Selalu Cuci Lantai Saja, Pernahkah Anda Cuci Dinding Rumah? Ini 3 Sebab Kenapa Anda Perlu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/06/2020 . 2 minit bacaan

70% ibu bapa di Malaysia menyatakan bahawa anak-anak mereka meluangkan lebih banyak masa di dalam rumah, antara 8 hingga 20 jam sehari berbanding di luar rumah yang mana dinding rumah menjadi antara peneman setia anak anda.

Faktor keselamatan dan kebersihan merupakan antara faktor utama mengapa ibu bapa lebih gemar jika anak-anak mereka stay indoor berbanding outdoor. Tetapi adakah kebersihan di dalam rumah anda benar-benar bersih berbanding di luar rumah? Bahagian dalaman rumah sebenarnya mempunyai bahaya yang tidak boleh dilihat melalui penglihatan kasar. 

Bahaya udara dalam rumah

Jika di luar rumah, anda boleh melihat kualiti udara sama ada ia baik atau tidak. Tetapi tidak di dalam rumah. Mengapa? Kerana kualiti udara yang kurang baik di dalam rumah secara umumnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia daripada perabot, alergen, virus dan juga bakteria yang terdapat pada setiap permukaan. 

Dinding rumah: Permukaan terbesar yang tidak bersih

Mungkin setiap hari anda memvakum dan mencuci lantai, tetapi adakah anda terfikir untuk mencuci dinding anda? “Ada orang cuci dinding ke?”, terdetik hati masing-masing apabila menyebut hal ini. 

Ramai yang terlepas pandang berkenaan kebersihan dinding. Sebanyak 88% golongan ibu tidak menyedari bahawa permukaan terbesar yang menempatkan kuman-kuman di rumah sebenarnya adalah dinding. 80% ibu bapa pula bersetuju bahawa anak-anak menyentuh dinding ketika mereka bermain. Manakala 76% ibu bapa menyatakan bahawa anak mereka menggunakan dinding sebagai sokongan ketika mereka hendak belajar berjalan.

Penyelesaian melalui cat dinding berkualiti

Sekarang, anda pasti tahu bahawa dinding memiliki peratusan kuman terbesar di dalam rumah selain bertindak sebagai medan utama sentuhan anak-anak anda. Jangan gusar dan resah kerana anda boleh bertindak lebih awal setelah mengetahui fakta ini. Mulakannya dengan mencuci dinding dua kali seminggu bergantung kepada kekerapan anak anda menyentuhnya. Jika mereka kerap menyentuhnya, maka keraplah anda perlu mencucinya. 

“Bagaimana jika saya tak banyak masa nak cuci dinding?”

Untuk memudahkan tugasan rumah ibu bapa, anda boleh menggunakan jenis cat yang berkualiti untuk dinding yang lebih bersih dan fleksibel. Nippon Paint Malaysia mempunyai jenis cat Rangkaian Mesra Kanak-kanak dan Green Choice Series. Kedua-dua rangkaian ini mempunyai tiga teknologi unik yang sesuai untuk kesihatan dan keselamatan anak anda. 

  • Anti Formaldehyde: Teknologi ini menyerap formaldehid berbahaya dan menjadikan udara di dalam rumah menjadi lebih bersih, segar dan selamat
  • Silverion Technology: Teknologi ini menghapuskan fungsi-fungsi virus dan bakteria yang terdapat pada dinding. Ia juga menghentikan pembiakan virus dan bakteria seterusnya memperlahankan metabolisma bakteria. Pada akhirnya, bakteria menjadi lemah dan mati.
  • Anti Stain Technology: Kotoran atau contengan daripada hasil kreativiti anak anda lebih mudah dibersihkan. Lapisan filem cat juga tidak rosak walaupun setelah 10,000 sentalan atau pembersihan dilakukan. 

Anak-anak meluangkan lebih banyak masa di dalam rumah berbanding di luar. Oleh itu, mereka berhak untuk mendapatkan kualiti udara dan dinding yang bersih. Pembersihan dinding secara kerap dan penggunaan cat berkualiti tinggi membantu mencegah anak anda daripada mendapat risiko kesihatan berbahaya. Cat dinding yang terbaik seperti ini mampu mengelakkan anak anda daripada mengalami masalah kesihatan biasa seperti mata berair, batuk, selesema dan iritasi pada hidung dan tekak. Jom cuci dinding mulai hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Cepat Sembuh Daripada Sakit Tekak? Ini Penawarnya

    Jika anda ingin memulihkan sakit tekak, di sini kami ada senaraikan beberapa penawar yang boleh meringankan simptom tersebut. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 03/07/2020 . 8 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Musim wabak COVID-19 ini, kita tentunya lebih kerap memakai topeng muka apabila keluar rumah. Tapi, topeng muka juga boleh sebabkan 5 masalah kulit ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin untuk anak

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    ereksi zakar

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    ocd

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan