Tip berikut boleh membantu untuk meningkatkan mod anda:
- Mendapatkan rehat yang banyak;
- Lkukan senaman, atau anda boleh mencuba beberapa senaman seperti yoga dan tai chi.
#3 Tip menghadapi menopaus: Dapatkan tidur yang dalam
Tidur yang nyenyak boleh membantu anda meningkatkan mod anda. Terdapat beberapa tip yang anda boleh cuba untuk diri sendiri.
- Elakkan senaman dalam masa dua jam sebelum tidur;
- Cuba untuk tidur pada masa yang sama setiap malam;
- Pakai pakaian yang bersih dan nipis serta kekalkan bilik anda dalam keadaan sejuk.
#4 Lakukan senaman berkala

Menurut beberapa kajian, senaman adalah pilihan yang baik untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membantu untuk mengimbangi mod.
Jadi, bagi wanita menopaus, senaman dipercayai menjadi penawar jangka masa pendek dan melindungi badan anda dari penyakit yang boleh disebabkan oleh menopause.
Selain itu, terdapat banyak manfaat dari senaman berkala, seperti menguatkan tulang dan otot; meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti; dan lain-lain.
Berjalan pantas tiga kali seminggu adalah cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan tabiat bersenam.
#5 Berhenti merokok
Akhir sekali, tip menghadapi menopaus seterusnya adalah berhenti merokok adalah pilihan yang terbaik untuk anda, terutamanya bagi wanita yang ketagih merokok kerana mereka mudah berasa mendapat kepanasan (flushes) dan sering tidak bertindak balas dengan baik terhadap tablet terapi hormon (HRT).
Sila berhenti merokok sekiranya anda mahu melepasi tempoh menopaus dengan lebih mudah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen