backup og meta

Tidak Perlu Krim Pemutih, Makan Saja 10 Buah-Buahan Ini Untuk Kulit Cantik! #StayAtHome

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/09/2021

    Tidak Perlu Krim Pemutih, Makan Saja 10 Buah-Buahan Ini Untuk Kulit Cantik! #StayAtHome

    Faktor-faktor yang mempengaruhi kulit cantik bergantung kepada apa yang kita guna dan apa yang kita makan. Anda boleh mendapat kulit yang menawan, lembut dan lembap daripada apa yang anda makan tanpa menggunakan solekan. Sebagai contoh, pemilihan jenis buah-buahan untuk dimakan boleh menjadi satu sumber yang baik untuk kulit yang lebih menawan memandangkan khasiat buah-buahan tersebut mempunyai vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

    Vitamin C adalah salah satu sumber yang penting untuk meningkatkan paras antioksidan manakala vitamin A menghalang proses penuaan dan kemunculan jerawat.

    Vitamin E pula menghalang kekeringan kulit, Vitamin B3 untuk merawat kerosakan yang berpunca daripada sinar matahari dan pigmentasi manakala vitamin K berperanan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan parut.

    Dibawah merupakan 10 jenis buah-buahan dengan khasiat buah-buahan yang sangat membantu untuk mendapatkan kulit cantik :

    1. Lemon

    kulit cantik

    Lemon kaya dengan vitamin C, bahan antioksida yang sangat berkesan yang membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan dan melindungi badan daripada kerosakan akibat sinar UV dan pigmentasi melampau.

    Antara khasiat buah-buahan seperti lemon ini ialah menganjalkan dan mencerahkan kulit selain membersihkan kulit anda dengan lebih dalam.

    Oleh itu, anda disarankan untuk makan lemon sekiranya anda mengalami pigmentasi yang tidak rata, bintik-bintik hitam dan parut akibat jerawat. Barulah kulit cantik.

    2. Betik

    kulit cantik

    Khasiat buah-buahan seperti B=betik mengandungi vitamin A, C, B, folat, asid pantothenik dan mineral seperti magnesium dan potassium.

    Enzim seperti papain dan chymopapain membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga sifat antibakteria.

    Betik juga baik untuk merawat pelbagai masalah kulit yang lain seperti ketuat, eczema, corns dan tuberkula kulit.

    3. Avokado

    kulit cantik

    Avokado mengandungi kandungan yang tinggi bagi kandungan lemak sihat, serat makanan, vitamin E, A, C, K, B6, niacin, folat dan asid pantothenik.

    Khasiat buah-buahan avokado juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang menggalakkan penuaan sihat dengan melindungi kulit daripada sinar UV. Lemak sihat yang terkandung dalam avokado membantu keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.

    4. Oren

    kulit cantik

    Oren mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dengan setiap 100 gram oren mengandungi 54 miligram vitamin C.

    Melalui kandungan antioksidan, oren membantu menghalang kerosakan akibat sinar UV, kerosakan DNA, kerosakan oksidatif, mengurangkan keradangan serta membantu sintesis kolagen. Oren banyak membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

    5. Tembikai

    khasiat buah-buahan

    Dengan peratusan kandungan air yang tinggi, ianya membantu tubuh badan anda untuk kekal hidrat.

    92% daripada kandungan tembikai terdiri daripada air, 7.55% adalah karbohidrat dan 0.4% adalah kandungan gula dan serat.

    Tembikai mengandungi vitamin C, A, B1 dan B6, carotenoids, flavonoids dan lycopene dengan kandungan sifar lemak dan tanpa kolesterol.

    Tembikai juga kaya dengan asid amino dan lycopene yang membantu anda untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat.

    6. Timun

    khasiat buah-buahan

    Timun terkenal dengan fungsinya yang menghidratkan dan melembapkan kulit. Timun mengandungi kandungan air yang tinggi yang memberikan kesan penyejukan kepada tubuh badan dengan sifat antioksidannya.

    Timun juga kaya dengan serat diet. Banyak kan khasiat buah-buahan seperti timun ini.

    7. Mangga

    khasiat buah-buahan

    Mangga turut tersenarai didalam jenis buah-buahan yang baik untuk kulit disebabkan oleh mangga mengandungi kandungan vitamin A, E, C dan K, flavonoids, polyphenolics, beta-karotena dan xanthophylls.

    Mangga juga membantu melindungi kulit dan tubuh badan anda daripada kerosakan DNA dan keradangan. ‘Body butter’ yang terbuat daripada mangga turut menunjukkan sifatnya dalam penyembuhan luka.

    8. Delima

    khasiat buah-buahan

    Buah delima kaya dengan folat dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, potassium dan vitamin C dan K.

    Bukan sahaja bijinya memberi manfaat, malahan kulit dan mebran delima kaya dengan antioksida; yang membantu melindungi kulit daripada sinar UV dan pigmentasi kulit.

    Khasiat buah-buahan seperti vitamin C yang terdapat dalam buah ini juga menyokong sistem imun untuk menjadi lebih kuat dan membantu sebarang cela untuk sembuh dengan baik.

    9. Pisang

    khasiat buah-buahan

    Pisang kaya dengan serat diet, vitamin A, C, K, E dan folat, dan mineral yang lain seperti magnesium, fosforus, kalsium dan potassium.

    Pisang mempunyai bahan antioksida dan antimikrob manakala kulit pisang berkesan dengan baik dalam menghilangkan parut akibat jerawat.

    Kandungan potassium yang tinggi didalam buah pisang membantu melembapkan dan menghidratkan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda.

    10. Epal

    khasiat buah-buahan

    Epal membantu membuang radikal oksigen bebas yang berbahaya dengan vitamin A dan C, kalium, magnesium, kalsium dan serat pemakanan.

    Kulit epal turut kaya dengan kandungan antioksidan dan digalakkan untuk makan epal bersama-sama dengan kulitnya.

    Malic acid daripada epal juga menggalakkan keanjalan dan keremajaan kulit dan memberikan perlindungan terhadap kegelapan kulit. Barulah kulit cantik menawan.

    Kesimpulan

    Terdapat banyak pilihan buah-buahan lain yang mengandungi khasiat buah-buahan seperti vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit cantik. Ini termasuklah buah kiwi, strawberi, bluberi, limau gedang dan jambu batu.

    Sayur-sayuran seperti kacang pea, brokoli, Brussel sprouts, kobis bunga dan kale juga meberikan anda vitamin C daripada pemakanan anda sekiranya anda lebih menyukai sayur-sayuran berbanding buah-buahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan