backup og meta

Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/05/2022

    Obesiti Mempercepatkan Akil Baligh Dalam Kalangan Kanak-kanak Lelaki

    Tahukah anda, obesiti boleh mempercepatkan proses akil baligh? Ini merupakan antara kesan buruk obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang perlu dititikberatkan.

    Kanak-kanak perempuan bukanlah satu-satunya yang melalui proses akil baligh lebih awal sekiranya mereka mempunyai obesiti.

    Kanak-kanak lelaki yang mempunyai obesiti turut memasuki alam akil baligh lebih awal daripada biasa berdasarkan kajian yang akan dibentangkan di ENDO 2019, perjumpaan tahunan Endocrine Society’s di New Orleans, Los Angeles.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Kesan buruk obesiti, mungkin mempercepatkan akil baligh

    proses akil baligh

    Para penyelidik daripada University of Chile di Santiago, Chile melaporkan bahawa dalam kalangan 527 kanak-kanak lelaki Chile yang berumur 4 hingga 7 tahun yang mempunyai obesiti badan, obesiti pusat atau lemak perut yang berlebihan. 

    Kemungkinan besar kanak-kanak ini melalui akil baligh sebelum berumur 9 tahun.

    Pengkaji utama, Maria Veronica, seorang profesor di universiti tersebut menyatakan, dengan peningkatan obesiti kanak-kanak di seluruh dunia, terdapat kemajuan dalam usia di mana baligh bermula pada kanak-kanak perempuan.

    Walau bagaimanapun menurutnya, bagi kanak-kanak lelaki, buktinya menjadi sedikit kontroversi.

    Sebahagian kajian daripada Amerika Syarikat menemui bahawa obesiti memperlambatkan akil baligh, manakala kajian lain menyatakan hanya faktor berat badan berlebihan dan bukannya obesiti menyebabkan akil baligh awal dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

    Sebaliknya, hasil kajian daripada Eropah menunjukkan bahawa akil baligh awal bagi kanak-kanak lelaki disebabkan oleh berat badan berlebihan dan obesiti.

    Proses akil baligh dan kanak-kanak lelaki

    kesan buruk obesiti

    Akil baligh awal yang dikenali sebagai precocious puberty berkait dengan masalah seperti kesukaran pertumbuhan badan dan masalah emosi-sosial menurut Hormone Health Network.

    Kumpulan penyelidik menemui bahawa kekerapan jumlah obesiti meningkat seiring umur, daripada 22% kanak-kanak lelaki yang berumur 6 hingga 7 tahun kepada 28.6% kanak-kanak lelaki yang berumur 11.4 tahun, itu angka purata umur permulaan akil baligh bagi kumpulan ini.

    Obesiti abdomen turut meningkat dalam tempoh masa tersebut, daripada 11.8% kepada 17.4%. Akil baligh awal dilaporkan berlaku dalam kalangan 45 orang kanak-kanak lelaki, atau 9% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak yag terlibat dalam kajian.

    Jumlah keseluruhan obesiti dan obesiti abdomen daripada umur 4 hingga 7 tahun menimbulkan kemungkinan usia akil baligh awal berbanding kanak-kanak yang mempunyai berat badan yang sihat.

    Sebagai contoh, dalam kalangan kanak-kanak lelaki yang berumur 5 atau 6 tahun, mereka yang mempunyai obesiti dalam kumpulan umur ini mempunyai hampir 2.7 kali kemungkinan lebih tinggi untuk akil baligh awal.

    Manakala bagi mereka yang mempunyai obesiti abdomen mempunyai 6.4 kali kemungkinan lebih tinggi untuk akil baligh awal sebelum berumur 9 tahun.

    Baca juga:

    Kawal pemakanan anak untuk elak obesiti

    kesan buruk obesiti

    Maria Veronica menyatakan bahawa proses akil baligh awal mungkin akan meningkatkan risiko masalah perlakuan atau tingkah laku. Mereka juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser testis dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

    Oleh itu, ibu bapa perlulah mengawal pemakanan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan seperti yang dinyatakan diatas.

    Kesan buruk obesiti bukan sahaja menyebabkan akil baligh awal, ia juga boleh menyebabkan masalah keyakinan diri.

    Pemakanan yang sihat bukan sahaja membantu mengawal obesiti pada zaman kanak-kanak daripada berlaku, malah mengelakkan pelbagai komplikasi serius lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan