Bayi Kembung Perut? CUBA 13 Tip Ini Untuk Melegakannya. PASTI Berkesan !

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan

Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan. Ada cara melegakan kembung perut bayi untuk anda cuba!

Apa itu perut kembung?

Bayi yang mengalami kolik selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam.

Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar.

Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat.

Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai masalah perut kembung sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.

bayi kembung

Apakah simptom-simptom perut kembung?

Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Tanda-tanda perut kembung yang perlu anda awasi adalah termasuklah:

  • Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu  sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  • Tangisan yang keterlaluan: Tangisan kolik adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  • Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  • Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa episod kolik.

bayi kembung perut

Tip melegakan kembung perut bayi

  1. Teknik penyusuan

Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul.

Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!

  1. Tukar susu formula

Masalah kembung perut pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.

  1. Puting yang sesuai

Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.

  1. Menjaga pemakanan

Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah kembung perut pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.

  1. Sendawakan bayi

Bayi  kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.

Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.

  1. Alihkan perhatian

Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.

  1. Mengurut

melegakan kembung perut bayi

Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

  1. Dodoikan

Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.

  1. Dapatkan bantuan

Cuba dapatkan bantuan pasangan agar mereka dapat meredakan tekanan yang menyelubungi perasaan anda. Pastikan ibu semua mendapat rehat yang secukupnya kerana anda juga perlu sihat untuk menguruskan bayi.

Petua atasi bayi kembung

Petua-petua berikut boleh membantu melegakan kembung perut bayi:

  • Pegang secara tegak semasa penyusuan

Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi.

  • Pertimbangkan mengubah diet

Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi.

Dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, mengeluarkan alergen berpotensi dari diet mungkin boleh mengesan alergi makanan tidak diketahui pada bayi.

  • Tukar susu formula

Susu formula berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi, bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzate mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu atau tidak toleransi kepada susu.

  • Tukar botol

Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk si manja anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Bapa Tak Perlu Pening Lagi, Ini 5 Panduan Pilih Susu Formula Terbaik Untuk Bayi!

Susu merupakan sumber utama nutrien untuk tumbesaran bayi. Namun begitu, apakah yang perlu anda tahu untuk mendapatkan susu formula terbaik untuk bayi?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penyusuan Badan 04/04/2019 . 3 minit bacaan

Susu Segar VS Susu Formula – Mana Lebih Baik? Ini Kebaikan & Keburukan Yang Anda Perlu Tahu

Mungkin bagi ibu bapa baharu, pemilihan susu segar atau susu formula adalah agak memeningkan. Ikuti artikel ini untuk membantu anda membuat pilihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penyusuan Badan 28/03/2019 . 6 minit bacaan

Bayi Dah Sedia Nak Makan? Sabar, Kenal Pasti Tanda Palsu Ini Dulu, Mungkin Si Manja Main-main

Jangan memperkenalkan makanan terlalu awal pada bayi anda ya! Kadang-kadang, mereka menunjukkan tanda palsu yang mereka bersedia untuk makan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak, Tips Keibubapaan 23/01/2019 . 4 minit bacaan

Normal Ke Kalau Perut Kembung Ketika Haid? Cuba 7 Cara Atasinya Ini Di Rumah!

Masalah perut kembung ketika haid atau senggugut sering menghantui wanita di seluruh dunia. Kami kongsikan punca senggugut ketika haid dan 7 cara atasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 22/01/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perut masuk angin

Lakukan 7 Cara Ini Jika Perut Anda Selalu Masuk Angin, Gerenti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
punca-bayi-sembelit

Bayi Menyusu Badan Pun Boleh Sembelit? Ini Mungkin Puncanya, Cepat Rawat Ye, Mama!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
cara kecutkan cyst

Kerap Sangat Sakit Bawah Perut? Hati-Hati Dengan 11 Tanda Cyst Ovari Yang Mengancam Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
bayi

STOP! Berhenti Bagi Minum Air Masak, Mereka Tak Boleh Minum! Jom Ketahui Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan