kacang bendi tanpa minyak sehingga lendirnya agak kering
  • Jangan potong bendi. Untuk masakan berkuah, elakkan memotong bendi. Cukup sekadar memotong hujung tangkai dan ekornya sahaja
  • Basuh dengan air asam jawa. Selepas dipotong kecil, anda boleh membilasnya dengan menggunakan air asam jawa bagi mengurangkan lendir

Kesimpulan

Gunakan tip dan cara pilih bendi yang kami kongsikan di atas sebagai amalan anda ketika memilih kacang bendi di pasar.

Tolong jangan patahkan hujung buahnya lagi kerana tabiat tersebut hanya akan merosakkan bendi yang dijual.

Jika bendi sudah banyak kali dipatahkan, ia sudah tidak elok dan tidak cantik.

Kesannya, pelanggan tidak lagi berminat untuk membeli dan ia pasti akan merugikan peniaga-peniaga di pasar.

Kongsikan cara memilih bendi ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Okra. https://www.farmerfoodshare.org/okra/. Accessed on November 1, 2022.

Okra. https://fruitsandveggies.org/fruits-and-veggies/okra/. Accessed on November 1, 2022.

Okra. https://eatfresh.org/discover-foods/okra. Accessed on November 1, 2022.

Benefits of Okra. https://www.narayanahealth.org/blog/benefits-of-okra/. Accessed on November 1, 2022.

What Is Okra & Is it Good for You?. https://foodrevolution.org/blog/is-okra-good-for-you/. Accessed on November 1, 2022.

Versi Terbaru

12/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes?

Bukan Boleh Ambil Begitu Sahaja, Ada Sebab Perlu Basuh Buah & Sayur Sebelum Makan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan