Berebut Roti Di Pasar Raya? Hentikan Pembelian PANIK! Ini 7 Barang WAJIB Ada Ketika PKP

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Ketika lockdown, pastinya terdapat beberapa senarai keperluan barangan semasa COVID-19 yang perlu ada di dalam rumah. Ada juga langkah pencegahan COVID-19 ketika membeli-belah yang perlu anda ikuti.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian
Peta sebaran
Statistik Kes

3,116

Disahkan

767

Sembuh

50

Kes Kematian

Mengehadkan pergerakan

Sebelum Kerajaan Malaysia membuat pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada ura-ura kononnya pengisytiharan lockdown. Penularan berita yang tiada kesahihan itu, menyebabkan ramai individu awam keluar membuat pembelian panik.

Maka adalah barangan yang sebenarnya tidak menjadi keperluan pun turut dicapai dan dibeli. Pembelian paniklah katakan. Pada akhirnya, ia adalah 1 pembaziran apabila tidak digunakan pun.

Hakikatnya, PKP yang diisytiharkan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 1 langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak coronavirus. Ia bukan bermakna rakyat langsung tidak dibenarkan keluar. 

PKP yang pada mulanya berlangsung untuk tempoh 18 hingga 31 Mac 2020, telah dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020. Ini bermakna anda masih perlu menyediakan keperluan harian. Tetapi kali ini jangan panik dan beli mengikut senarai keperluan ketika COVID-19 sahaja, okay?

Artikel berkaitan:

8 Soalan Bermain Di Fikiran Tentang COVID-19 Yang Anda WAJIB Tahu – Jangan Panik!

Apakah senarai keperluan ketika COVID-19?

Barang keperluan yang perlu ketika menjalani PKP sudah tentu meliputi barangan kegunaan harian bagi seisi rumah sepanjang tempoh kawalan berlangsung. Ini termasuklah barangan keperluan binatang peliharaan (jika ada).

Selalunya apabila melakukan pembelian panik, barangan yang tidak pernah dibeli atau digunakan, turut dicapai. Akhirnya berlakulah pembaziran.

Sebab itu anda perlu tahu apakah senarai keperluan ketika COVID-19 yang harus anda ada dan sediakan untuk keperluan isi rumah sepanjang PKP.

Berikut adalah 7 barangan yang diperlukan:

  1. Makanan kering, dalam tin

Pastinya keperluan utama adalah makanan. Menyediakan stok makanan yang mencukupi mengikut jumlah ahli keluarga adalah sangat penting .

Makanan kering seperti beras, pasta atau oat merupakan antara makanan asas yang harus ada dalam stok. Makanan dalam tin seperti sos pasta, tuna atau sardin juga boleh dijadikan stok makanan. 

Tetapi pastikan anda menyemak tarikh luput dan jangan lupa untuk sediakan juga alat pembuka tin makanan. Comfort food seperti kopi dan coklat juga perlu disediakan. 

Ia bukanlah keperluan. Tetapi makanan seperti itu dapat membantu menenangkan mental dan moral sepanjang PKP. 

senarai-keperluan-ketika-covid-19

Senarai barangan makanan lain yang boleh dibeli:

  • Makanan protein dan serat tinggi seperti cereal
  • Buah-buahan dan sayuran
  • Sapuan roti – mentega kacang, coklat dan sebagainya
  • Buah-buahan kering, buah-buahan dalam tin
  • Produk tenusu seperti susu kotak, keju
  1. Penjagaan kebersihan diri

Jangan hanya fikirkan tentang makanan sahaja. Sebaliknya produk penjagaan kebersihan diri seperti sabun, gel pembersih tangan, tisu, pad dan lampin pakai buang (jika mempunyai anak kecil), juga termasuk dalam senarai keperluan ketika COVID-19.

Pastikan juga anda membeli produk penjagaan rumah seperti produk pencuci dan semburan pembasmi kuman. Kenapa? Sudah tentu selain untuk menjaga kebersihan rumah, ia sebagai 1 langkah pencegahan COVID-19.

langkah pencegahan covid-19

  1. Ubatan dan bekalan perubatan

Untuk tempoh PKP, anda disarankan untuk menyediakan keperluan perubatan bagi tempoh 30 hari. Periksa jumlah ubatan anda mahupun ahli keluarga agar mencukupi sepanjang kawalan pergerakan berlangsung. 

Sesetengah ubatan mungkin memerlukan pengesahan doktor, maka dapatkan bantuan doktor untuk memudahkan urusan anda.

Sediakan juga bekalan perubatan lain seperti bateri bagi alat bantuan pendengaran, syringes, cecair pencuci kanta lekap, ubatan seperti ubat batuk, ubat tahan sakit dan sebagainya.

  1. Bantuan kecemasan

Perkara yang sering kita terlepas pandang. Kit bantuan kecemasan antara barangan yang perlu disediakan. Kit ini diperlukan sekiranya terjadi sebarang kecederaan ringan seperti terluka, calar, bengkak, terseliuh dan sebagainya.

Pastikan kit bantuan kecemasan anda mengandungi barangan seperti salap antibiotik, pembalut luka, termometer dan gunting.

  1. Air

Jika kawasan kediaman sering berdepan isu ketiadaan air, maka anda perlu menyediakan stok bekalan air. Ia sama ada untuk keperluan minum atau kebersihan diri yang lain. 

Paling tidak sediakan air botol minuman yang secukupnya. Baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?

Artikel berkaitan:

  1. Salinan rekod perubatan

Ketika berdepan dengan situasi pandemik, anda disarankan untuk mendapatkan salinan rekod perubatan daripada doktor, hospital atau farmasi. Ia antara senarai keperluan ketika COVID-19 yang sering terlepas pandang. 

  1. Kesihatan mental

Sesetengah individu berasakan tempoh PKP adalah masa untuk melayan drama dan filem kegemaran. Ada juga yang memilih untuk membaca buku.

Tidak kira apa pilihan anda, pastikan kesihatan mental menjadi antara perkara yang dititikberatkan. Mustahil untuk anda menghadap telefon dan gajet 24 jam sehari. 

Sediakan permainan kegemaran seperti board games atau card games, pasti menyeronokkan anak-anak. Sekurangnya-kurangnya ia dapat  mengeratkan ikatan bersama keluarga.

Langkah pencegahan membeli senarai keperluan ketika COVID-19

Eh…keluar rumah untuk beli barang keperluan pun ada langkah yang perlu diikuti ke? Haruslah ada. Ia adalah langkah pencegahan COVID-19.

  •  Gel pembersih tangan

Walaupun pihak premis pasar raya mungkin telah melakukan disinfeksi pada permukaan, tetapi tiada salahnya anda juga mengambil langkah berwaspada. 

Pastikan anda memakai gel pembersih tangan sebelum memegang troli, eskalator, tombol pintu atau butang lif. Sarung tangan pilhan terbaik, tetapi pastikan anda terus membuangnya selepas digunakan.

Jangan lupa untuk lap pemegang troli dengan wipes tissue atau anda boleh semburkan dengan hand sanitizer.

langkah-pencegahan-covid-19

  • Topeng muka

Perlu ke anda pakai topeng muka? Sebenarnya jika anda sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom, tiada keperluan untuk anda memakai topeng muka. 

Pemakaian topeng muka lebih diperlukan oleh mereka yang tidak sihat, individu dengan sistem imun yang rendah, individu dewasa lebih berusia dan kanak-kanak.

  • Jarak sosial

Jarakkan diri anda dengan individu lain sekurang-kurangnya 1 meter. Ini terutamanya jika individu terbabit tidak sihat dan mungkin mempunyai simptom.

Elakkan berada di kawasan atau tempat yang sesak dan tumpuan ramai. Malahan jarak sosial sememangnya 1 amalan yang dapat mengekang jangkitan virus corona daripada merebak.

  • Bersihkan diri

Sekembali daripada membeli barangan keperluan, jangan duduk dan bermesra bersama ahli keluarga. Sebaliknya terus mandi dengan sabun, basuh pakaian yang dipakai ketika keluar. 

Virus Korona (COVID-19): Apa yang anda perlu tahu?

Jangan terlalu panik dengan keadaan semasa COVID-19 ni. Lebih penting, amalkan langkah berjaga-jaga!#hellodoktor #hellohealthgroup #hellohealthcoronavirus

Posted by Hello Doktor on Saturday, February 15, 2020

Amalan penjagaan diri

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini, terus menjaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan bilik air serta selepas batuk dan bersin.

Duduk di rumah adalah sesuatu yang sukar, terutamanya bagi anda yang biasa dengan kerja di pejabat atau di luar. Berada di rumah melakukan rutin yang sama setiap hari; menonton televisyen atau menghadap gajet – sesuatu yang membosankan.

Apatah lagi selepas tempoh PKP dilanjutkan sehingga sebulan. Tetapi itu bukan alasan untuk anda merayau keluar rumah tanpa sebab yang penting. Jangan pentingkan diri! #StayAtHome

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Baca juga:

Tarikh Reviu: Mac 26, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Mac 30, 2020

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut