backup og meta

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu - Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu - Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu berkisarkan tentang kesihatan dan tumbesaran anak-anak.

Namun, adakah itu bermakna penjagaan kesihatan diri ibu bapa tidak penting? Usah pandang remeh kerana ini yang boleh terjadi! 

Dek kerana tidak mementingkan penjagaan diri ibu bapa, 6 beradik bergelar yatim piatu 

Kehilangan salah seorang ibu atau bapa sudah cukup memeritkan. Namun bagaimana pula, jika perlu berhadapan dengan kehilangan kedua-duanya dalam perbezaan jarak masa yang singkat?

Itulah yang perlu dilalui oleh 6 beradik di Indonesia yang menyaksikan kedua-duanya ibu bapanya meninggal dunia. 

Mac lalu, Siti Haryati, ibu kepada 6 beradik ini yang berasal dari Kota Balikpapan di Indonesia, menemui ajal selepas sebulan melahirkan seorang bayi perempuan.

Lebih menyedihkan apabila bapa mereka turut menemui ajal disebabkan masalah hipertensi. 

Kini keenam-enam beradik itu berada di bawah jagaan datuk dan nenek (ibu bapa Siti) yang sudah uzur. Pilu untuk memikirkan tentang nasib anak-anak kecil itu. 

Jadi, adakah anda masih menganggap penjagaan kesihatan ibu bapa (anda dan pasangan) adalah 1 perkara yang remeh?

Ya, ajal maut itu ketentuan dan takdir Tuhan. Namun adakah itu bermakna anda tidak perlu berusaha untuk menjaga aspek kesihatan anda?

ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan
Sumber: TribunNews

Ibu bapa, jom jaga kesihatan!

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan antara cara untuk menjamin hidup yang lebih sejahtera dan mengurangkan risiko terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit. 

Namun hakikatnya masih ramai yang tidak mengendahkannya, malah terus mengamalkan kehidupan yang tidak sihat dan tidak aktif.

Sudah tentu ia akan mendedahkan diri untuk mengalami pelbagai masalah melibatkan kesihatan.

Tetapi, jangan risau, masih belum terlewat untuk melakukan perubahan dalam kehidupan anda dengan melakukan 5 perkara berikut:

  1. Pemakanan seimbang

Sudah tentu pemakanan adalah perkara paling asas dan penting untuk mendapatkan kesihatan dan kehidupan yang baik.

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang pastinya dapat membantu mengekalkan kesihatan badan dan menghindari daripada masalah obesiti.

Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam jika diambil sudah tentu akan meningkatkan risiko mengalami darah tinggi, kencing manis dan berat badan berlebihan.

Keadaan ini tentunya mendedahkan seseorang untuk mendapat penyakit strok. 

Sekiranya selama ini anda sekeluarga gemar mengambil makanan tidak sihat seperti makanan segera, bergoreng dan makanan diproses, mungkin anda boleh kurangkannya secara berperingkat.

Ingat, ia bukan untuk kepentingan individu lain, tetapi untuk anda juga, wahai ibu bapa sekalian!

  1. Pemeriksaan berkala

Seiring dengan peningkatan usia, seseorang individu itu lebih mudah untuk dijangkiti sebarang penyakit.

Apatah lagi jika terdapat sejarah keluarga yang menghidap penyakit tertentu, maka risiko anda juga akan semakin meningkat. 

Pemeriksaan bukan hanya perlu dibuat ketika dilanda sakit, tapi setiap individu perlu menjalani pemeriksaan secara berkala.

Ini bagi membantu mengesan sebarang simptom berkaitan penyakit yang mungkin boleh meragut nyawa.

Semakin awal sesuatu penyakit dapat dikesan, sudah tentu pilihan rawatan tersedia lebih banyak dan lebih baik. Jadi, jangan malas untuk melakukan pemeriksaan, okay?

  1. Aktiviti fizikal

Walaupun ia 1 perkara yang baik namun ramai individu tidak melakukannya. Alasan paling kerap diterima adalah kesibukan tugasan kerja dan kekangan masa.

Hakikatnya melakukan aktiviti fizikal mahupun bersenam adalah cara yang mudah untuk mengeluarkan peluh bersama toksin dari dalam badan.

Jadi, anda tidak perlu bersusah payah membuat keahlian di gim.

Berjalan di sekitar kawasan perumahan atau berjoging di taman tasik berdekatan rumah anda sudah cukup membantu dalam mengekalkan kecergasan badan.

Tidak perlu berjam-jam. 15 minit sehari sudah mencukupi jika anda terlalu sibuk. 

Apa yang penting adalah untuk melakukan senaman secara berkala.

Anda juga boleh mengajak anak-anak untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama, barulah tidak bosan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

  1. Tabiat tidak sihat

Tabiat tidak sihat ini bukan sahaja melibatkan penggunaan rokok mahupun pengambilan alkohol.

Tetapi ia juga merangkumi sebarang amalan yang tidak sepatutnya seperti mengambil minuman tenaga secara berlebihan, mengabaikan waktu tidur dan sebagainya.

Sebarang tabiat atau amalan yang boleh mendatangkan mudarat kepada badan, dianggap sebagai perkara yang tidak menyihatkan.

Jadi, semak balik diri anda, adakah anda ada melakukan amalan yang tidak sihat? Jika ada, cuba kurangkannya sebelum anda dapat meninggalkannya 100%.

ibu-bapa-5-tip-penjagaan-kesihatan

  1. Hindari tekanan

Tekanan boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira usia atau jantina. Ia boleh didasari oleh pelbagai faktor seperti masalah kerja, keluarga, sekolah, perhubungan, kewangan dan lain-lain. 

Tekanan yang berlebihan atau berlanjutan untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan gangguan kepada emosi, sekali gus menjadikan anda individu mudah marah.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan yang dialami, antaranya:

  • Belajar kemahiran untuk menenangkan diri seperti teknik pernafasan yang betul atau yoga
  • Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Meluangkan masa bersama keluarga
  • Kongsikan masalah dengan pasangan, ahli keluarga atau teman

Jangan ambil mudah

Anda mungkin berasakan masih terlalu awal untuk memikirkan tentang soal kesihatan.

Tetapi wahai ibu bapa sekalian, jika anda sayangkan anak-anak anda, mulakan daripada sekarang untuk menjaga diri anda dan pasangan. 

Mencegah itu sudah tentu perkara yang terbaik untuk dilakukan. Buatlah demi diri anda dan anak-anak yang tersayang. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://worldofbuzz.com/6-young-siblings-become-orphans-after-father-tragically-passes-away-during-wifes-funeral/  / Accessed on Feb 28, 2020

https://www.washingtonpost.com/lifestyle/on-parenting/in-defense-of-a-parents-day-off/2017/01/23/270ffafc-d8f2-11e6-b8b2-cb5164beba6b_story.html  / Accessed on Feb 28, 2020

http://www.ukm.my/geografia/images/upload/artikel5.pdf / Accessed on Feb 28, 2020

https://www.slideshare.net/HasUMK/7-amalan-hidup-sihat-yang-mudah-dilakukan / Accessed on Feb 28, 2020

https://www.healthychildren.org/English/family-life/family-dynamics/Pages/How-Taking-Care-of-Yourself-Makes-you-a-Better-Mom.aspx / Accessed on Feb 28, 2020

https://www.huffpost.com/entry/parenting-advice_b_1657642  / Accessed on Feb 28, 2020

Versi Terbaru

26/05/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Tip untuk Membina Keluarga Bahagia

Patutkah Keluarga Anda Mengambil Vaksin Influenza?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan