backup og meta

Kenali Tentang Penyakit Migrain Episodik & Migrain Kronik, Apa Bezanya?

Kenali Tentang Penyakit Migrain Episodik & Migrain Kronik, Apa Bezanya?

Migrain kronik dan migrain episodik adalah sebahagian daripada spektrum gangguan migrain, tetapi berbeza entiti klinikal.

Migrain berlaku disebabkan oleh keradangan yang menyebabkan saluran darah di otak mengembang dan akhirnya menyerang saraf-saraf di sekitarnya.

Bagaimanapun, ia bukan penyebab utama kerana serangan migrain ini sering kali dikaitkan dengan keturunan.

Baca lebih lanjut tentang Masalah Neurologikal di sini. 

Perbezaan Jenis Migrain

Migrain kronik dan migrain episodik akan menimbulkan simptom sakit pada sebelah kepala yang sama. Namun, yang membezakannya adalah kekerapan simptom berkenaan apabila muncul.

  • Migrain Episodik

Migrain episodik (EM) merupakan serangan migrain yang berlaku antara 0 hingga 14 hari sakit kepala dalam sebulan. Migrain jenis ini paling banyak dialami oleh seseorang individu. 

Serangan migrain episodik ini sering kali disertai dengan mual, muntah atau sensitif terhadap bunyi bising atau cahaya sepanjang migrain berlaku.

Kebiasaannya, terdapat beberapa perkara yang mendorong berlakunya migrain jenis ini iaitu stres, haid, perubahan cuaca, ada simptom gangguan pada mata dan otak, atau kesan sampingan pengambilan ubat.

  • Migrain Kronik

Antara tanda yang menunjukkan anda mengalami migrain kronik adalah serangan sakit kepala lebih daripada 4 jam pada satu waktu dan berlaku selama lebih 15 hari dalam sebulan. Kebiasaannya, orang yang mengalami EM memiliki peluang untuk mengalami migrain kronik.

Menurut kajian Current Pain and Headache Reports, individu yang menghidap CM mengalami sakit kepala yang berlaku selama kira-kira 65.1 jam tanpa rawatan dan 24.1 jam dengan rawatan.

Secara perbandingan, penghidap EM mengalami sakit kepada kira-kira 38.8 jam tanpa rawatan dan 12.8 jam dengan rawatan.

Rawatan EM dan CM

penyebab migrain

Dua jenis migrain ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang hampir sama. Ia termasuk ubat untuk merawat kesakitan dan simptom seperti mual dan muntah serta ubat-ubatan untuk mencegah migrain. 

Ubat kardiovaskular tertentu, antidepresan, ubat antiseis, onabotulinumtoxinA (Botox), atau ubat penahan sakit boleh membantu mengurangkan frekuensi, tempoh atau keterukan sakit kepala anda.

Migrain kronik boleh mengganggu kehidupan peribadi pesakit. Jika anda mengalami sakit kepala selama setengah bulan, ia akan menjejaskan masa berharga bersama rakan dan keluarga.

Malah pesakit juga boleh mengalami kemurungan. 

Mencegah Migrain Kronik

Jika anda pernah mengalami migrain, beberapa perkara berikut mungkin dapat bantu mencegah daripada kemungkinan mendapat CM.

  • Keletihan boleh mendorong berkalunya migrain, jadi pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi kira-kira 7 hingga 8 jam setiap malam
  • Penjagaan pemakanan. Beberapa jenis makanan boleh menyebabkan sakit kepala seperti pengambilan kafein berlebihan
  • Keresahan dan kerisauan yang berlebihan juga boleh menjadi faktor utama. Oleh itu, anda perlu mengawal tekanan yang dialami dengan sebaiknya
  • Obes/kegemukan boleh meningkatkan risiko CM. Jadi, senaman rutin akan membantu anda mendapat berat badan sihat dan mencegah berlakunya CM.
  • Perhatikan pengambilan ubat kerana jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Sebaiknya berbincang dengan doktor dan patuhi saranannya.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Defining the Differences Between Episodic Migraine and Chronic Migraine https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3258393/ Accessed on Aug 6, 2018.

Migraine vs. Chronic Migraine: What Are the Differences? https://www.healthline.com/health/migraine-vs-chronic-migraine Accessed on Aug 6, 2018.

Migraines vs. Chronic Migraines https://www.webmd.com/migraines-headaches/migraine-smart-17/chronic-migraines-explained Accessed on Aug 6, 2018.

Apa Bedanya Migrain Kronis Dengan Migrain Episodik? Mana yang Lebih Berbahaya? https://hellosehat.com/hidup-sehat/tips-sehat/beda-migrain-kronis-dan-episodik/ Accessed on Aug 6, 2018.

Chronic Migraine

Versi Terbaru

09/11/2021

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Dah Banyak Berhabis Duit Merawat Migrain? Ini 5 Tip Nak Claim Insurans Kesihatan

Benarkah Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Risiko Migrain Okular, Anda Perlu Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 09/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan