Penyusuan Susu Ibu: Dilema Ibu Berkerjaya

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberikan majikan, ibu berkerjaya pasti berdepan dengan dilema untuk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja. Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin pastinya banyak diisi dengan menyusukan bayi. Jadi, jika sudah memulakan kerja di pejabat, bagaimana ibu baharu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?

Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan susu badan adalah:

  •         Sukar mengikuti rutin penyusuan.
  •         Tiada masa atau tidak pandai membahagikan waktu menyusu dengan waktu berkerja.
  •         Tempat kerja dan rumah jauh, jadi sukar untuk berulang-alik.
  •         Susu menjadi sedikit apabila mula berkerja.
  •         Bayi keliru puting.
  •         Anak tidak mahu menyusu botol.
  •         Kurang pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu berkerjaya.

Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu, ketahui persediaan penyusuan yang perlu dibuat oleh ibu sebelum mula bekerja.

Persediaan untuk ibu berkerjaya

  1.    Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda sudah mula berkerja.
  2.    Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu dan beg simpanan penyusuan.
  3.    Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda mengeluarkan susu dengan lancar. Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
  4.    Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu badan.
  5.    Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan kerja. Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa dan tarikh susu anda dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu tersebut masih elok ataupun tidak.
  6.    Beberapa minggu sebelum memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.
  7.    Berbincang dengan majikan anda tentang perancangan anda untuk meneruskan penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di tempat kerja) untuk mengepam susu.
  8.    Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja supaya tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa untuk meninggalkan barangan penyusuan seperti botol penyusuan, susu yang sudah diperah dan pemanas botol kepada pengasuh bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut