backup og meta

Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

Tak Semua Kata-kata Positif Itu Bagus, Tabiat Positif Toksik BAHAYA Kepada Mental Anda!

Tak payah fikir lah pasal tu, abaikan je.” Ini adalah antara ayat popular yang sering dilontarkan dan tanpa sedar telah mengundang positif toksik.

Namun ramai yang terkeliru jika positif toksik ini sesuatu yang bagus atau tidak ekoran gabungan dua perkataan ini yang membawa maksud berlawanan.

Sebenarnya, ia adalah satu pemikiran atau pengujaran untuk menenangkan individu dan dalam masa yang sama menyakitkan juga.

Bagaimana? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu positif toksik?

Definisi positif toksik adalah di mana seseorang itu mempunyai pemikiran dan melontarkan pengujaran yang mempunyai maksud tersirat.

Apabila berbicara, mereka akan sering berkata sesuatu yang menenangkan individu tapi dalam masa yang sama menyakitkan juga.

Sebagai contoh ayat yang kita boleh ambil menunjukkan positif toksik ini adalah:

“Relaks, semuanya akan selesai dengan sendiri nanti!”

“Kalau aku boleh buat, takkan lah kau tak boleh?”

“Bersyukurlah, aku kena lagi teruk daripada kau tahu?”

Cuba kau dekatkan diri semula dengan Tuhan?”

toksik

Adakah anda dapat melihat idea di sebalik ayat-ayat di atas ini? Ya, ia mempunyai dua unsur yang utama iaitu positif dan toksik!

Kebiasaannya, mereka yang bersikap seperti ini cenderung menafikan, melemahkan semangat serta melarikan diri daripada sebarang masalah.

Ini disebabkan mereka tidak mahu berhadapan dengan masalah dan gemar berpura-pura kononnya mereka adalah kuat dan hebat.

Tidak, ia bukan merupakan satu tindakan yang betul atau tepat

Apa kesan positif toksik?

Hakikatnya, semua manusia itu adalah sama dan masing-masing mempunyai perasaan yang boleh berubah atau terganggu mengikut situasi tertentu.

Sebagai contoh, kita semua pasti akan berasa panik, marah, sedih atau tertekan setiap kali timbul satu masalah yang sukar diselesaikan.

Dan ia akan menjadi lebih teruk sekiranya anda sendiri atau orang di sekeliling mula menunjukkan sikap positif toksik ini.

Kononnya sifat seperti itu akan membantu, sebenarnya anda hanya akan mengalami kesan seperti berikut:

Kesan positif toksik #1. Emosi terganggu

Ya, ini adalah kesan paling utama akan berlaku sekiranya anda kerap menyembunyikan perasaan sebenar kepada dunia luar.

Ini kerana menafikan sesuatu tidak akan menyelesaikan apa-apa sebaliknya hanya akan memendamkan ia ke dalam diri sendiri.

kesihatan emosi

Kesannya, emosi anda akan tertekan dan terganggu!

Sebagai contoh, ada satu eksperimen yang dilakukan dengan subjek ditunjukkan satu video prosedur perubatan yang menakutkan untuk melihat reaksi mereka.

Hasilnya, didapati bahawa mereka yang menyembunyikan ketakutan akan mengalami tekanan emosi di dalam diri walaupun tampak normal dari luar.

Pemerhatian ini menunjukkan bahawa adalah tidak bagus untuk menyorokkan perasaan sebenar anda hanya kerana ingin berlagak kuat atau hebat pada orang lain.

Ekoran daripada emosi yang terganggu itu, mungkin akan diikuti oleh masalah mental seperti kegelisahan, kemurungan atau bahkan masalah pada fizikal.

Oleh itu, singkirkan sifat positif toksik ini ya?

[embed-health-tool-bmi]

#2. Memalukan diri

Bayangkan situasi di mana anda sedang bercerita masalah peribadi kepada seorang sahabat namun dia pula yang bersifat positif toksik ini.

Dengan merendahkan kemampuan atau menafikan kewujudan masalah anda itu, ia secara tidak langsung akan memalukan diri anda.

Mungkin niat anda sekadar mahu berkongsi dan tiada apa yang lebih diperlukan selain daripada rakan anda itu menjadi pendengar setia.

Namun akan menjadi masalah sekiranya teman anda itu sebenarnya tidak mahu mendengar lantas memperkecilkan sebarang masalah yang dihadapi.

Oleh itu, jadilah seorang pendengar setia dan ucapkanlah perkara yang menenangkan dan tidak menyakitkan hati setiap kali berbicara okay!

perubahan emosi semasa haid

#3. Mengasingkan diri

Dengan menafikan atau dinafikan kebenaran, kita sendiri akan terputus hubungan dengan dunia luar ekoran rasa keterasingan yang teruk.

Sifat positif toksik ini akan membuat kita hanya tampil seperti kuat di luar namun di dalam terperosok 1001 masalah yang terpendam.

Akibatnya, kita mungkin cenderung untuk mengasingkan diri daripada dunia luar kerana tidak mahu orang lain lihat hakikat yang sebenar.

Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor kita tidak lagi mahu berkongsi sebarang masalah dengan orang lain selepas banyak kali diremehkan.

Disebabkan itu, jangan sesekali bersikap seperti ini terhadap orang di sekeliling kerana akibatnya hanya akan dirasai oleh penderita itu sendiri.

Konklusinya, sifat positif toksik itu adalah tidak bagus untuk diamalkan buat diri sendiri ataupun kepada orang lain.

Jadi, berwaspadalah dalam berkata kerana ‘terlajak perahu boleh diundur, sedangkan terlajak kata buruk padahnya’.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://thepsychologygroup.com/toxic-positivity/
  2. https://www.lifehack.org/874882/toxic-positivity
  3. https://www.chconline.org/resourcelibrary/time-to-ditch-toxic-positivity-experts-say-its-okay-not-to-be-okay/
  4. https://www.psychologicalscience.org/news/time-to-ditch-toxic-positivity-experts-say-its-okay-not-to-be-okay.html
  5. https://brightside.me/inspiration-psychology/what-toxic-positivity-is-and-why-it-is-bad-for-you-799618/

Versi Terbaru

14/02/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Bapa Toksik Juga Wujud, Ini 7 Sikap NEGATIF Perlu Elak Jika Tak Mahu Anak Merana!

Jom! Hentikan Cinta Toksik. Tiada Guna Bertahan Jika Menderita


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan