JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/02/2020 . 4 minit bacaan

Bercakap mengenai alahan kulit, pasti ramai yang belum tahu ada pelbagai jenis alergi yang boleh berlaku. Anda pasti biasa mendengar tentang individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti sotong dan udang.

Tetapi, adakah anda pernah mendengar mengenai alahan lain seperti alahan serangga, getah, besi dan kacang?

Alahan kacang? Ya, mungkin anda jarang mendengarnya tetapi ia adalah penyebab paling biasa bagi serangan alahan yang teruk. Malah, simptom alahan kacang tanah sebenarnya boleh mengancam nyawa!

Alahan kulit disebabkan kacang tanah yang mungkin anda tidak tahu

Bagi mereka yang masih belum tahu tentang hal ini, kacang tanah adalah sejenis makanan yang paling kerap menyebabkan alahan pada manusia. Bagi sesetengah individu yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah, dengan hanya terkena sedikit sahaja cebisan kacang ini boleh menyebabkan reaksi yang agak teruk. 

Alahan kacang tanah ini semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun anak anda mempunyai alahan kulit yang ringan terhadap kacang tanah, bawalah mereka untuk berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan risiko reaksi yang lebih serius pada masa hadapan. 

Apakah simptom-simptom alahan kulit ini?

Reaksi alahan terhadap kacang tanah ini biasanya berlaku dengan pantas, iaitu hanya selepas beberapa minit berlakunya pendedahan terhadap kacang tanah. Perlu diingat, walaupun anda mungkin menganggapnya sebagai sejenis alahan kulit, namun simptom yang berlaku tidak hanya pada kulit sahaja. 

Antara simptom-simptom alahan yang boleh berlaku ialah:

  • Hidung yang berair
  • Reaksi kulit seperti kemerahan dan juga pembengkakan
  • Gatal-gatal atau rasa kesemutan pada atau sekitar mulut dan juga tekak
  • Berlakunya masalah pencernaan seperti cirit-birit, ketakcernaan, kejang perut, loya atau muntah-muntah
  • Rasa ketat pada bahagian tekak
  • Sesak nafas atau bunyi nafas yang berdehit
  • Batuk yang berulang
  • Nadi yang lemah
  • Kulit yang pucat atau berwarna biru
  • Pening kepala
  • Berasa keliru

Bagaimanakah alahan kulit kacang tanah ini boleh terjadi?

alahan kulit

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana alahan kacang tanah ini boleh berlaku? Di sini kami terangkan kepada anda. Alahan kacang tanah ini berlaku apabila sistem imun tubuh telah tersilap dalam mengenal pasti protein kacang tanah sebagai sesuatu yang berbahaya. 

Pendedahan secara langsung atau tidak langsung dengan kacang tanah akan menyebabkan sistem imun tubuh melepaskan sejenis bahan kimia dalam aliran darah. Bahan kimia ini kemudiannya menyebabkan berlaku simptom-simptom seperti di atas. 

Pendedahan terhadap kacang tanah ini boleh berlaku melalui 3 cara iaitu:

  • Pendedahan langsung

Ini adalah cara yang paling kerap menyebabkan alahan. Memakan kacang tanah atau sebarang produk makanan yang mengandungi kacang tanah adalah satu bentuk pendedahan langsung. Kadangkala, sentuhan secara langsung antara kulit dan kacang tanah juga boleh mencetuskan reaksi alahan.

  • Pendedahan silang

Ini adalah pendedahan terhadap kacang tanah secara tidak sengaja di dalam sesuatu produk makanan. Biasanya produk makanan yang dihasilkan telah terdedah dengan sisa kacang tanah semasa diproses atau menggunakan alatan yang sama semasa memproses kacang tanah.

  • Menyedut nafas

Reaksi alahan juga boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu menyedut nafas dengan habuk atau semburan aerosol yang mengandungi kacang tanah. Habuk kacang tanah ini boleh terhasil daripada serbuk atau tepung kacang dan juga semburan minyak masak kacang tanah.

Walau bagaimanapun, jenis pendedahan ini adalah sangat jarang berlaku. Ini kerana, biasanya kacang tersebut perlu dimakan untuk mengakibatkan reaksi alahan.

Adakah alahan ini hanya melibatkan kacang tanah sahaja?

alahan

Walaupun kita menyebutnya sebagai kacang tanah, tetapi ia bukanlah sejenis kacang pokok (tree nuts). Ia adalah sejenis legum yang tergolong dalam keluarga yang sama seperti kacang pis dan kacang dal. 

Walau bagaimanapun, protein kacang tanah ini mempunyai struktur yang sama seperti yang ada pada jenis kacang pokok. Oleh itu, individu yang ada alahan dengan kacang tanah juga akan mempunyai alahan dengan jenis kacang pokok seperti badam, walnut, kacang hazel, macadamia, pistachio, pecan dan juga gajus.

Bagaimana reaksi alahan kacang tanah ini boleh dirawat?

Alahan kacang tanah ini boleh menyebabkan reaksi yang teruk yang disebut sebagai anafilaksis. Anafilaksis mungkin bermula dengan simptom yang lebih kurang sama seperti reaksi yang kurang teruk, tetapi ia akan menjadi lebih teruk dengan kadar yang pantas. 

Sekiranya anafilaksis ini tidak dirawat secepat mungkin, ia boleh mengancam nyawa individu tersebut. Biasanya, jika anda mempunyai alahan terhadap kacang tanah atau sebarang alahan terhadap makanan yang serius, doktor akan memberikan anda epinephrine auto-injector sekiranya berlaku kecemasan.

Ia adalah sejenis ubat preskripsi yang mudah untuk digunakan. Anda perlu membawanya bersama ke mana-mana untuk keselamatan anda.

Berita baik! Rawatan pertama untuk alahan kacang tanah telah diluluskan

Untuk pengetahuan anda, rawatan pertama untuk alahan kacang tanah ini telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat. 

Palforzia, adalah sejenis serbuk kacang tanah rumusan khas yang dimakan setiap hari dalam jumlah yang kecil, yang kemudiannya akan bertambah dosnya dari semasa ke semasa. Ia membantu golongan kanak-kanak dan remaja untuk mengelakkan kecenderungan berlakunya reaksi alahan yang serius. 

Walau bagaimanapun, Palforzia ini bukanlah sejenis penawar. Mereka yang menggunakan rawatan ini masih perlu mengelakkan pengambilan kacang tanah dan perlindungan akan hilang sekiranya mereka berhenti mengambil Palforzia ini. 

Selain itu, rawatan ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan termasuklah risiko reaksi alahan yang teruk. FDA memerlukan pesakit untuk mengambil dos pertama mereka dan setiap pertambahan dos perlulah dilakukan di bawah pengawasan doktor. 

Apa yang boleh anda lakukan?

alahan

Sekiranya anda merupakan seorang individu yang memiliki alahan terhadap kacang tanah, pastikan anda tidak mengambil sebarang produk yang mempunyai sisa kacang di dalamnya. Perhatikan label produk untuk memastikannya dengan tepat.

Antara jenis produk yang biasa mengandungi sisa kacang ialah biskut, roti, gula-gula, aiskrim dan juga yogurt. Oleh itu, elakkan daripada mengambil produk-produk ini melainkan ia benar-benar tidak mengandungi sebarang kandungan atau sisa kacang tanah di dalamnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

    Risau dan malu kerana jeragat semakin menyerlah di wajah anda? Tungu apa lagi, beli 5 produk hilangkan jeragat ini untuk hilangkan punca jeragat anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Anak dengan alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka? Ini 12 tanda anak alergi makanan yang perlu anda ketahui. Jom periksa sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

    Dua doktor di China telah mengalami komplikasi teruk jangkitan virus korona baharu hinggakan kulit mereka menjadi gelap. Apa yang berlaku sebenarnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Coronavirus, COVID-19 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Suka Makan Pedas? Anda Sama Macam Fazura, Tapi Tak Bahaya Ke?

    Mengidam perkara biasa semasa mengandung. Namun jika anda tiba-tiba sukakan makanan pedas ketika hamil, adakah terdapat kesan pengambilan kepada kandungan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 21/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jenis alergi

    Guna Alat Penyembur Hidung Untuk Elak Alahan? Sebelum Spray, Pastikan Anda Tahu Jenis Yang Sesuai!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    anak alergi

    Hati-Hati! Penyaman Udara Boleh Buatkan Alergi Si Kecil Anda Jadi Makin Teruk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
    kulit zakar kering dan mengelupas

    Ada 7 Sebab Kulit ‘Boboi’ Anda Kering, #5 Pasti Buat Kaum Adam Fikir 2 Kali!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/07/2020 . 3 minit bacaan
    buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

    Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/06/2020 . 3 minit bacaan