Mahu Bergelar Ibu? Ini 7 Cara Cepat Mengandung Selepas Haid Anda PATUT Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan

Setiap pasangan suami isteri pasti mahu menimang cahaya mata bukan? Buat yang belum berjaya, usah khuatir.

Mungkin ada aspek yang anda perlu beri lebih perhatian. Antaranya, waktu subur selepas isteri datang bulan.

Untuk pengetahuan anda, peluang hamil amat tinggi pada ketika ini.

Jadi, sila guna sebaiknya peluang keemasan ini ya? Buat para pembaca, ini dia cara cepat mengandung selepas haid yang anda perlu tahu!

Suami isteri perlu tahu waktu subur kalian!

Apa yang paling penting dan utama dalam usaha untuk berjaya hamil adalah anda perlu tahu waktu subur anda.

Seperti yang ramai sedia maklum, waktu paling subur bagi wanita adalah semasa tempoh ovulasi – kebiasaannya berlangsung beberapa hari selepas datang bulan, namun ia berbeza bagi setiap wanita. Jadi, sila rujuk pakar.

Dengan mengetahuinya, anda dan pasangan sudah boleh merancang untuk melakukan hubungan seks. Ini sudah pasti dapat meningkatkan peluang untuk anda hamil.

Cara mengetahui waktu ‘ajaib’ ini adalah mudah sahaja. Anda hanya perlu kira tempoh hari pertama anda datang haid sehingga hari datang haid yang seterusnya. 

Ketika ini, wanita berada pada lingkungan hari subur, terutamanya 14 hari sebelum hari datang haid yang seterusnya.

Untuk lebih kepastian, anda sendiri boleh gunakan kalkulator kesuburan kami secara percuma sahaja!

Berikut adalah pautannya: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-kesuburan/

Cara cepat mengandung selepas haid

hamil

Selepas anda dan pasangan tahu waktu subur, apa yang perlu dilakukan seterusnya? Tenang, berikut adalah tip yang boleh dilakukan!

#1. Rancang waktu untuk melakukan hubungan seks

Dalam kehidupan rumah tangga, seks adalah kunci utama kebahagiaan dan keharmonian pasangan suami isteri.

Bukan itu sahaja, timing hubungan intim juga sebenarnya adalah faktor penentu utama dalam usaha untuk berjaya hamil.

Kebanyakan pakar menyarankan agar anda melakukan seks bersama pasangan pada beberapa hari selepas wanita tamat tempoh haid. Ketika ini, tahap kesuburan mereka sangat tinggi.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa sperma boleh bertahan hidup sekitar 5 hari dalam tubuh wanita sedangkan telur hanya mampu bertahan hidup selama 1 hari sahaja.

Oleh itu, timing seks sangat penting untuk memastikan sperma dan telur dapat disenyawakan dalam tempoh yang sangat singkat ini.

Jadi, sila ajak pasangan anda berasmara setiap kali selepas beberapa hari dia habis datang bulan untuk tingkatkan peluang kehamilan anda ya?

#2. Kawal pemakanan dan berat badan anda

Anda dan pasangan perlu mengamalkan diet yang sesuai dan seimbang jika mahu peluang kehamilan menjadi lebih tinggi.

Ini kerana tubuh badan anda memerlukan diet yang tepat untuk menstabilkan hormon-hormon kesuburan.

Selain itu, berat badan juga adalah faktor penentu kehamilan yang agak penting.

Jadi, sila jaga pemakanan dan berat badan anda, ya? Sentiasa semat dalam hati bahawa anda tidak boleh terlalu kurus atau terlalu gemuk!

makanan dilarang ketika hamil

#3. Jangan lupa ambil asid folik

Bukan sahaja pemakanan, suplemen juga memainkan peranan penting untuk berjaya hamil. Apa yang paling penting adalah asid folik.

Buat anda yang belum tahu, ia sangat penting untuk wanita sebelum dan semasa hamil. Jadi, sila ambil asid folik mulai hari ini. Lebih awal lebih bagus, ya?

#4. Cuba elak diri anda dari sebarang tekanan

Sebenarnya, cara cepat mengandung selepas haid bukan sahaja bergantung kepada faktor fizikal semata-mata. Anda juga perlu memberi penekanan kepada faktor mental juga.

Untuk pengetahuan anda, tekanan pada mental mungkin akan mempengaruhi perubahan hormon tubuh badan anda. Jadi, cuba elak dari stres untuk meningkatkan peluang kehamilan anda!

#5. Buat pemeriksaan dengan doktor

Paling penting, anda dan pasangan perlu sentiasa buat pemeriksaan dengan doktor. Berbincanglah dengan orang yang pakar untuk merencanakan kehamilan anda.

Mereka mungkin akan memeriksa kondisi tubuh badan anda untuk memastikan anda benar-benar sihat dan subur. Jika tidak, pasti akan ada rawatan yang boleh dilakukan.

Dengan berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan idea tentang makanan atau suplemen yang perlu diambil untuk meningkatkan tahap kesuburan anda dan pasangan.

Selain itu, pakar juga sudah pasti akan memberikan pelbagai nasihat tentang cara cepat mengandung selepas haid. Ia sudah tentu lebih baik berbanding nasihat yang hanya dibaca di internet, bukan?

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

    Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Apa kaitan antara soal kebersihan gigi dengan kesukaran untuk mengandung? Rasa pelik, bukan? Tapi ini yang perlu anda fahami tentang tahap kesuburan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 09/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

    Sindrom carpal tunnel semasa hamil adalah normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita mengandung. Buat 7 perkara ini untuk kurangkan simptomnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 04/06/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

    Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    hamil

    Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan
    najis hijau

    Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    makanan ketika haid

    7 Makanan Sesuai Diambil Wanita Sedang Datang Bulan, No 3 PALING Ramai Perempuan Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan
    Hiperemesis gravidarum

    Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 minit bacaan