backup og meta

“Bulu Badan Banyak Sebab Hormon Tinggi Lah Ni”. Betul Ke Tak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/01/2022

    “Bulu Badan Banyak Sebab Hormon Tinggi Lah Ni”. Betul Ke Tak?

    Pernah anda ditanya mengenai punca bulu roma berlebihan di badan atau menerima usikan seperti ini,

    “Akim, banyaknya bulu kat tangan dengan kaki kau. Dah macam bigfoot…”, sapa Ajai pada Akim dengan usikannya.

    “Ni sebab hormon kot. Tu banyak bulu kat badan aku. Kau nak ke? Amiklah sikit kat badan aku ni”, balas Akim pula.

    Ha, sekejap. Betul ke bulu badan banyak sebab hormon? Fakta atau sekadar mitos? Ikuti jawapan di bawah mengenai bulu badan Akim. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Hormon penyebab bulu roma berlebihan

    Benar. Antara punca bulu roma berlebihan seseorang individu itu memiliki jumlah bulu yang lebih banyak daripada orang lain adalah kerana hormon.

    Hormon yang disebut sebagai androgen inilah menjadi sebab bulu-bulu badan anda tumbuh.

    Doktor merujuk kepada androgen sebagai satu hormon lelaki, walaupun kedua-dua lelaki dan perempuan menghasilkan androgen dalam tubuh

    Apabila seseorang individu menghasilkan terlalu banyak androgen dalam tubuh, ia akan menyebabkan pertumbuhan lebih banyak bulu badan daripada biasa.

    Beberapa keadaan kesihatan boleh menyebabkan tubuh badan menghasilkan lebih banyak androgen daripada biasa. 

    Baca juga:

    Punca bulu roma berlebihan dalam kalangan wanita

    Sindrom ovarium polikistik atau PCOS adalah penyebab utama bulu badan berlebihan yang berlaku dalam kalangan wanita.

    PCOS adalah satu keadaan ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan tubuh badan menghasilkan terlalu banyak androgen, seterusnya menambahkan bilangan bulu badan. 

    Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal American Family Physician pada tahun 2012, PCOS telah menyebabkan 72% hingga 82% kes hirsutism dalam kalangan wanita.

    punca bulu roma berlebihanApa itu hirsutism? Hirsutism adalah pertumbuhan bulu atau rerambut yang tidak normal pada wajah dan tubuh seseorang, terutama pada wanita. 

    Walaupun begitu, terdapat juga faktor-faktor kecil lain yang boleh menyebabkan pertumbuhan bulu secara berlebihan dalam kalangan wanita antaranya hiperplasia adrenal kongenital, tumor, ubat-ubatan, tiroid dan hyperprolactinemia

    Jika bimbangkan mengenai punca bulu roma berlebihan pada tubuh, dapatkan konsultasi daripada doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan