Masyarakat kita sering kali menggunakan istilah ‘bentan’ untuk menggambarkan kondisi alat sulit yang ‘bengkak’ selepas berkhatan. Persoalannya, wujudkah cara hilangkan bengkak selepas bersunat yang anda boleh lakukan?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.
Kenapa kita perlu sunat?
Kenapa kita perlu sunat?
Amalan bersunat atau berkhatan itu sangat sinonim dalam kalangan orang Melayu serta beragama Islam kerana ia adalah antara perbuatan yang amat dituntut di dalam kepercayaan mereka.
Kini, amalan hebat ini telah mula menyebar ke seluruh dunia tanpa mengira kaum atau agama.
Alasan mereka mahu membuang lebihan kulit pada alat kelamin dipengaruhi oleh faktor kesihatan di mana ia biasa menjadi tempat variasi jenis mikrob membiak dan merebak.
Dalam pada itu, kemajuan teknologi perubatan dan pembedahan masa kini juga telah membuatkan lebih ramai orang boleh menjalankan prosedur ini dengan pilihan pelbagai metode seperti gunting, laser atau clamp yang sudah tentu mudah serta efektif.
Namun, masih ada individu yang takut untuk bersunat kerana risau dengan kesan berkhatan yakni alat kemaluan akan membengkak lantas memicu kesakitan atau ketidakselesaan.
Disebabkan itu pula, anda perlu cuba cari cara hilangkan bengkak selepas bersunat yang berkesan!
Berapa lama bengkak sunat sembuh?
Tidak dinafikan, adalah normal untuk alat sulit mengalami sedikit rasa geli, sakit, pedih serta ngilu terutama apabila luka sunat tidak sengaja terkena atau tergeser pada fabrik seluar anda.
Apa yang lebih membimbangkan, ketidakselesaan itu juga mungkin adalah angkara alat kemaluan anda telah mula membengkak kesan daripada menjalani prosedur khatan.
Untuk pengetahuan anda semua, adalah normal kalau zakar atau faraj mengalami ‘bentan’ selepas bersunat tetapi wujud beberapa tanda lain yang mungkin anda kena waspada.
Selain bengkak selepas berkhatan pada alat kelamin yang tidak surut sejurus bersunat, perhatikan juga jika anda mengalami tanda berikut:
- Alat kemaluan yang berubah warna
- Alat kemaluan yang berdenyut lama
- Alat sulit mula muncul nanah yang berbau
- Sukar atau tidak boleh untuk kencing lebih 8 jam
- Darah keluar banyak dari bekas luka lebih 3 hari
- Demam pada suhu yang sangat tinggi
- Luka pada alat kemaluan sakit dan tidak sembuh selepas 2 minggu
Lazimnya, berapa lama bengkak sunat sembuh adalah sekitar seminggu. Segera jumpa doktor jika bentan masih tidak surut atau muncul juga tanda lain seperti di atas tadi.
Ini cara hilangkan bengkak selepas bersunat!
Apa penjagaan selepas bersunat?
Sebenarnya, turut wujud kemungkinan bahawa kebengkakan pada alat sulit selepas berkhatan itu tidak normal terutama jika ia bersaiz terlampau besar dan berwarna terlalu merah.
Berita baik buat anda, anda mungkin boleh mengurangkan masalah bentan dengan mengamalkan beberapa cara dan tip penjagaan selepas bersunat yang sudah tentu berkesan.
Berikut cara hilangkan bengkak selepas bersunat:
#1. Amalan berpantang selepas berkhatan
Cara hilangkan bengkak selepas bersunat pertama, individu perlu berpantang makan dan minum terutama elakkan makanan segera, berlemak, bergoreng atau lain-lain yang mampu memicu masalah keradangan sekali gus kebengkakan pada alat kelamin.
#2. Elak aktiviti lasak yang banyak bergerak
Kedua, sila elak aktiviti lasak yang terlalu banyak bergerak untuk mengurangkan risiko bentan ini menjadi lebih besar dan teruk.
Sebaiknya, luangkan lebih banyak masa di rumah dengan berehat sampai bengkak itu mulai surut.
#3. Jangan mandi di dalam air bertakung
Ketiga, tegah diri anda daripada berendam dalam air yang bertakung seperti tab dan jakuzi kerana ia akan membuatkan alat kelamin cenderung bengkak akibat faktor suhu serta kelembapan.
Sebaliknya, anda masih boleh membersihkan diri dengan menggunakan shower atau air pancuran.
#4. Pakai kain pelekat selepas bersunat
Biasa terlihat situasi kanak-kanak yang pakai kain pelekat bergantung selepas berkhatan? Ya, cara hilangkan bengkak selepas bersunat terakhir adalah dengan gunakan kain ajaib ini.
Alasannya, ia mungkin boleh membantu melindungi alat kemaluan daripada terkena atau tergeser dengan fabrik seluar yang seterusnya akan membawa kerengsaan dan kebengkakan.
Konklusinya, berapa lama bengkak sunat sembuh adalah sekitar seminggu tetapi ia mungkin boleh lebih lambat jika ada masalah. Maka, amalkan petua yang telah kami berikan di atas ya!
[embed-health-tool-bmi]