Pernahkah Terfikir, Berapa Kali Perlu Mandi Dalam Sehari?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date November 18, 2019

Berapa kalikah anda mandi dalam sehari? Atau anda mandi hanya apabila perlu? Pernahkah anda terfikir berapa banyak kalikah anda perlu mandi dalam sehari? 

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, jangan malu untuk teruskan bacaan anda melalui artikel ini. Mungkin selepas ini boleh mengubah tabiat lama anda.

Mandian mengikut jenis kulit

Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza, dan setiap kulit yang berbeza ini boleh berubah keadaannya bergantung kepada cuaca dan persekitaran. Ada individu yang memiliki jenis kulit yang normal, tetapi ada juga yang memiliki jenis kulit yang agak kering. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit mereka akan menjadi lebih kering pada musim sejuk jika mandi dengan kerap. Tahu mengapa?

Sebenarnya, mandian yang terlalu kerap akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi yang terdapat pada permukaan kulit. Minyak ini berfungsi sebagai lapisan perlindungan yang mengekalkan kelembapan kulit daripada menjadi kering akibat persekitaran luar kulit. Bukan sahaja kekerapan mandi akan mempengaruhi hal ini, malah waktu mandi dan suhu air turut boleh menjejaskan kelembapan kulit.

Kenapa tidak boleh mandi terlalu lama?

Anda sebenarnya tidak digalakkan untuk mandi terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit untuk menghilangkan kekotoron dan terus keluar dari bilik mandi anda. Mandian yang terlalu lama sehingga menjangkau 20 atau 30 minit boleh menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit anda atau juga disebut sebagai ‘sebum’. Selain itu, anda disarankan untuk mandi dengan menggunakan air bersuhu suam atau pada suhu bilik. Air mandian yang terlalu sejuk atau panas sangat tidak digalakkan. Saranan ini juga adalah atas satu sebab yang sama; lapisan minyak semula jadi kulit.

Bagaimana hendak menentukan kekerapan mandian harian?

Sebenarnya, tiada bilangan khusus untuk mandian yang ideal. Kuncinya adalah anda perlu mengenal pasti diri anda sendiri. Apakah jenis kulit anda dan keadaan semasa diri anda. Bagi mereka yang banyak terlibat dengan kerja-kerja fizikal dan luar bangunan, anda mungkin perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang bekerja di dalam ruangan berpendingin hawa. Individu yang bekerja di kawasan beriklim tropika yang terkenal dengan cuaca hujan dan panas, anda perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang tinggal di kawasan yang sejuk. Kenapa? Kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan anda lebih berpeluh dan berbau. 

Kerap peluh, kerap mandi

Bagi mereka yang bekerja di kawasan yang agak terdedah kepada kekotoron dan mereka yang kerap berpeluh, anda disarankan untuk mandi dengan lebih kerap terutamanya apabila baju anda sudah mula dibasahi cucuran peluh. Peluh boleh merengsakan kulit, dan sekiranya anda membiarkan tubuh badan dibasahi peluh dalam waktu yang lama, ia akan mendedahkan anda kepada risiko jangkitan bakteria atau kulat. Anda juga boleh mendapat penyakit kulit yang dipanggil ‘dermatitis neglecta’ sekiranya anda tidak mandi berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Bagi mengelakkan kekeringan kulit setelah mandi, sapukan pelembap pada kulit anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Bagi mereka yang selalu berpeluh pula, tidak perlu ‘berlagak’ seperti anda berada di negara-negara bermusim sejuk dengan tidak mandi dalam sehari. Kami hanya kasihankan rakan sekerja anda, apatah lagi yang berada betul-betul bersebelahan dengan anda. Hendak ditegur busuk, risau terasa je. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

    Ramai antara kita yang gemar mandi air panas berbanding mandi air sejuk. Namun, kedua-dua jenis mandian ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Betul Ke Kerap Makan Sayur Kangkung Boleh Ubati Wabak Virus COVID-19?

    Baru-baru ini, tular maklumat bahawa pengambilan sayur kangkung boleh rawat virus korona baharu. Adakah fakta tersebut benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 Februari 12, 2020

    Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan Virus Selesema

    Artikel ini akan menyenaraikan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus selesema. Teruskan membaca.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

    Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan November 25, 2019

    Artikel lain untuk anda

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Mei 18, 2020
    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2020: Tiada Senjata Terkuat Perangi COVID-19 Kecuali Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 5, 2020
    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada April 8, 2020
    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada April 2, 2020