Bagaimana Menghadapi Kelemahan Otot yang Kronik?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kelemahan otot adalah salah satu simptom yang menakutkan dan membimbangkan. Ia juga merupakan tanda pelbagai masalah kesihatan. Kelemahan otot yang berterusan akan menjadikan seseorang cenderung terhadap kegelisahan yang bakal membuatkan keadaan bertambah teruk kerana ia boleh menyebabkan tekanan serta masalah kesihatan kritikal lain. Oleh itu, jika anda mengalami otot-otot yang lemah atau kebas, segeralah berjumpa doktor.

Punca kelemahan otot

Banyak keadaan kesihatan boleh menyumbang kepada kelemahan otot seperti CFS (chronic fatige syndrome), muscular dystrophies, dermatomyosistis, polio, natrium dalam darah rendah, kalium dalam darah rendah, riket, hypothyroidism, osteomalacia, neuralgia, dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa punca utama bagi keadaan ini yang memerlukan penjagaan segera:

  1. Gegaran (kecederaan otak yang teruk)
  2. Gambaran keseluruhan strok
  3. Strok mini (transient Ischemic attact)
  4. Botulisme
  5. Brain Aneurysm
  6. Enciphalitis

Berikut adalah beberapa kaedah untuk mengurangkan kelemahan otot

1. Berjalan

Sebenarnya otot anda tidak lemah, ia hanyalah sekadar ilusi perasaan anda. Oleh itu, aktiviti berjalan boleh membantu, sekurang-kurangnya, memastikan otak berfikir positif kerana ia mendapat isyarat yang dihantar oleh badan semasa anda berjalan. Berjalan juga adalah senaman yang baik untuk aliran darah dan otot. Selain itu, berjalan juga membantu mengurangkan tekanan.

2. Pernafasan

Kesan hiperventilasi dapat mengurangkan tumpuan pernafasan. Anda harus bernafas dengan perlahan, tidak terlalu cepat atau terlalu mendalam. Setiap nafas harus mengambil tempoh 15 saat daripada satu helaan nafas ke satu helaan nafas. Di antara helaan nafas itu, cuba tahan nafas anda selama beberapa saat untuk memastikan rentak pernafasan anda dalam keadaan normal.

3. Alihkan tumpuan mental

Jangan fokus pada otot anda. Sebaliknya, bayangkan diri anda melalui senaman mental, panggilan telefon atau apa sahaja yang boleh alihkan perhatian minda daripada rasa sakit otot anda. Minum air secukupnya dan bersantai adalah cara terbaik untuk memperbaiki kelemahan otot anda. Selain itu, anda digalakkan untuk mencari maklumat berguna bagi mengawal kegelisahan Kebolehan mengawal kegelisahan bermakna anda boleh menghentikan ilusi perasaan kelemahan otot. Selain itu, anda perlu mengambil ujian kegelisahan yang hanya mengambil masa selama 7 minit. Ujian ini bertujuan untuk memahami kegelisahan anda dan memberikan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkannya bagi manfaat jangka panjang.

Sekiranya anda mengalami kelemahan otot tanpa sebab, segera aturkan temujanji dengan doktor anda. Anda akan diberikan banyak maklumat berguna mengenai kelemahan otot kerana beberapa pemeriksaan pada otot dan rentak pergerakan otot anda dilakukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Januari 23, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut