backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kenali Apa Itu Glaukoma Sudut Tertutup Akut

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/11/2021

Kenali Apa Itu Glaukoma Sudut Tertutup Akut

Simptom glaukoma mata membuatkan keadaan serius ini menjadi tekanan di dalam mata seseorang. Doktor biasanya menggunakan istilah tekanan intraokular atau IOP yang naik secara mengejut.

Ia boleh meningkat dalam masa beberapa jam hingga cecair dalam mata tidak dapat mengalir dengan cara yang sepatutnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata sila dapatkannya di sini. 

Simptom

Apakah simptom glaukoma mata bagi sudut tertutup akut? 

Simptom glaukoma mata

Simptom biasa bagi glaukoma sudut tertutup akut adalah:

  • Sakit mata
  • Sakit kepala yang teruk 
  • Loya atau muntah
  • Penglihatan sangat kabur
  • Melihat pelangi atau halo di sekeliling cahaya
  • Kemerahan pada bahagian putih mata yang terjejas
  • Saiz pupil yang berbeza
  • Hilang penglihatan secara tiba-tiba

Apabila doktor memeriksa anda, beliau juga mungkin mendapati bahawa pupil anda tidak lagi menjadi lebih kecil atau lebih besar apabila beliau halakan cahaya padanya.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu gejala, sila rujuk doktor. 

Punca

Apakah yang mengakibatkan glaukoma sudut tertutup akut?

Cecair mengalir keluar daripada mata anda melalui sistem terusan. Terusan-terusan ini hidup dalam jaringan tisu antara iris (bahagian berwarna pada mata) dan kornea (lapisan luar yang jelas).

Apabila iris dan kornea bergerak bersama lebih dekat, ia “menutup sudut’ di antara mereka. Apabila ini berlaku secara mengejut, ia dikenali sebagai serangan akut.

Glaukoma sudut tertutup akut sepenuhnya menghalang terusan. Ia menghentikan cecair daripada mengalir melaluinya. 

Tekanan yang terhasil boleh merosakkan saraf optik pesakit. Jika tidak dirawat masalah ini dengan cepat, pesakit boleh kehilangan penglihatan sepenuhnya.

  • Anda mungkin mengalami serangan glaucoma sudut tertutup jika mata di bahagian pupil menjadi lebih besar. Hal ini biasanya berlaku apabila pesakit: 
    • Pergi ke dalam bilik gelap
    • Dapatkan ubat titisan untuk mendilatkan mata 
    • Gembira atau tertekan
    • Mengambil ubat tertentu seperti anti-depresan, ubat selesema atau antihistamin

Sesetengah penyakit juga boleh menyebabkan glaukoma sudut tertutup:

    • Katarak
    • Kanta ektopik (apabila kanta anda bergerak dari tempat yang sepatutnya)
    • Retinopati diabetik
    • Iskemia okular (salur darah sempit ke mata)
    • Uveitis (keradangan mata)
    • Ketumbuhan

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko simptom glaukoma mata sudut tertutup akut?

simptom glaukoma mata

Terdapat banyak faktor risiko untuk glaukoma sudut tertutup akut, seperti:

    • Wanita adalah 2 hingga 4 kali lebih berkemungkinan untuk mengalaminya berbanding lelaki
    • Asia atau Inuit
    • Rabun dekat
    • Berumur antara 55 dan 65 tahun
    • Mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit ini
    • Menggunakan ubat yang medilatkan pupil 
    • Penggunaan ubat seperti sulfonamide, topiramate atau phenothiazine

Sekiranya anda mempunyai glaukoma sudut tertutup akut pada satu mata, anda juga cenderung untuk mengalaminya pada mata yang lagi satu. 

Diagnosis dan rawatan

Bagaimanakah glaukoma sudut tertutup akut didiagnosis?

Jika anda mempunyai glaukoma sudut tertutup akut, anda perlu berjumpa pakar mata dengan segera.

Doktor akan memeriksa dan bertanya mengenai simptom glaukoma mata yang anda alami.

Beliau boleh melakukan satu atau lebih ujian untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku di dalam mata anda:

    • Gonioskopi: Doktor menggunakan kanta dengan mikroskop untuk melihat ke dalam mata anda. Pancaran cahaya memeriksa sudut antara iris dan kornea serta melihat bagaimana cecair dialirkan
    • Tonometri: Ujian ini menggunakan alat bagi mengukur tekanan di dalam mata 
    • Oftalmoskopi: Doktor akan periksa kerosakan pada saraf optik dengan peranti kecil yang ringan

Bagaimanakah glaukoma sudut tertutup akut dirawat?

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor untuk merawat serangan sudut tertutup akut adalah dengan cuba menyingkirkan beberapa tekanan dalam mata. Beliau mungkin menggunakan:

    • Ubat titisan yang mengecilkan pupil 
    • Ubatan untuk mengurangkan jumlah cecair yang dibuat oleh mata anda

Setelah IOP anda menurun sedikit, doktor mungkin menggunakan laser untuk:

    • Membuat lubang kecil dalam iris. Hal ini dipanggil iridotomi laser. Ia membantu cecair mula mengalir semula ke dalam mata anda. Ia merupakan rawatan pesakit luar dan mengambil masa beberapa minit
    • Menarik tepi iris jauh daripada saluran pengaliran. Ini dipanggil iridoplasti laser atau gonioplasti

Sekiranya anda mempunyai katarak, doktor mungkin mempertimbangkan pembedahan bagi menggantikan lensa pada mata.

Pembedahan jenis ini boleh menjadi sukar apabila anda mengalami serangan akut.

Walaupun glaukoma sudut tertutup akut hanya berlaku pada satu mata, tapi doktor mungkin akan merawat kedua-dua belah mata untuk keselamatan dan jaminan. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 09/11/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan