backup og meta

Banyak Buah Durian Lebih, Tapi Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Buat Kuah Durian!

Banyak Buah Durian Lebih, Tapi Tak Tahu Nak Buat Apa? Jom Buat Kuah Durian!

Wah, banyak betul kan durian dijual tepi jalan sekarang! Kalau buat kuah durian, mesti sedap! Turut dikenali dengan nama serawa durian atau pengat, kuah ini sangat sedap jika dimakan bersama-sama pulut. Kali ini, kami akan sediakan satu resepi kuah durian mudah untuk penggemar raja buah ini.

Durian merupakan sejenis buah yang tergolong dalam genus Durio. Di seluruh dunia, ada 30 jenis durian yang berbeza. Namun, hanya 9 spesies sahaja yang boleh menghasilkan buah untuk dimakan. Durian juga merupakan spesies asli di Asia Tenggara.

Selain itu, durian juga mempunyai julukan nama yang tersendiri. Dikenali sebagai raja buah disebabkan baunya yang menusuk dan kulitnya yang berduri, rasa lemak manis buah ini sangat digemari oleh ramai orang Malaysia.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan serba sedikit mengenai buah durian serta resepi kuah durian untuk dicuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Buah durian dan kuah durian rupanya berkhasiat!

kuah durian

Durian merupakan sejenis buah-buahan tropika yang dikenali dengan saiznya yang besar dan kulit yang berduri.

Jangan tertipu dengan baunya yang menusuk! Di dalam buah durian, ada beberapa pangsa isi durian tersusun rapi. Seulas durian mempunyai rasa yang sangat unik; manis dan berlemak. Teksturnya juga sering disamakan dengan tekstur kastard.

Buah durian boleh didapati di banyak negara, terutamanya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Buah durian boleh membesar sehingga mencecah 1 kaki panjang dan 6 inci lebar. Sebiji durian yang bersaiz sederhana selalunya mempunyai isi sebanyak 2 cawan.

Bagaimanakah buah durian digunakan dalam masakan?

Durian digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis pencuci mulut di negara kita, salah satunya ialah serawa durian.

Kini, ada banyak lagi produk lain yang menggunakan durian sebagai bahan utamanya. Contohnya jus, gula-gula, aiskrim, kek dan pelbagai lagi pencuci mulut lain.

Malah, ia juga digunakan dalam perubatan tradisional. Potensinya juga masih dikaji sehingga hari ini.

Baca juga:

Nutrisi dalam sebiji buah

kuah durian

Siapa sangka buah durian mempunyai banyak khasiat? Satu cawan (243 gram) buah durian mengandungi:

  • 37 kalori
  • 13 gram lemak
  • 66 gram kerbohidrat
  • 9 gram serat
  • 4 gram protein
  • 80% keperluan vitamin C harian
  • 61% keperluan thiamine harian
  • 39% keperluan mangan harian
  • 38% keperluan vitamin B6 harian
  • 30% keperluan potassium harian
  • 25% keperluan riboflavin harian
  • 18% keperluan magnesium harian
  • 13% keperluan niacin harian

Kandungan nutrisi ini membuatkan durian salah satu daripada buah yang paling berkhasiat di dunia. Bukan itu sahaja, ia juga kaya dengan pelbagai jenis kompaun tumbuhan seperti karotenoid, pelifenol dan flavonoid. Semua ini mempunyai fungsi sebagai antioksidan.

Walau bagaimanapun, anda perlulah beringat semasa makan buah durian. Ada orang yang rasa ‘panas badan’ setelah makan terlalu banyak durian. Malah, durian tidak sepatutnya dimakan bersama alkohol kerana ia mungkin membawa mudarat kepada kesihatan.

Saintis percaya bahawa komponen seakan-akan sulfur dalam durian boleh mengelakkan sesetengah enzim daripada menguraikan alkohol. Ini akan membuatkan tahap alkohol dalam darah meningkat. Malah, anda juga mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti rasa loya, muntah dan berdebar.

Resepi kuah durian yang sangat sedap

Rasa macam hendak makan kuah durian bersama pulut? Jangan risau, kami ada resipi yang sesuai untuk anda!

Kuah ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, ia juga boleh menjadi penambah rasa pelbagai jenis makanan. Anda juga boleh makan dengan pulut, roti atau nasi pada waktu petang. Wah, sedapnya!

Walau bagaimanapun, ingat ya! Buah durian mempunyai rasa yang sangat manis. Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bersederhanalah semasa makan buah durian.

kuah durian

Di bawah kami sertakan resipi kuah atau serawa durian untuk mereka yang ingin mencuba:

  1. Beberapa ulas durian.
  2. Santan.
  3. 1 sudu gula.
  4. 1 sudu kecil garam.
  5. Air.

Mula-mula, masukkan beberapa ulas durian ke dalam periuk. Letakkan santan, gula dan garam sedikit dan kacau sampai sebati. Tidak perlu asingkan durian tersebut dengan biji.

Masukkan air kalau anda rasa kuah terlalu pekat. Masak dengan api perlahan dan tunggu sampai mendidih. Setelah siap, angkat dan letakkan dalam bekas yang diingini. Kuah ini sesuai dimakan sejuk ataupun panas.

Ada juga yang akan gantikan gula biasa dengan gula melaka untuk rasa yang lebih sedap. Malah, untuk berikan bau yang lebih menyelerakan, cuba tambah seikat pandan. Pasti hidangan anda akan menjadi kegemaran satu keluarga. Jadi, apa tunggu lagi, cubalah!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Exploring the Nutritional Contents and Benefits of Durian (Durio zibethinus). https://www.utm.my/ibd/project/exploring-the-nutritional-contents-and-benefits-of-durian-durio-zibethinus/. Accessed on June 24, 2022.
  2. Durian. https://hort.purdue.edu/newcrop/morton/durian_ars.html. Accessed on June 24, 2022.
  3. Durians: 8 Myths and Facts About the King of Fruits. https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/durian-myths-facts-king-fruits. Accessed on June 24, 2022.
  4. Durian Is The Smelliest Yet One Of The Most Nutritious Fruits In The World. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-and-uses-durian-fruit-that-will-surprise-you.html. Accessed on June 24, 2022.
  5. Durians – Are They Good For Me? https://mtalvernia.sg/education/durians-are-they-good-for-me/. Accessed on June 24, 2022.

Versi Terbaru

19/04/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Banyak Manfaat Bila Anda Suka Makan Durian Belanda, Ia Bagus Untuk Penjagaan Buah Pinggang!

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan