backup og meta

Gemuk Pun Ada Banyak Variasi, Betul Ke?

Gemuk Pun Ada Banyak Variasi, Betul Ke?

Dalam hidup, pilihan dan variasi itu adalah satu perkara biasa, seperti badan gemuk dan kurus. Bagaimana pula dengan variasi gemuk seperti gemuk air, gemuk angin atau gemuk toksin, adakah ia fakta atau mitos?

Wujud ke variasi gemuk?

Rasanya anda pasti dengar tentang istilah gemuk air, gemuk angin atau gemuk toksin, bukan? Biasanya akan ada yang berkata, dia mengalami gemuk air kerana minum terlalu banyak air manis dan ambil makanan yang tinggi kandungan garam dan serta sebagainya. Tetapi benarkah wujud variasi gemuk ini?

Walau bagaimanpun, berdasarkan perkongsian seorang pakar dietetik, Nur Hafizah Mahamad Sobri menerusi laman Facebook peribadinya, menafikan bahawa wujud istilah jenis-jenis gemuk seperti yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu.

Menurut beliau, tidak wujud istilah seperti itu kerana badan manusia adalah satu ciptaan yang sangat hebat. Badan yang sihat dapat mengawal secara automatik pelbagai fungsi badan dan mengekalkan peranannya dengan baik. 

Beliau menjelaskan, walau sebanyak mana minuman yang anda ambil ia tidak akan menjadi punca kegemukan anda kerana pada akhirnya air itu akan keluar dari badan sebagai urin. Jadi tidak wujud istilah gemuk air itu. 

Ujarnya dalam Facebook beliau, GEMUKS IS GEMUKS. Dan ia berlaku kerana lemak yang terkandung dalam badan. Itu sahaja puncanya.

variasi-gemuk-satu-mitos

Variasi gemuk sekadar MITOS

Jadi kita sudah mengetahui bahawa segala jenis variasi gemuk adalah mitos semata-mata. Tetapi apa kata kalau kita kenali lebih lanjut mengenai jenis-jenis gemuk yang menjadi kepercayaan umum, khususnya wanita.

Gemuk air

45 hingga 55 peratus badan kita adalah cecair seperti darah, air dalam sel, air liur dan lain-lain. Ia bukanlah cecair yang kita minum setiap hari. Minum air dalam jumlah yang lebih tidak akan mengakibatkan badan menyerapnya tetapi ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Jika seseorang individu itu mengalami penyakit seperti masalah buah pinggang, baru anda akan mengalami gemuk air kerana fungsi organ terjejas dan tidak dapat membuang air yang berlebihan. Keadaan ini akan menyebabkan wujud simptom seperti kaki dan tangan bengkak, dan apabila ditekan bekas tekanan jari itu tidak akan hilang.

Jadi kalau anda kata anda gemuk air, anda tahu tak makna apa? Makna anda sakit. Haaa..nak ke macam tu?

Gemuk angin

Badan sememangnya akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut atau sendawa. Tetapi adalah mustahil untuk angin itu tersimpan lama di dalam badan, seperti di celah kulit atau organ.

Masalah ini berlaku apabila anda makan makanan seperti kekacangan dan makanan berubi. Kekacang yang dimakan akan menjadi probiotik dan keadaan ini menyebabkan bakteria baik dalam perut akan lebih aktif.

Semakin banyak anda makan, semakin tinggi penghasilan probiotik dan sekali gus makin banyaklah pengeluaran gas. Ia akan menyebabkan anda kentut atau sendawa, tetapi usahlah buat kenyataan yang anda gemuk angin. Cucuk kulit tu dengan jarum karang, baru tau! 

Gemuk toksin

Toksin adalah bahan yang tidak baik. Jika anda mengatakan anda gemuk toksin, ini bermakna badan anda tidak boleh menyingkir atau mengeluarkan toksin dari badan. Senang cerita anda mungkin ada masalah kesihatan yang menjejaskan fungsi organ buah pinggang, hati dan usus.

Mungkinlah berlaku sedikit peningkatan toksin dalam badan, tetapi ia tidak bermakna anda akan gemuk toksin. Kalau betul anda alami gemuk jenis ini, sudah pasti anda akan mengalami masalah gatal-gatal kulit, mata dan kulit menjadi kuning serta badan yang cepat letih dan lesu. Nak ke jadi macam tu?

badan gemuk badan kurus

Hentikan kepercayaan karut

Penulis akui, wanita mudah sangat mengaku badan gemuk walaupun kurus kering. Tetapi tak perlu buat fakta yang tidak tepat dan usah mereka cipta sesuatu yang mengarut. Bukankah apa yang kita sebutkan itu satu doa, jadi hentikan berdoa yang tidak baik untuk diri sendiri. Sebaliknya, jagalah pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Mudah, bukan?

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://says.com/my/seismik/gemuk-air-gemuk-angin-gemuk-toksin-hanya-mitos /Accessed on Nov 1, 2019

https://www.mingguanwanita.my/henti-fitnah-nasi-dietitian-ini-terangkan-kolesterol-vs-lemak/ /Accessed on Nov 1, 2019

https://www.kelabmama.com/tag/dietitian-fizah-sobri/ /Accessed on Nov 1, 2019

https://ohbulan.com/jenis-jenis-gemuk-tak-wujud-mengarut-pakar-pemakanan-jawab-dakwaan-mitos/ /Accessed on Nov 1, 2019

https://www.facebook.com/dietitianfizah/ /Accessed on Nov 1, 2019

Versi Terbaru

23/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Penyakit Yang Disebabkan Oleh Obesiti - No 3 Paling Ramai Tak Sangka!

Ada Anak Bersekolah Rendah? Ini 6 Perkara Yang Boleh Buatkan Anak Anda Jadi Obes!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan