backup og meta

Protein Bukan Dapat Dari Makanan Laut Sahaja, Tapi Ada Banyak Lagi Sumber Protein Lain!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Protein Bukan Dapat Dari Makanan Laut Sahaja, Tapi Ada Banyak Lagi Sumber Protein Lain!

    Makanan dengan sumber protein merupakan antara nutrisi paling penting bagi tubuh badan manusia. Ia sangat membantu dalam diet bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan mengurangkan lemak serta mengekalkan rasa kenyang.

    6 Jenis sumber protein dalam makanan 

    Dari manakah sumber protein yang anda boleh dapatkan? Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh memberikan anda sumber protein:

    1. Makanan laut

    Makanan laut adalah pilihan yang baik dan mudah sebagai sumber protein memandangkan ia kebiasaannya mengandungi rendah lemak. Sebahagian makanan laut adalah tinggi lemak seperti ikan salmon. Namun, ia mengandungi lemak yang sihat untuk jantung iaitu asid lemak omega 3.

    2. Susu, keju dan yogurt

    Susu serta produk tenusu seperti keju dan yogurt bukan sahaja kaya dengan protein, ia juga mengandungi kalsium dan sebahagiannya turut mengandungi vitamin D. Susu skim dan rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan gigi dan tulang yang kuat serta mencegah penyakit osteoporosis.

    3. Telur

    sumber protein

    Dengan harga yang murah dan mudah didapati, telur merupakan pilihan diet yang bagus. Mengambil telur sebiji sehari masih selamat untuk kesihatan.

    4. Kekacang

    Setengah cawan kekacang mengandungi protein sama banyak dengan 30 gram daging yang dimasak. Tambahan pula, kekacang kaya dengan serat yang membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

    5. Soya

    Kacang soya membantu menurunkan kolesterol. 50 gram soya sehari boleh menurunkan kolesterol sebanyak sekitar 3%. Menggantikan sumber protein lain yang tinggi lemak dengan soya adalah baik dan sihat untuk jantung.

    6. Daging tanpa lemak

    Daging, Adakah Baik untuk Kesihatan

    Selain protein, daging tanpa lemak turut kaya dengan zat besi, zink dan vitamin B12.

    Ini adalah antara makanan berprotein yang boleh anda dapatkan. Pelbagaikan jenis makanan yang anda ambil. Ia akan memberikan lebih variasi pada nutrisi lain yang terkandung di dalam makanan tersebut.

    Selain itu, anda juga boleh memberikan variasi pada cara masakan dan hidangan. Ini akan menghilangkan rasa bosan dan lebih meningkatkan selera makan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan