Mengatasi Keinginan Terhadap Alkohol

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 05/12/2019

Untuk kebanyakan individu, berhenti mengambil alkohol boleh menjadi satu perjuangan yang sukar dan mencabar. Sesetengahnya mungkin akan berputus asa dan kembali kepada tabiat lama. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai semangat yang kuat, dan anda bersedia untuk berhenti minum sepenuhnya, anda pastinya boleh pulih daripada pengambilan alkohol. Walau seteruk mana keadaan anda, cubalah untuk membaca artikel ini untuk melakukan perubahan bagi mengatasi keinginan terhadap alkohol.

Masalah pengambilan alkohol yang kronik pastinya mempunyai rintangan dalam usaha untuk memberhentikan tabiat minum ini. Kebiasaannya, seseorang individu yang gemar meminum alkohol tidak mampu mengawal keinginan untuk minum sama seperti kesukaran untuk berhenti minum. Dalam kes ini, anda mungkin akan mengalami keinginan untuk alkohol. Ini boleh mendatangkan kesukaran dan cabaran, terutama untuk enam bulan pertama selepas anda memutuskan untuk berhenti minum. Perancangan rawatan alkohol yang terancang, pasti dapat membantu anda menempuhi cabaran ini. Malah, ia juga dapat membantu anda untuk membina kemahiran baru bagi mengatasi situasi tertekan, keinginan alkohol, dan tekanan sosial untuk minum.

Berikut adalah beberapa cara mengatasi keinginan terhadap alkohol:

  1. Mempunyai matlamat

Pada permulaan, ia adalah sukar untuk berhenti minum sepenuhnya. Anda boleh meletakkan had pada jumlah alkohol yang boleh anda minum. Had ini tidak boleh melebihi satu minuman sehari untuk seorang individu wanita dan dua minuman sehari bagi individu lelaki. Pastikan anda mencatatkan matlamat anda, dan letakkan pada tempat yang boleh anda nampak seperti di dalam bilik tidur atau di pintu peti sejuk.

  1. Jauhi faktor kecenderungan

Dalam situasi sosial, anda mungkin diajak minum sekadar untuk berseronok atau sebagai satu kelakukan sopan. Jika anda perlu berdepan dengan individu tertentu, tempat atau aktiviti yang cenderung membuatkan keinginan melampau terhadap alkohol, cuba untuk menghindarinya.

  1. Membuat catatan

Langkah ini memerlukan kestabilan, tempat yang tenang untuk anda berfikir dan fokus. Benarkan seluruh badan anda untuk berehat. Tarik nafas secara mendalam dan fikirkan pada bahagian badan anda yang menyebabkan keinginan untuk alkohol. Selepas itu, perhatikan apabila timbulnya keinginan dan catatkannya untuk pemerhatian anda. Tujuannya, bukan untuk menghilangkan keinginan itu tetapi untuk mengalami keinginan dengan situasi dan kaedah yang baru. Jika anda mempraktikkan kaedah ini, anda akan menjadi biasa dengan keinginan anda dan mengetahui bagaimana untuk menghindarinya sehingga keinginan itu hilang secara semula jadi. Ini adalah antara cara yang dapat membantu mengatasi keinginan terhadap alkohol.

  1. Hobi baru dan aktiviti sihat

Cari hobi baru, sebarang aktiviti sukarelawan, atau pekerjaan yang dengan tujuan yang baik. Apabila anda melakukan sesuatu yang mendatangkan kepuasan, anda akan merasa lebih baik tentang diri sendiri dan keinginan untuk minum itu akan berkurangan.

Adalah sangat penting untuk menyedari tentang kebaikan berhenti mengambil alkohol. Ramai individu bergelut dengan alkohol, sukar untuk memutuskan sama ada terus dengan tabiat minum untuk menenangkan fikiran atau menghindari tabiat minum ini. Kesabaran merupakan kunci memandangkan proses pemulihan memerlukan masa dan keazaman untuk berhenti yang konsisten.

Kira kandungan alkohol dalam darah anda di sini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kesihatan Mental Meningkat Jika Anda Berhenti Ambil Alkohol

    Menghentikan pengambilan alkohol boleh meningkatkan kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan wanita, terutamanya kesihatan mental golongan wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Alkohol: Punca Lebih 3 Juta Kematian Setiap Tahun

    Alkohol sememangnya adalah minuman yang membahayakan kesihatan kita. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Selalu Sakit Sendi? ELAKKAN 10 Makanan Ini Dalam Diet Di Rumah Anda

    Anda sering sakit sendi terutamanya sakit sendi lutut yang menyakitkan ketika bergerak? Anda boleh cuba kurangkan makan benda ini untuk kurangkan sakit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Pengambilan Alkohol Membunuh 3 Juta Orang Setiap Tahun

    Lebih 3 juta kematian berpunca daripada penggunaan alkohol pada tahun 2016 menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Angka ini bersamaan 1 daripada 20 kematian dan lebih 3/4 daripada ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    7-makanan-menjejaskan-kualiti-tidur

    Elakkan 7 Makanan Ini Atau Anda Akan Berjaga Sampai Pagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/04/2020
    mabuk

    STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/02/2020
    fetus

    3 Perkara Anda WAJIB PANTAU Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan, Jangan Lalai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019
    alkohol

    Berdasarkan Kajian, Pelajar Kolej Yang Minum Alkohol Walaupun Ada Ujian Akan Ketagihan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 31/10/2019