Anda suka makan mee sedap? Tahukah anda, tahun lepas pengeluaran Mie Sedaap telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana didapati mengandungi etilena oksida, sejenis racun perosak yang tidak boleh digunakan di dalam makanan.
Produk yang dikenal pasti ialah ‘Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles’ dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan ‘Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles’ dengan tarikh luput 17 Mac 2023.
Namun, bukan Mie Sedaap sahaja yang mengandungi racun! Menurut berita terbaharu yang kian tular di media sosial, ada dua lagi jenis mi segera yang didapati mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.
Dua jenama mi segera yang terlibat ialah ‘Mee Kari Putih Ah Lai’ dari Malaysia dan mi segera ‘Indomie: Perisa Ayam Istimewa’ dari Indonesia. Kedua-dua mi segera ini didapati mengandungi etilena oksida.
Bagi mereka yang suka makan mi ini, seperti mee sedap segera – pasti anda tertanya-tanya apa sebenarnya etilena oksida serta bahayanya terhadap tubuh badan kita.
Dalam artikel kali ini, kami akan kupas lebih lanjut mengenai bahan ini supaya anda boleh lakukan pembelian yang bijak sebagai pengguna.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.
Bukan mee sedap korea sahaja, Indomie juga sama!
Mengapa dua jenama mi segera ini ditarik balik?
Untuk pengetahuan anda, kedua-dua mi segera ini mengandungi etilena oksida, sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan limfoma dan juga leukemia. Bahan kimia ini juga boleh ditemui di dalam racun perosak.
Bukan itu sahaja, etilena oksida juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata sekiranya dihidu atau disentuh. Pengambilan secara berlebihan pula boleh menyebabkan kecacatan kekal pada fetus.
Lebih mengejutkan, etilena oksida dijumpai dalam kedua-dua mi dan juga perisa mi segera tersebut. Bahaya bukan!
Oleh sebab itu, kedua-dua produk ini telah ditarik balik dari rak jualan di pasar raya.
Apa itu etilena oksida, bahan kimia dalam mee sedap?
Etilena oksida (EtO atau EO) merupakan sejenis gas yang tidak berwarna, mudah terbakar dan sangat reaktif. Ia mempunyai bau manis yang mampu membunuh bakteria, virus dan kulat dalam makanan.
Gas ini digunakan untuk menjalankan fumigasi untuk membasmi makhluk perosak. Menurut KKM lagi, etilena oksida tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Pengambilan makanan yang mengandungi etilena oksida tidak akan mendatangkan bahaya secara serta-merta. Walau bagaimanapun, anda berhadapan dengan risiko keracunan jika selalu mengambil makanan ini, terutamanya dalam satu tempoh yang berpanjangan.
Penarikan semula makanan yang mengandungi etilena oksida bukanlah sesuatu yang baharu. Pada bulan Ogos tahun lepas, aiskrim Häagen-Dazs berperisa vanila telah ditarik balik kerana mengandungi bahan yang sama.
Baca juga:
- Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!
- Siapa Kata Mi Segera Tidak Berkhasiat? Ini 3 Hidangan Sihat Berasaskan Mi Instant
Bahaya sebenar mee sedap atau mi segera
Selain etilena oksida, ada banyak sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak mi segera.
Ia bukan sahaja tidak mempunyai sebarang khasiat, malah bahan-bahan yang terkandung di dalam sepaket mi ini juga mungkin akan mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.
Jangan disebabkan ingin berjimat, anda sanggup makan mi segera berhari-hari!
Di bawah, kami senaraikan beberapa keburukan mi segera terhadap kesihatan:
1. Badan tidak dapat mencerna mi dengan pantas
Mi segera mengandungi bahan pengawet yang dikenali sebagai Butylated hydroxyanisole (BHA) dan t-butylhydroquinone (TBHQ). Kedua-dua bahan inilah yang bertanggungjawab untuk memastikan mi segera tahan lama walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya!
Bukan itu sahaja, BHA dan TBHQ merupakan bahan kimia yang karsinogenik. Ini bermaksud, ia boleh menyebabkan kanser jika dimakan dalam satu tempoh yang panjang. Malah, ia juga boleh menyebabkan asma, kegelisahan dan cirit-birit. Bahaya kan!
2. Mee sedap mengandungi terlalu banyak garam
Satu hidangan mi segera mengandungi 397-3698 miligram garam. Ada juga jenama yang mengandungi lebih banyak garam daripada ini.
Walaupun garam merupakan mineral yang penting untuk badan, pengambilan yang berlebihan hanya akan membawa mudarat.
Jangan lupa, satu pek mi segera selalunya terdiri daripada dua hidangan. Jadi, jika anda suka makan 2 pek mi segera sekali duduk, jumlah garam yang anda ambil sebenarnya adalah 4 kali ganda!
3. Meningkatkan risiko penyakit jantung
Jika anda makan mi segera 2-3 kali seminggu, ketahuilah bahawa pengambilan mi segera yang terlalu kerap ini boleh menyebabkan penyakit jantung.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Nutrition, wanita yang makan lebih banyak mi segera didapati mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap sindrom metabolik berbanding mereka yang kurang mengambilnya.
Tetapi, apa maksud sindrom metabolik? Ia merupakan satu kumpulan simptom seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol HDL yang rendah. Semua simptom ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung, diabetes atau strok!
Jadi, selepas ini, fikir dulu sebelum makan mee sedap korea yang viral tu!
[embed-health-tool-bmi]