Apabila hampir tiba bulan puasa, ramai yang akan terfikir dan tertanya apakah tips untuk elak perut buncit pada ketika ini bukan?
Pengambilan makanan berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan obesiti dan paling menakutkan kebanyakan orang adalah perut buncit kerana ia menganggu mereka untuk menyambut hari raya.
Nak tahu apakah petua untuk elak perut anda menjadi semakin buncit, sila baca artikel ini.
Tips-tips elak perut buncit
1. Sahur dengan makanan berkualiti
Pemakanan yang baik menjadi faktor utama untuk menjalani puasa dengan lebih baik.
Walaupun kebanyakan orang beranggapan dengan memakan makanan berat ketika sahur mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.
Namun sebaliknya untuk kekal bertenaga sepanjang hari anda sepatutnya memakan makanan tinggi serat seperti kurma, susu dan pelbagai jenis protein.
Bersahur tanpa nasi boleh diteruskan asalkan anda mengambil sedikit karbohidrat.
Malah sayuran dan buah-buahan juga penting untuk melambatkan rasa lapar dan membantu bertenaga sepanjang hari.
2. Menjaga stamina
Untuk mengekalkan badan sihat sepanjang Ramadan, ada perlu memastikan pengambilan vitamin semasa sahur dan juga berbuka puasa. Antara vitamin yang anda perlukan sebagai tips elak perut buncit merangkumi:
- Vitamin A: Berfungsi mengekalkan ketahanan, melembapkan kulit, mengekalkan kesihatan mata.
- Vitamin B kompleks: Cepat memecah untuk menghasilkan tenaga, mengekalkan penghadaman dan mengawal tahap kolesterol.
- Vitamin C: Mengekalkan imun untuk mengekalkan stamina semasa puasa, meningkatkan mood, merawat demam.
- Vitamin D: Mempunyai sifat untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang.
- Vitamin E: Mempu melindungi badan daripada toksin dan racun, memelihara kekuatan fizikal.
Jika anda mempunyai masalah gastrik sudah pasti mengganggu sepanjang berpuasa dan vitamin E mampu membantu mengatasi ulser perut yang menjengkelkan. Jadi, puasa seharian tidak menjadi masalah untuk anda.
3. Tips elak perut buncit: Menjaga pola tidur dan bersenam
Pastikan corak tidur anda teratur supaya badan anda mendapat rehat yang secukupnya.
Namun pada masa sama, walaupun berpuasa anda perlu melakukan senaman secara teratur.
Ia penting untuk mengekalkan kecergasan badan dan membanu pembakaran lemak makanan yang diambil semasa puasa.
[embed-health-tool-bmi]