backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Kaum Hawa, Kenali 5 Tanda Awal Anda Sedang Alami Fasa Perimenopause!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/01/2022

    Kaum Hawa, Kenali 5 Tanda Awal Anda Sedang Alami Fasa Perimenopause!

    Setiap wanita normal yang hidup di muka bumi ini akhirnya pasti akan mengalami menopaus. Sebelum mencapai usia ini, kaum Hawa akan melalui satu fasa yang dinamakan sebagai perimenopause. Apakah ia? Apakah tanda perimenopaus? Perimenopause adalah satu fasa sebelum menopaus. Mari ikuti info tentangnya dalam artikel di bawah!

    Perimenopause adalah fasa sebelum menopaus

    perimenopause adalah

    Untuk pengetahuan anda, menopaus bukanlah satu penyakit sebaliknya satu petanda di mana wanita tidak lagi subur ekoran pusingan haid yang terhenti setidak-tidaknya dalam tempoh 12 bulan secara berterusan.

    Secara lazimnya, ia akan berlaku kepada wanita yang berusia sekitar 50 tahun dan ke atas. Namun, ia juga boleh bermula seawal usia 45 tahun lagi, bergantung kepada kondisi kesihatan tubuh badan wanita.

    Sebelum kaum Hawa memasuki usia menopaus, akan ada satu fasa yang dinamakan sebagai perimenopause.

    Perimenopause adalah satu fasa transisi sebelum wanita mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun dan ke atas serta akan berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.

    Persoalannya, adakah terdapat sebarang tanda yang menunjukkan anda sedang mengalami fasa transisi ini?

    Tanda-tanda wanita sedang mengalami perimenopaus

    perimenopause adalah

    Ya, terdapat beberapa tanda wanita sedang mengalami fasa transisi ini. Namun, harus diingatkan bahawa fasa perimenopause adalah tidak sama bagi setiap wanita ekoran pelbagai faktor.

    Berikut adalah beberapa tanda umum yang menunjukkan anda sedang berada dalam fasa perimenopaus:

    #1. Kitaran menstrual tidak teratur

    Menurut laman sesawang American College of Obstetricians and Gynecologist, kadar hormon estrogen dan progesteron adalah stabil pada kitaran menstrual wanita yang normal serta subur.

    Kebiasaannya, ovulasi akan berlaku pada pertengahan kitaran ini dan menstrual akan terjadi sekitar 2 minggu selepasnya.

    Pun begitu, aturan sebegini mungkin akan terganggu selepas sahaja anda memasuki fasa perimenopause. Antara tanda perimenopause adalah:

    • Pendarahan tidak teratur atau tidak sesuai dengan jadual anda yang biasa
    • Menstrual akan berlaku lebih lama dan darah yang mengalir adalah lebih deras
    • Durasi datang haid anda mungkin akan lebih pendek dan ringan pada sesetengah bulan
    • Jumlah hari antara kitaran menstrual anda mungkin akan berkurang atau bertambah

    Untuk lebih kepastian, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

    #2. Badan terasa panas dan sukar untuk tidur

    Tanda ini turut dikenali sebagai hot flashes di mana badan seorang wanita akan terasa panas yang melampau lantas mengakibatkan mereka sukar untuk tidur. Ia juga adalah tanda perimenopause yang paling umum.

    Disebabkan ini, sudah pasti kuantiti dan kualiti tidur anda akan terjejas bukan?

    Jadi, ada beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk mengurangkan gejala ini seperti:

    • Minum air sejuk sebelum masuk tidur
    • Tetapkan suhu kamar tidur agar ia tetap dingin dan nyaman
    • Lapikkan tempat tidur dengan alas yang tidak kasar dan tebal
    • Gunakan kipas atau penyaman udara dengan suhu yang optimum

    Jika tip ini masih tidak memberi kesan, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

    #3. Emosi yang tidak stabil ketika perimenopause adalah normal

    Selalu kita dengar bahawa emosi seorang wanita memang mudah berubah-ubah. Namun, ketika fasa perimenopause ini terjadi emosi wanita akan bertambah menjadi lebih tidak stabil.

    Pada waktu ini, sebarang mood swing ketika perimenopause adalah normal.

    Anda juga tidak boleh ambil mudah tentang perkara ini kerana sifat cepat marah atau cepat sedih ini berisiko membuat seseorang wanita itu mengalami stres dan depresi. Jadi, sila lebih berhati-hati!

    Puncanya adalah disebabkan oleh kekurangan penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang akan membuat otak dan badan wanita menjadi tidak stabil. Oleh itu, anda sebagai pasangan jangan buat perangai ketika ini ya?

    #4. Perubahan pada fizikal wanita

    perimenopause adalah

    Bukan sahaja dari segi emosional, wanita yang sedang mengalami fasa perimenopause juga akan mengalami perubahan dari aspek fizikalnya terutamanya pada rambut dan kulit wajah.

    Antara tanda perimenopaus adalah rambut wanita lebih kering dan rapuh lalu meningkatkan risiko kebotakan. Selain itu, kulit wajah juga akan menjadi lebih kering dan nipis ekoran kekurangan estrogen.

    Namun, jangan jadikan ini sebagai alasan untuk anda tidak lagi tampil yakin di hadapan suami. Ketahuilah bahawa anda tetap orang yang sama dicintainya sejak dari dahulu.

    Lagipun, ketika ini encik suami juga sudah kurang tampan kerana faktor usia bukan? Jadi, tiada apa yang perlu anda risaukan!

    #5. Turunnya keghairahan dan kesuburan

    Ketika fasa transisi ini, wanita akan mengalami penurunan libido yang agak mendadak. Dalam masa yang sama juga, tahap kesuburannya juga akan menurun sebelum tiba waktu menopaus.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, keinginan untuk seks serta kemampuan untuk hamil wanita akan menurun dengan mendadak. Namun, ia tidak bermakna anda sudah tidak boleh hamil lagi.

    Sekiranya anda masih mengalami menstruasi, meskipun tidak begitu teratur, anda masih berpeluang untuk hamil. Namun, dapatkan pandangan dan cadangan daripada doktor terlebih dahulu ya?

    Jangan bersedih, perimenopause adalah kitaran hidup yang normal

    Kesimpulannya, tiada apa yang anda perlu risaukan kerana ia bukanlah sejenis penyakit sebaliknya petanda bahawa anda sudah memasuki usia ‘veteran’. Jangan bersedih kerana ia adalah kitaran hidup yang sangat normal bagi seorang wanita.

    Sebaliknya, raikan waktu ini bersama pasangan tercinta yang sudah bersama dengan anda dari dahulu lagi. Nikmatilah kehidupan ini dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera agar tiada sebarang masalah menimpa anda di usia menopaus kelak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan