Perhatian Ibu Bapa! Ini 5 Tanda Anak Anda Akan Jadi Genius Dewasa Kelak

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

“Wah! Kecil lagi dah pandai guna sempoa, dah hebat main kiub rubik. Besar nanti mesti anak mak ni akan jadi orang yang berjaya, kan?”, kata seorang ibu kepada anaknya. Dialog ini mungkin menunjukkan tanda seorang anak itu akan jadi seorang genius dewasa kelak. Nak tahu apa lagi tanda yang lain? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

#1. Gemar membaca

Membaca itu jambatan ilmu. Oleh itu, tiada jalan pintas untuk mempunyai pengetahuan yang tinggi melainkan dengan membaca. Disebabkan itu, lihat kepada minat anak anda dengan buku. Jika dia sangat gemar membaca apa-apa sahaja jenis buku, ia mungkin menunjukkan bahawa anak anda bakal membesar menjadi seorang yang genius! 

#2. Mempunyai memori yang kuat

Menurut kajian yang dilakukan oleh New Kid’s Center, anak anda mungkin menunjukkan petanda dia seorang yang genius ingatannya sangat kuat. Sebagai contoh, dia boleh ingat muka orang, nama tempat atau di mana permainan kesayangannya disorokkan. Lebih hebat lagi, jika dia mampu mengingat arah perjalanan ke tempat yang jarang anda kunjungi!

#3. Mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi 

Lihat sahaja genius dalam sejarah seperti Tesla, Einstein, Ramanujan dan lain-lain, kesemua mereka semasa zaman kanak-kanak sangat gemar meneroka dunia ini. Walaupun sifat ini adalah sifat yang secara alami wujud dalam diri si kecil, sang genius akan tampil menunjukkan sifat ini lebih daripada yang lain. 

#4. Perkembangan yang lebih pantas berbanding kanak-kanak lain

Jika si kecil anda lebih cepat berkembang berbanding anak orang lain yang seusia dengannya, dia mungkin seorang genius. Sebagai contoh, perhatikan jika dia boleh bercakap, berjalan atau bermain lebih awal jika hendak dibandingkan dengan rakan seusianya. Pun begitu, jangan pula anda banding mereka dengan bayi yang berbeza usia atau bayi istimewa pula, ya?

#5. Gemar berada dalam kalangan orang yang lebih dewasa

Kanak-kanak genius sangat suka dikelilingi oleh orang yang lebih dewasa dari mereka. Ini kerana mereka mungkin berasa bosan berada dalam kalangan rakan seusia. Jadi, perhatikan komunikasi anak anda. Jika dia gemar berinteraksi atau berkawan dengan orang yang lebih dewasa, mereka mungkin seorang yang genius!

Pun begitu, tanda-tanda ini tidak semestinya tepat. Ada juga kanak-kanak genius yang mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda namun apabila dewasa kelak, menjadi orang yang berjaya. Tetapi kalau anak anda sudah mahir guna sempoa dan main kiub rubik seawal usia mereka lagi, maka anda mungkin telah melahirkan seorang genius.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Rujukan