backup og meta

Ketidaksuburan Adalah Mimpi Ngeri Kaum Wanita, Kenali Punca-Punca Mengapa Ia Terjadi

Ketidaksuburan Adalah Mimpi Ngeri Kaum Wanita, Kenali Punca-Punca Mengapa Ia Terjadi

Ketidaksuburan wanita adalah salah satu daripada kerisauan utama kaum hawa dan juga pasangan mereka. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Penting untuk kita fahami punca-puncanya agar rawatan dan pengurusan yang tepat dapat diambil.

Ketidaksuburan wanita – Gangguan Ovulasi

Keadaan ini berkait dengan masalah kitaran haid sama ada lebih panjang atau pendek berbanding biasa dan boleh juga tidak menentu atau lebih teruk di mana tiada ovulasi berlaku.

Sekitar 25% daripada wanita mengalami masalah ini. Terdapat beberapa faktor yang berkait dengan masalah tersebut antaranya:

  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS): Keadaan ini adalah masalah disfungsi ovulasi berasal daripada ovari yang membawa kepada ketidakseimbangan hormon. Simptomnya adalah rumit dan berbeza-beza mengikut individu. Antara gejala yang boleh muncul seperti kekurangan ovulasi, kitaran haid yang tidak normal, penambahan berat badan,jerawat, tumbuh bulu di bahagian muka atau ketidaksuburan.
  • Disfungsi Hipothalamus: Keadaan ini adalah sejenis abnormaliti ovulasi disebabkan oleh stress emosi, berat badan berlebihan atau pengurangan berat badan secara mendadak yang baharu berlaku.
  • Kelemahan Ovari Pramatang: Keadaan ini menyebabkan bilangan telur dalam rahim tidak mencukupi akibat ralat dalam sistem badan yang menyerang tisu-tisu ovari atau disebabkan oleh masalah genetik.
  • Kandungan Prolactin yang tinggi: Penghasilan Prolactin berlebihan (hiperprolactinemia) dihasilkan oleh kelenjar pituitari ini menekan rembesan estrogen lantas membawa kepada ketidaksuburan.

Endometriosis

ketidaksuburan

Ini adalah sejenis penyakit kronik yang berkaitan dengan sistem reproduktif. Di mana ia menghalang persenyawaan sperma dan telur serta laluan biasa telur yang telah disenyawa ke arah tiub Fallopian disebabkan oleh ketumbuhan asing sel-sel endometrium.

Penyakit ini mengakibatkan sakit ketika haid dan hubungan intim. Bagaimanapun, penyakit ini berupaya untuk dirawat menggunakan pembedahan.

Kerosakan Tiub Fallopian

Tiub Fallopian yang tersumbat menghalang sperma dan telur untuk bertemu, sekaligus mengurangkan kemungkinan berlakunya persenyawaan. Ada beberapa faktor yang menjadi punca masalah ini, antaranya:

  • Penyakit keradangan pelvis
  • Sejarah pembedahan di bahagian abdomen dan pelvis
  • Tuberkulosis pelvis

Punca Daripada Rahim atau Pangkal Rahim

mandul penyebab kemurungan

Masalah berkaitan rahim dan pangkal rahim meningkatkan kemungkinan keguguran. Masalah ini berpunca daripada beberapa perkara seperti:

  • Polip atau tumor bersifat benigna
  • Parut akibat daripada Endometriosis
  • Masalah pembentukan rahim
  • Stenosis pangkal rahim

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Female infertility. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/basics/causes/con-20033618. Accessed August 18, 2016.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Suami Isteri, Ini 4 Cara EFEKTIF Kekal Intim Ketika Jalani Rawatan Kesuburan!

Percaya Atau Tidak, Ubat Kesuburan Ini Boleh Tingkat Peluang Untuk Dapat Anak Kembar!


Ditulis oleh

Dian Sonnerstedt

Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan