Suara Serak Lepas Bangun Tidur? Jaga-Jaga Ia Mungkin Tanda 5 Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/04/2020

Bayangkan situasi ini, anda tidur pada waktu malam dan kemudiannya bangun pada waktu pagi seperti biasa.

Sejurus anda bangkit daripada tempat tidur anda, apakah perubahan pertama yang anda sedar daripada diri anda selain rambut yang kusut masai dan bau badan anda? Suara serak?

Ya, tepat sekali. Pada pagi itu, anda sedar bahawa suara anda sedikit berlainan daripada kebiasannya, dan ia berlaku pada hampir setiap pagi atau setiap kali anda bangkit daripada tidur anda.

Apa sebenarnya yang menyebabkan suara menjadi serak atau berubah seketika saat anda bangun daripada tidur? Adakah terdapat sebarang penjelasan di sebalik fenomena ini?

Lipatan vokal anda ‘berehat’, perlukan warm-up

suara serak

Menurut Dr. Michael Pitman, Pengarah Bahagian Laringologi di The New York Eye and Ear Infirmary of Mount Sinai, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan suara anda berubah pada waktu pagi. 

Menurut beliau, apabila seseorang individu bangun daripada tidur, tubuh badan masih berada dalam keadaan yang agak kaku kerana ia tidak bergerak selama beberapa jam sewaktu anda tidur.

Hal ini turut berlaku kepada lipatan vokal suara anda. 

Lipatan vokal akan bergetar apabila paru-paru anda menolak angin melaluinya, yang kemudiannya menghasilkan bunyi yang anda dengar apabila anda bercakap.

Menurut Dr. Michael, apabila anda bangun daripada tidur, lipatan vokal ini juga perlu melakukan sedikit warm-up seperti anggota tubuh yang lain.

Semasa anda tidur, tisu yang berada pada tekak anda akan mengumpulkan cecair, yang juga akan menyebabkan mata anda kelihatan sedikit bengkak sejurus anda bangun daripada tidur. Lendir juga akan terkumpul disebabkan oleh kurangnya penggunaan lipatan vokal semasa anda sedang tidur.

Bernafas melalui mulut buatkan suara anda lebih serak 

Selain itu, ia juga bergantung kepada cara anda tidur pada malam itu.

Sekiranya udara di dalam bilik anda menjadi kering disebabkan oleh kipas atau penyaman udara, individu yang bernafas melalui mulut ketika tidur akan mempunyai suara yang lebih serak berbanding mereka yang bernafas melalui hidung. 

Mengapa? Kerana jika anda bernafas menggunakan hidung, deria ini berperanan melembapkan udara yang masuk ke dalam paru-paru, dan ini tidak berlaku jika anda bernafas menggunakan mulut.

Mereka yang bernafas melalui mulut akan mengeringkan lipatan vokal mereka dengan lebih cepat. Apabila terlalu kering, ia akan menghalang lipatan vokal daripada bergerak bersama.

Asid refluks dalam tubuh turut memainkan peranan

Begitu juga dengan asid refluks dalam tubuh badan anda. Sesetengah individu akan mengalami refluks di siang hari, manakala sesetengah yang lain akan mengalaminya pada waktu malam terutamanya ketika mereka sedang tidur. 

Menurut Dr. Michael, asid perut atau asid refluks ini mengandungi protein dari perut yang berfungsi mencerna makanan dan hampir mencerna tisu anda. Ia berlaku apabila asid perut tersebut naik ke bahagian tiub menelan dan merengsakan bahagian lipatan vokal anda.

Semakin tebal lipatan vokal anda maka semakin rendahlah bunyi yang akan dihasilkan.

Tidak semua suara serak itu normal

suara serak

Sekiranya ia sering berlaku atau berlaku dalam tempoh yang lebih panjang, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan suara serak anda. Ada sesetengah perubahan suara yang berlaku bukan disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang dinyatakan sebelum ini. 

Mungkin perubahan suara serak yang berlaku disebabkan oleh rutin merokok anda atau sebab-sebab lain yang memungkinkan kewujudan masalah berkaitan kesihatan.

Walaupun anda bukanlah seorang perokok, tetapi anda memiliki suara serak yang mendalam dan melebihi tempoh yang sepatutnya, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan. 

Apa yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan suara yang serak?

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kejadian serak pada suara anda. Antara cara-cara mudah yang boleh anda praktikkan ialah:

  • Pasang pelembap udara (air humidifier) di dalam bilik sebelum anda tidur. Ini akan membantu melembapkan udara dalam bilik anda
  • Pasang kipas atau penyaman udara dengan kelajuan sederhana dan tidak terlalu sejuk
  • Elakkan daripada selalu bercakap dengan nada suara yang tinggi atau menjerit. Jangan berbisik kerana ia juga akan memberikan beban tambahan kepada lipatan vokal anda. Bercakaplah dengan suara yang normal
  • Minum banyak air bagi mengekalkan hidrasi tubuh anda. Air yang diminum mampu memberikan kelegaan kepada tekak selain melembapkan keadaan tekak anda
  • Elakkan minuman berkafein dan beralkohol. Kedua-dua jenis minuman ini boleh mengeringkan tekak anda dengan lebih pantas
  • Mandi dengan menggunakan air suam atau panas. Stim atau wap air yang terhasil daripada mandian ini akan membantu membuka laluan udara dan memudahkan anda bernafas. Tetapi ingat, jangan mandi menggunakan air panas dalam tempoh yang terlalu lama kerana ia akan menanggalkan selaput minyak semula jadi pada tubuh dan menjadikan tubuh anda mudah kering selepas itu
  • Kurangkan atau berhenti merokok kerana merokok boleh mengeringkan dan meradangkan tekak anda
  • Lembapkan tekak anda dengan menghisap lozeng atau gula-gula getah. Ia akan merangsang pengeluaran air liur dan membantu melegakan tekak anda
  • Jauhkan penyebab alergi di persekitaran anda. Alergi boleh menyebabkan suara serak anda menjadi lebih teruk

Mungkin terdapat komplikasi kesihatan lain

suara serak

Jika perubahan suara serak yang berlaku pada anda terjadi melebihi 2 atau 3 minggu, berjumpalah dengan doktor terutamanya pakar laringologi. Pakar laringologi adalah doktor telinga, hidung dan tekak yang mempunyai kepakaran khusus dalam isu berkaitan suara. 

Antara komplikasi kesihatan lain yang mungkin menyebabkan perubahan suara serak anda termasuklah laringitis, penggunaan suara yang berlebihan, refluks gastroesofageal (GERD), nodul, polip atau cyst vokal, pendarahan pada lipatan vokal, kelumpuhan pada lipatan vokal, serta penyakit-penyakit berkaitan saraf yang lain. 

Sebarang perubahan yang anda rasakan tidak normal perlulah dirujuk kepada doktor dengan segera. Tindakan awal seperti ini boleh menyebabkan anda terselamat daripada sebarang komplikasi kesihatan yang lebih serius. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    TERBONGKAR! Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri

    Posisi tidur pasangan suami isteri boleh membawa 1001 maksud tersirat. Konflik di dalam rumah tangga dan kebahagiaan, semuanya boleh dilihat ketika tidur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Bila Bangun Tidur Selalu Rasa Moody? BERHENTI Lakukan 7 Perkara Ini Lepas Bangun, Baru Mood Elok

    Jika anda sering berasa moody selepas bangun tidur pada waktu pagi, maka anda perlu meneliti semula rutin anda. Berikut merupakan 7 tip berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Masalah Kurang Tidur Boleh Membunuh!

    Masalah kurang tidur tidak asing dalam kalangan masyarakat umum. Dalam dunia serba kompetitif ini, ramai orang sanggup mengorbankan masa tidur demi kerja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    6 Manfaat Tidur Bogel Yang Anda MESTI Tahu & Buat!

    Anda pernah tidur tanpa pakaian? Jika ya, anda melakukan benda yang betul. Ini kerana terdapat banyak manfaat tidur tanpa seurat benang terhadap kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    susah-tidur-malam-kesan-wajib-anda-tahu

    Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020
    cara-meningkatkan-kecerdasan-otak

    Bukan Saja Badan, Otak Pun PENTING Untuk Dijaga. Bagaimana? Ini Caranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020

    Bukan Perut Saja Membuncit, Tapi Suara Pun Berubah Masa Hamil- Tak Percaya? Adele Salah Seorangnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 13/05/2020