backup og meta

Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    Kerap Cuci Tangan Guna Air & Sabun Satu SENJATA Utama Perangi COVID-19? Bukan Hanya Hand Sanitizer!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Seantero dunia kini sedang dilanda pandemik wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan dari hari ke hari. Ekoran itu, banyak negara termasuklah Malaysia telah mengambil pelbagai langkah keselamatan dan kesihatan untuk membendung virus korona baharu ini dari terus berleluasa.

    [covid_19]

    Di negara kita misalnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 2 minggu lagi bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020. Ini adalah usaha yang sangat penting untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

    Selain mematuhi peraturan ini, kita semua wajar mengamalkan langkah keselamatan dan kesihatan sendiri di rumah dengan kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun!

    Tolong cuci tangan guna air dan sabun dengan kerap

    penyebaran wabak jangkitan

    Seperti mana yang kita tahu, virus korona baharu ini masih belum mempunyai sebarang vaksin atau penawar yang boleh menyembuhkan penyakit akibat jangkitannya. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan dan titisan dari individu ke individu yang lain.

    Anda mungkin berminat:

    Disebabkan itu, cara yang paling ideal untuk memerangi wabak COVID-19 ini adalah mengelakkan kontak rapat dan mengamalkan jarak sosial ketika berada di luar rumah.

    Selain itu, ada satu lagi senjata utama yang sewajarnya kita gunakan untuk memerangi wabak COVID-19 ini iaitu cuci tangan guna air dan sabun dengan kerap.

    Menurut Elizabeth Scott yang merupakan Pengarah Bersama Center for Hygiene and Health in Home and Community di Simmons University, Boston, Amerika, tangan kita adalah anggota badan yang paling penting kerana ia adalah ‘penghubung’ tubuh badan kita.

    “Kita tidak boleh kawal apa yang kita sentuh. Kita juga tidak boleh kawal apa yang orang lain sentuh. Pun begitu, kita boleh menjaga kebersihan tangan kita sendiri dalam usaha melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini’, jelas beliau lagi.

    Ia adalah senjata utama untuk memerangi wabak COVID-19

    cuci tangan

    Mungkin ramai yang kurang sedar atau tidak peduli dengan kepentingan kebersihan tangan.

    Hakikatnya, kita perlu faham bahawa virus korona baharu ini juga boleh menjangkiti individu sekiranya tangan yang telah tercemar menyentuh muka lantas memindahkan virus melalui mata, hidung atau mulut.

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/115200726587889/

    Inilah punca mengapa kita perlu cuci tangan guna air dan sabun dengan kerap agar virus yang wujud di tempat yang kita sendiri tidak tahu dapat dibasmi.

    Jika kalian tidak mempunyai akses terhadap air dan sabun, anda boleh menggunakan hand sanitizer sebagai alternatif.

    Artikel berkaitan:

    Namun, saranan untuk orang ramai agar kerap mencuci tangan mereka mungkin agak sukar dilaksanakan.

    Menurut kajian yang dilakukan pada 2013 terhadap 3,700 individu selepas keluar dari tandas, hanya 5% daripada mereka yang mencuci tangan dengan air dan sabun.

    Ini adalah sesuatu yang perlu kita ubah dengan kadar segera untuk memerangi pandemik wabak COVID-19 ini!

    Dalam pada itu, kalian juga perlu tahu bahawa sekadar melumurkan sabun dan meletakkan tangan di bawah singki untuk membasuhnya adalah tidak mencukupi.

    Jangan jadikan langkah kebersihan tangan ini sebagai sekadar cukup syarat sahaja. Sebaliknya, sila amalkan cara cuci tangan dengan air dan sabun yang betul.

    Cara cuci tangan dengan air dan sabun yang betul

    virus korona

    Mungkin masih ramai yang tidak mempunyai kesedaran terhadap kebersihan tangan lalu mengambil ringan sahaja perkara ini. Ketahuilah ini adalah senjata utama kita semua dalam memerangi pandemik wabak COVID-19 ini bersama-sama.

    Jadi, marilah kita mengubah pemikiran kita dan mula amalkan langkah cuci tangan dengan air dan sabun dengan betul seperti yang disarankan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC). Caranya:

  • Sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan dan minum
  • Sebelum dan selepas menziarahi orang sakit
  • Sebelum dan selepas merawat luka pada tubuh badan
  • Selepas keluar dari tandas
  • Selepas menukar lampin atau membantu anak di bilik air
  • Selepas batuk, bersin atau menghembuskan hingus
  • Selepas menyentuh haiwan peliharaan
  • Selepas menyentuh makanan, minuman atau najis haiwan
  • Selepas menyentuh plastik sampah
  • Jika tidak mempunyai akses kepada air atau sabun, hand sanitizer boleh digunakan sebagai alternatif. Namun, ingat ya? Jangan hanya sekadar meletakkan tangan anda begitu sahaja di sinki!

    Ikuti 7 langkah cuci tangan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini:

    #1.  Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya.

    #2. Gosok tapak tangan.

    #3. Gosok setiap jari dan celah jari.

    #4. Gosok kuku di tapak tangan.

    #5. Gosok belakang tangan.

    #6. Basuh tangan dengan air secukupnya.

    #7. Keringkan tangan dengan kain bersih.

    Artikel berkaitan:

    https://wp.hellodoktor.com/ms/coronavirus/covid19/kulit-tangan-kering-7-cara-atasinya/

    Sekarang, anda sudah tahu cara cuci tangan guna air dan sabun dengan betul. Maka sila amalkan ia dan jangan memandang ringan lagi akan perkara ini.

    Kita perlu bersama mengambil pelbagai tindakan dalam usaha melawan pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia kini!

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan