home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Migrain Episodik dan Migrain Kronik

Migrain Episodik dan Migrain Kronik

Migrain kronik dan migrain episodik adalah sebahagian daripada spektrum gangguan migrain, tetapi berbeza entiti klinikal. Migrain berlaku disebabkan oleh keradangan yang menyebabkan saluran darah di otak mengembang dan akhirnya menyerang saraf-saraf di sekitarnya. Bagaimanapun, ia bukan penyebab utama kerana serangan migrain ini sering kali dikaitkan dengan keturunan.

Perbezaan Jenis Migrain

 

Migrain kronik dan migrain episodik akan menimbulkan simptom sakit pada sebelah kepala yang sama. Namun, yang membezakannya adalah kekerapan simptom berkenaan muncul.

  • Migrain Episodik

Migrain episodik (EM) dicirikan sebagai serangan migrain yang berlaku antara 0 hingga 14 hari sakit kepala dalam sebulan. Migrain jenis ini paling banyak dialami oleh seseorang.

Serangan migrain episodik ini sering kali disertai dengan mual, muntah atau sensitif terhadap bunyi bising atau cahaya sepanjang migrain berlaku.

Kebiasaannya, terdapat beberapa perkara yang mendorong berlakunya migrain jenis ini iaitu stres, haid, perubahan cuaca, ada simptom gangguan pada mata atau otak, atau kesan sampingan pengambilan ubat.

  • Migrain Kronik

Antara tanda yang menunjukkan anda mengalami migrain kronik adalah serangan sakit kepala lebih daripada 4 jam pada satu waktu dan berlaku selama lebih 15 hari dalam sebulan. Kebiasaannya, orang yang mengalami EM memiliki peluang untuk mengalami migrain kronik.

Menurut kajian Current Pain and Headache Reports, individu yang menghidap CM mengalami sakit kepala yang berlaku selama kira-kira 65.1 jam tanpa rawatan dan 24.1 jam dengan rawatan.

Secara perbandingan, penghidap EM mengalami sakit kepada kira-kira 38.8 jam tanpa rawatan dan 12.8 jam dengan rawatan.

Rawatan EM dan CM

Dua jenis migrain ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang hampir sama. Ia termasuk ubat untuk merawat kesakitan dan simptom seperti mual dan muntah serta ubat-ubatan untuk mencegah migrain.

Ubat kardiovaskular tertentu, antidepresan, ubat antiseis, onabotulinumtoxinA (Botox), atau ubat penahan sakit boleh membantu mengurangkan frekuensi, tempoh atau keterukan sakit kepala anda.

Migrain kronik boleh mengganggu kehidupan peribadi anda. Jika anda mengalami sakit kepala yang menyakitkan selama setengah bulan, ia akan menjejaskan hari persekolahan atau berkerja, serta masa berharga bersama rakan dan keluarga. Ia kebiasaan bagi mereka yang mempunyai migrain kronik mengalami kemurungan.

Mencegah Migrain Kronik

Jika anda pernah mengalami migrain, beberapa perkara berikut mungkin membantu anda mencegah daripada kemungkinan mendapat CM.

  • Keletihan boleh mendorong berkalunya migrain, jadi pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi kira-kira 7 hingga 8 jam setiap malam.
  • Penjagaan pemakanan. Beberapa jenis makanan boleh boleh menyebabkan sakit kepala seperti pengambilan kafein berlebihan.
  • Keresahan dan kerisauan yang berlebihan juga boleh menjadi faktor utama. Oleh itu, anda perlu mengawal tekanan yang dialami dengan sebaiknya.
  • Obes/kegemukan boleh meningkatkan risiko CM. Jadi, senaman rutin akan membantu anda mendapat berat badan yang sihat dan mencegah berlakunya CM.
  • Perhatikan pengambilan ubat kerana pengambilan ubat tertentu secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya berbincang dengan doktor dan patuhi saranannya.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Defining the Differences Between Episodic Migraine and Chronic Migraine https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3258393/ Accessed on Aug 6, 2018.

Migraine vs. Chronic Migraine: What Are the Differences? https://www.healthline.com/health/migraine-vs-chronic-migraine Accessed on Aug 6, 2018.

Migraines vs. Chronic Migraines https://www.webmd.com/migraines-headaches/migraine-smart-17/chronic-migraines-explained Accessed on Aug 6, 2018.

Apa Bedanya Migrain Kronis Dengan Migrain Episodik? Mana yang Lebih Berbahaya? https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/beda-migrain-kronis-dan-episodik/ Accessed on Aug 6, 2018.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 06/08/2018
x