backup og meta

5 Tip Menghadapi Menopaus

5 Tip Menghadapi Menopaus

Menopaus berlaku apabila wanita tidak didatangi haid selama 12 bulan. Ia biasanya berlaku apabila ovari berhenti bekerja dan purata umur menopaus adalah 51 tahun, tetapi ia boleh berlaku lebih lewat bagi sesetengah orang. Jadi, apa tip menghadapi menopaus?

Pada masa itu, simptom-simptom ini boleh membuat anda hilang kawalan terhadap badan dan perasaan-perasaan yang menjengkelkani.

Walau bagaimanapun, kami mempunyai beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk membantu diri sendiri.

5 Tip menghadapi menopaus

#1 Sejukkan diri anda

tip menghadapi menopaus

Tanda-tanda yang paling biasa menopaus adalah yang rasa panas dan berpeluh di waktu malam.

Ini adalah kerana kerosakan yang berlaku dalam kawalan suhu badan.

Biasanya, ia berlaku pada tahun pertama selepas haid terakhir, tetapi ia masih boleh berlaku sebelum haid berhenti.

Anda boleh mengatasinya dengan:

  • Memakai pakaian yang lebih nipis;
  • Memastikan bilik tidur anda sejuk pada waktu malam;
  • Melakukan lebih senaman;
  • Memastikan tahap spiritual anda dalam keadaan yang baik dan kurangkan tekanan;
  • Mengelakkan perkara yang berpotensi menjadi perangsang kepanasan (hot-flush) seperti makanan pedas, kafein, rokok atau alkohol.

#2 Cuba untuk rehatkan diri anda

tip menghadapi menopaus

Apabila hormon anda berubah, ia disertai dengan beberapa simptom psikologi.

Sebagai contoh, anda mudah berasa murung, bimbang, mood berubah-ubah, keletihan atau kekurangan tenaga.

Walau bagaimanapun, simptom menopaus juga boleh berlaku disebabkan tekanan lain seperti kematian saudara lebih tua atau kawan-kawan, perceraian, atau anak-anak meninggalkan rumah, dan lain-lain.

Jadi, dalam kes ini, agak sukar untuk mengatakan bahawa simptom psikologi anda adalah berpunca langsung dari menopause.

Tip berikut boleh membantu untuk meningkatkan mod anda:

  • Mendapatkan rehat yang banyak;
  • Lkukan senaman, atau anda boleh mencuba beberapa senaman seperti yoga dan tai chi.

#3 Tip menghadapi menopaus: Dapatkan tidur yang dalam

Tidur yang nyenyak boleh membantu anda meningkatkan mod anda. Terdapat beberapa tip yang anda boleh cuba untuk diri sendiri.

  • Elakkan senaman dalam masa dua jam sebelum tidur;
  • Cuba untuk tidur pada masa yang sama setiap malam;
  • Pakai pakaian yang bersih dan nipis serta kekalkan bilik anda dalam keadaan sejuk.

#4 Lakukan senaman berkala

tip menghadapi menopaus

Menurut beberapa kajian, senaman adalah pilihan yang baik untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membantu untuk mengimbangi mod.

Jadi, bagi wanita menopaus, senaman dipercayai menjadi penawar jangka masa pendek dan melindungi badan anda dari penyakit yang boleh disebabkan oleh menopause.

Selain itu, terdapat banyak manfaat dari senaman berkala, seperti menguatkan tulang dan otot; meningkatkan fleksibiliti dan mobiliti; dan lain-lain.

Berjalan pantas tiga kali seminggu adalah cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan tabiat bersenam.

#5 Berhenti merokok

Akhir sekali, tip menghadapi menopaus seterusnya adalah berhenti merokok adalah pilihan yang terbaik untuk anda, terutamanya bagi wanita yang ketagih merokok kerana mereka mudah berasa mendapat kepanasan (flushes) dan sering tidak bertindak balas dengan baik terhadap tablet terapi hormon (HRT).

Sila berhenti merokok sekiranya anda mahu melepasi tempoh menopaus dengan lebih mudah.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Menopause self – help tips. http://www.nhs.uk/Livewell/menopause/Pages/Menopauseselfhelp.aspx. Accessed August 26, 2016.
  2. Menopause, perimenopause and postmenopause. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15224-menopause-perimenopause-and-postmenopause. Accessed August 26, 2016.
  3. The Menopause Years. https://www.acog.org/womens-health/faqs/the-menopause-years. Accessed August 26, 2016.
  4. Introduction to Menopause. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/introduction-to-menopause. Accessed August 26, 2016.
  5. Managing Menopause. https://www.thewomens.org.au/health-information/menopause-information/managing-menopause. Accessed August 26, 2016.

 

Versi Terbaru

10/02/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Aishah Jamaludin


Artikel Berkaitan

Gejala Menopaus & Penyakit Tiroid, Jangan Keliru Dengan Simptom 2 Kondisi Ini

Gerun Nak Hadapi Menopaus? Usah Risau, Tempuhi Fasa Ini Dengan Persiapan Diri Secara Menyeluruh!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 10/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan