Fakta Menarik Mengenai Onani yang Anda Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Onani seringkali dianggap sebagai perbuatan yang tidak senonoh. Kebanyakan individu mempercayai ia bukan sahaja mampu menjatuhkan reputasi dan imej pelaku, malahan juga boleh merosakkan minda. Ya, onani mungkin tidak akan mendatangkan apa-apa kecederaan dan kerosakan fizikal atau psikologi. Sebenarnya, terdapat beberapa fakta menarik mengenai onani yang bakal memeranjatkan anda.

Selain manusia, spesies lain juga beronani

Anda mungkin menyangka bahawa hanya manusia yang beronani. Ia adalah tidak benar kerana spesies lain seperti burung, monyet dan kuda juga melakukannya. Ia mungkin berbunyi agak aneh tetapi mereka juga akan beronani untuk memuaskan keinginan seksual mereka.

Berapa kerap individu beronani secara purata?

Menurut kajian yang terbaharu, lelaki terutamanya yang masih remaja lebih gemar beronani berbanding wanita. Kebanyakan wanita tidak akan mempunyai tabiat ini sehinggalah lewat remaja dan awal 20-an, di mana mereka sudah cukup matang untuk melakukan seks. Namun begitu, wanita melakukannya bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu sebaliknya hanya ingin menerokai tubuh badannya. Secara puratanya, wanita akan melakukan onani sekurang-kurangnya 5 kali sebulan manakala lelaki melakukannya sekitar 12 kali sebulan.

Ia adalah sejenis kardio yang ringan

Ketika beronani, kadar degupan jantung anda akan meningkat seiring dengan kadar pernafasan anda lalu menyebabkan anda berpeluh. Ia sebenarnya membantu anda mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan kesakitan pada belakang dan kaki serta serangan jantung.

Kebanyakan individu tidak ingat kali terakhir mereka beronani

Ya, ia adalah benar sama sekali. Sebenarnya, ini lebih tertumpu kepada lelaki berbanding wanita kerana lelaki akan kehilangan neurotransmitter yang penting berkaitan memori dan perhatian setiap kali mereka mencapai ejakulasi. Antara sebab yang lain pula adalah kerana ia adalah perbuatan tidak senonoh yang individu mencuba sedaya upaya untuk melupakannya.

Ia akan membuat diri anda lebih yakin dan berkebolehan di ranjang

Kebanyakan pasangan akan berasa tertekan jika mendapati pasangan mereka melakukan onani. Sebenarnya, anda hanya perlu relaks kerana ia dapat membantu kehidupan seks anda. Individu yang beronani akan mempunyai lebih pengalaman dan sudah mengetahui apa yang mereka sukai. Oleh itu, mereka akan lebih berterus terang dengan anda.

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa onani bukanlah satu perbuatan yang baik dan tidak senonoh. Ia juga sebenarnya ditegah dari aspek kerohanian. Pilihan terletak di tangan anda. Sewajarnya, anda perlu fokus terhadap kehidupan seks anda dengan berbincang bersama pasangan dan menjalani gaya hidup yang sihat bersama-sama.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

    Ramai yang fikir kita boleh ambil pil morning after tanpa had. Persoalannya, berapa kali boleh ambil pil perancang kecemasan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus? Kalau Hitam, Kena Jumpa Doktor Cepat!

    Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana hingus terhasil bukan? Selain itu, artikel ini juga akan menerangkan tentang rahsia 7 warna hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mak Buyung Selalu Kemurungan? BAHAYA Bukan Pada Ibu Saja Tapi Juga Bayi

    Ibu mengandung sememangnya akan mengalami perubahan secara fizikal atau emosi. Namun ia boleh menyebabkan kemurungan dan memberikan kesan kepada kandungan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Encik Suami Minta Senggama Tapi Isteri Period! Apa Je Boleh Buat? (Ini Cara Halal)

    Alamak, anda period tapi mahu buat seks? Tenang, ini petua untuk isteri cuba cara melayan suami ketika haid. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rabun warna

    Orang Lelaki Lebih Ramai Yang Buta Warna Berbanding Kaum Wanita, Apa Sebabnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    kesihatan awam

    Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit fobia

    Jangan Permainkan Orang Yang Takut Kepada Badut! Ini Bukan Dibuat-buat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    oral seks

    Orang Muda Jangan Anggap Oral Seks Tak Bahaya, Boleh Terkena HIV Jika Alami Keadaan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan