Anak Tunggal Tujuh Kali Berisiko Mengalami Obesiti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Dah nama pun anak tunggal, tentulah dimanjakan dan disayangi oleh ibu bapa. Tetapi berdasarkan kajian, ia juga dikatakan punca anak alami obesiti. Amacam ibu bapa semua setuju ke?

Anak tunggal vs adik-beradik

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Oklahoma menyatakan bahawa anak tunggal lebih cenderung untuk mengalami berat badan berlebih apabila mereka mencecah usia tahun. 

Punca utama adalah kerana mereka dikatakan lebih dimanjakan oleh ibu bapa dengan makanan segera dan minuman yang tidak sihat. Malahan para saintis percaya keadaan ini adalah berbeza berbanding keluarga dengan anak yang ramai. Ini kerana bilangan anak yang ramai perlu merancang mengenai makanan terlebih dahulu.

Dalam penyelidikan yang mengambil masa tempoh seminggu ini mengkaji tabiat pemakanan bagi 68 kanak-kanak. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan 27 kanak-kanak anak tunggal dan 41 kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik lain.

Bagi kumpulan anak seorang didapati 37 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah obes berbanding hanya lima peratus kanak-kanak obes dalam kumpulan yang mempunyai adik-beradik. Ia bersamaan tujuh kali ganda isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak tanpa adik beradik dengan anak yang mempunyai adik-beradik.

Perbezaan ketara juga ditunjukkan dalam indeks jisim berat (BMI). di mana anak seorang mempunyai hampir 72 peratus BMI berbanding dengan adik-beradik hanya 53 peratus BMI.

Analisis kajian

Menurut Ketua Penyelidik yang merupakan seorang profesor obesiti pediatrik dan tingkah laki kesihatan, Chelsea Kracht, kajian yang dijalankan mengkaji tabiat pemakanan anak-anak dengan keluarga mereka.  Data itu diperolehi daripada log makanan harian yang diisikan oleh ibu mereka sepanjang tempoh kajian.

Manakala, di sekolah, guru diberikan tanggungjawab untuk mengisi log makanan anak-anak yang terlibat semasa mereka makan di sekolah dengan menyatakan jenis makanan dan saiz hidangan yang diambil.

Selain itu, soal selidik turut diberikan kepada ibu setiap kanak-kanak yang terlibat yang melihat habit pemakanan keluarga, pengambilan nutrisi serta tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Ia termasuk makanan dan minuman pilihan, serta sama ada makan di meja atau di depan televisyen.

Hasil kaji selidik menunjukkan kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik mendapat skor rendah dalam hal berkaitan amalan makan keluarga, minuman pilihan, pengambilan nutrisi dan aktiviti fizikal.

Manakala dari aspek berat badan ibu, ibu tunggal dikatakan mempunyai berat badan berlebihan atau obes berbanding ibu yang mempunyai anak ramai. Penyelidik menyifatkan tabiat pemakanan yang tidak sihat oleh ibu tunggal ini, diturunkan kepada anak mereka. Keadaan ini menyebabkan anak mereka berisiko alami obes sebelum berusia lima tahun. 

Jangkaan peningkatan

Seorang daripada lima individu kanak-kanak di Britain berisiko tinggi untuk mempunyai berat badan berlebihan apabila mereka memasuki sekolah rendah. Angka itu dijangka meningkat kepada seorang daripada tiga individu apabila mereka berada di sekolah menengah.

Malahan menjelang tahun 2020, The Royal College of Paediatrics and Child Health menjangkakan lebih separuh kanak-kanak akan berdepan dengan isu berat badan yang berlebihan atau obes. 

Dr Kracht menyaran agar pakar pemakanan perlu mempertimbangkan pengaruh keluarga dan adik-beradik dalam menyediakan pendidikan nutrisi yang sesuai kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. Usaha untuk membantu kanak-kanak dan keluarga membina tabiat pengamalan pemakanan yang sihat harus dipertingkatkan.

Hasil kajian ini menolak teori bahawa anak tunggal mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah kerana kurang persaingan untuk mendapatkan penjagaan ibu bapa dengan pendapatan keluarga yang tinggi.

Kesimpulan

Masalah berat badan yang berlebihan pada kanak-kanak sebenarnya bukanlah isu baru. Tetapi ia juga bukanlah satu situasi yang boleh dianggap remeh. Ini kerana kanak-kanak obesiti berisiko untuk mengalami masalah berkaitan kesihatan pada masa hadapan. Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu mengambil berat aspek pemakanan dan penjagaan anak anda dengan sebaiknya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya BMI Ni?

    Ramai yang selalu menyebut BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Diet/Pengurusan Berat Badan 14/11/2019 . 2 minit bacaan

    Turunkan Berat Badan Pantas Walaupun Anda Obes? Tindakan Tersebut Mungkin Berisiko

    Anda pernah nampak rakan anda dengan berat badan berlebihan yang sanggup tidak memakan apa-apa semata-mata untuk menjadi ramping dan kurus?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 08/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kasih Sayang Ibu Boleh Kurangkan Risiko Obesiti?

    Percaya tak kasih sayang ibu boleh membantu dalam mengurangkan risiko obesiti? Haaa...awesome, right? Tapi takkanlah dengan kasih sayang aje?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kanak-kanak Obesiti Harus Diberikan Rawatan Pintasan Gastrik

    Masalah kegemukan boleh berlaku kepada sesiapa, malahan kepada kanak-kanak. Namun, rawatan pilihan yang ada buat kanak-kanak obesiti adalah terhad.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    kencing manis

    Risiko Kencing Manis Tinggi Dalam Kalangan Orang Asia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/01/2020 . 4 minit bacaan
    berjalan kaki

    Percaya Atau Tidak, Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/01/2020 . 4 minit bacaan
    hamil-berat-badan

    Anda Hamil? Jom Kira Berat Badan Tambahan Yang Anda Perlukan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/11/2019 . 3 minit bacaan