NSAIDs Yang Paling Kurang Membahayakan Perut

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ubat anti-radang bukan steroid, juga dikenali sebagai NSAIDs, adalah sekumpulan ubat yang digunakan untuk merawat kesakitan dan keradangan terutamanya untuk pesakit artritis. Hampir setiap pesakit artritis perlu mengambil NSAIDs untuk mengurangkan simptom-simptom mereka.

Kebanyakan ubat ini boleh didapati melalui kaunter (OTC), sebahagiannya pula memerlukan preskripsi doktor.  NSAIDs yang boleh dibeli melalui kaunter ialah aspirin, ibuprofen (Advil, Motrin) dan naproxen (Aleve, Naprosyn).

Penggunaan dan kesan sampingan NSAIDs

NSAIDs mengurangkan sakit dan radang dalam pesakit artritis reumatoid dan penyakit sendi kronik yang lain, atau dalam mereka yang mengalami keadaan yang menyakitkan seperti sakit belakang, sakit kepala atau sakit gigi. Tambahan pula, NSAIDs mengurangkan risiko arteri koronari tersumbat dan strok.

Ubat ini boleh mengurangkan sakit dengan merencat enzim cyclooxygenase. Enzim ini menghasilkan satu kompaun yang dipanggil prostaglandin yang memainkan peranan dalam radang dan sakit. Walau bagaimanapun, enzim ini juga melindungi lapisan sistem penghadaman. Oleh itu, dengan merencat cyclooxygenase, NSAIDs boleh menyebabkan perut meragam dan ulser berdarah di dalam perut jika diberikan tanpa kawalan.

Kesan-kesan sampingan NSAIDs termasuk:

  • Pedih ulu hati
  • Cirit-birit
  • Tekanan darah meningkat
  • Tindak balas alahan – gatal, muka bengkak, asma/nafas berbunyi

Mengambil NSAIDs semasa mengalami masalah perut

Jika anda perlu mengambil NSAIDs, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan perut meragam dan melindungi perut dari komplikasi ulser. Sesetengah doktor mengesyorkan pengambilan ubat penghalang asid bersama NSAID, termasuk penghalang histamin seperti cimetidine (Tagamet) dan ranitidine hydrochloride (Zantac), atau perencat pam proton seperti lansoprazole (Prevacid( dan omeprazole (Prilosec).

Ubat lain yang anda boleh pertimbangkan pengambilannya ialah misoprtostol (Cytotec). Ubat ini menggalakkan pemulihan ulser dan menstablikan prostaglandin untuk melindungi perut anda. Jika doktor mengesyorkannya dan anda boleh mengurangkan dos ubat NSAID yang anda sedang ambil, masalah perut anda akan lebih mudah diuruskan.

Tip mengambil NSAIDs

 Sila berbincang dengan doktor jika anda:

  • Mengambil ubat lain terutamanya pencair darah seperti warfarin atau clopidogrel.
  • Sedang mengambil NSAIDs di bawah preskripsi termasuk colecoxib (Celebrex) atau nabumetone (Relafen).
  • Perlu mengambil NSAIDs dengan kerap. Minta doktor anda memantau kesan sampingannya.

Tip lain untuk mengambil ubat tahan sakit:

  • Baca dan patuhi arahan pada label ubat anda.
  • Simpan ubat anda dengan selamat.

Jika anda mengalami mana-mana keadaan berikut, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan NSAIDs melalui kaunter:

  • Menghidapi penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit buah pinggang
  • Pendarahan perut atau saluran penghadaman

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis dan rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 18, 2018

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut