Apabila hampir tiba bulan puasa, ramai yang akan terfikir dan tertanya apakah tips untuk elak perut buncit pada ketika ini bukan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apabila hampir tiba bulan puasa, ramai yang akan terfikir dan tertanya apakah tips untuk elak perut buncit pada ketika ini bukan?
Pengambilan makanan berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan obesiti dan paling menakutkan kebanyakan orang adalah perut buncit kerana ia menganggu mereka untuk menyambut hari raya.
Nak tahu apakah petua untuk elak perut anda menjadi semakin buncit, sila baca artikel ini.
Pemakanan yang baik menjadi faktor utama untuk menjalani puasa dengan lebih baik.
Walaupun kebanyakan orang beranggapan dengan memakan makanan berat ketika sahur mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Namun sebaliknya untuk kekal bertenaga sepanjang hari anda sepatutnya memakan makanan tinggi serat seperti kurma, susu dan pelbagai jenis protein.
Bersahur tanpa nasi boleh diteruskan asalkan anda mengambil sedikit karbohidrat.
Malah sayuran dan buah-buahan juga penting untuk melambatkan rasa lapar dan membantu bertenaga sepanjang hari.
Untuk mengekalkan badan sihat sepanjang Ramadan, ada perlu memastikan pengambilan vitamin semasa sahur dan juga berbuka puasa. Antara vitamin yang anda perlukan sebagai tips elak perut buncit merangkumi:
Jika anda mempunyai masalah gastrik sudah pasti mengganggu sepanjang berpuasa dan vitamin E mampu membantu mengatasi ulser perut yang menjengkelkan. Jadi, puasa seharian tidak menjadi masalah untuk anda.
Pastikan corak tidur anda teratur supaya badan anda mendapat rehat yang secukupnya.
Namun pada masa sama, walaupun berpuasa anda perlu melakukan senaman secara teratur.
Ia penting untuk mengekalkan kecergasan badan dan membanu pembakaran lemak makanan yang diambil semasa puasa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen