Alahan Haiwan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Apa itu alahan pada haiwan?

Alahan ataupun alergi haiwan adalah tindak balas alergi terhadap protein yang terdapat dalam sel kulit, air liur atau air kencing haiwan. Bulu atau rambut haiwan tidak mempunyai banyak alergen (bahan penyebab alahan) tetapi ia boleh perangkap debunga, debu, kulat, dan pelbagai alergen. Alergen adalah bahan biasanya tidak berbahaya yang mencetus sistem imun untuk bereaksi berlebihan pada individu yang mengalami alergi.

Punca

Alahan berlaku apabila sistem imun anda bertindak balas kepada bahan asing seperti debunga, kulat atau haiwan kesayangan. Sistem imun anda akan menghasilkan protein yang dikenali sebagai antibodi. Antibodi ini melindungi anda daripada penceroboh yang tidak diingini yang boleh membuatkan anda sakit atau menyebabkan jangkitan. Apabila anda mengalami alergi, sistem imun anda akan mengeluarkan antibodi yang mengenal pasti alergen tertentu sebagai sesuatu yang bahaya atau tidak.

Apabila anda menyedut alergen ketika bernafas atau bersentuhan dengannya, sistem imun anda akan bertindak balas dan menghasilkan tindak balas keradangan di bahagian hidung atau paru-paru anda. Perdedahan berpanjangan atau biasa kepada alergen boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan (kronik) yang berkaitan asma.

Simptom

Kebiasaannya alergi haiwan akan muncul semasa atau tidak lama selepas terdedah kepada haiwan. Simptom-simptom ini mungkin berlanjutan selepas haiwan itu hilang. Ini kerana alergen tetap berada di udara, di atas perabot, ataupun di pakaian anda.

Tindak balas ini boleh menyebabkan simptom alahan seperti:

  • Bersin.
  • Mata gatal, berair, merah.
  • Hidung berair.
  • Hidung tersumbat.
  • Batuk.
  • Kesukaran bernafas.
  • Bengkak, kulit berwarna biru di bawah mata.

Sekiranya alahan haiwan menyumbang kepada asma, anda juga mungkin mengalami:

  • Kesukaran bernafas.
  • Kesesakan atau kesakitan dada.
  • Nafas berbunyi.
  • Masalah tidur disebabkan batuk, sesak nafas.

Sesetengah orang yang mengalami alergi terhadap haiwan turut akan mengalami gejala kulit yang dikenali sebagai alahan dermatitis. Ia adalah reaksi sistem imun yang menyebabkan keradangan kulit. Antara simptom alahan dermatitis adalah:

  • Tompokan merah.
  • Ekzema.
  • Kulit gatal.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap haiwan, sistem imum kanak-kanak tersebut akan bertindak serta melepaskan histamina dan lebih 40 jenis bahan kimia untuk melawan alergen tersebut. Histamia yang dibebaskan bagi menyingkir antigen seperti hama, habuk dan spora.

Kebanyakan asma yang terjadi di awal zaman kanak-kanak tercetus disebabkan haiwan. Jika alergen bersentuhan dengan kulit bayi anda, ruam dan gatal-gatal boleh berlaku. Setiap jenis haiwan termasuk anjing, hamster, tikus belanda, dan terutamanya kucing, boleh menyebabkan tidak balas terhadap kanak-kanak yang mengalami alahan.

Jika anda terdedah kepada haiwan kesayangan untuk jangka panjang, anda mungkin mempunyai lebih banyak gejala kronik seperti kesesakan hidung berterusan dan bukan gejala mendadak yang dilihat dengan pendedahan jangka pendek, menjadikannya kelihatan seperti haiwan kesayangan itu tidak bukan penyebab masalah kesihatan anda.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sesetengah tanda dan simptom alahan haiwan, seperti hidung berair atau bersin, adalah serupa dengan selsema biasa. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui sama ada anda mempunyai keradangan ataupun alahan. Sekiranya gejala berterusan selama lebih dari dua minggu, anda mungkin mengalami alergi.

Sekiranya simptom dan gejala anda teruk – bahagian hidung terasa disekat dan kesulitan tidur atau bunyi berdengung – sila berjumpa doktor anda. Dapatkan rawatan kecemasan sekiranya rasa berdengung atau sesak nafas anda bertambah teruk atau sekiranya anda sesak nafas walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.

Faktor-faktor risiko

Alahan kepada haiwan adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, anda lebih cenderung untuk menghidapi alahan haiwan sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai alahan atau asma.

Pendedahan kepada haiwan peliharaan pada usia muda boleh membantu mengelakkan terjadi alergi haiwan. Sesetengah kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang hidup dengan haiwan kesayangan seperti anjing mahupun kucing pada tahun pertama kehidupannya mungkin mempunyai daya tahan yang lebih baik terhadap jangkitan berkaitan pernafasan berbanding kanak-kanak yang tidak memiliki haiwan kesayangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut